Air Terjun Pelangi Sungai Lembing





Dalam perjalanan saya dan dua teman ke Pulau Tioman, kami singgah di Sungai Lembing. Kami bermalam di T-box Sungai Lembing. Keesokan paginya kami bersiap sedia berkumpul di Anjung Selera Sungai Lembing. Hari ini kami mengambil pakage ke Air Terjun Pelangi.

Dari Anjung Selera, kami berkongsi kenderaan pancuan empat roda bersama pengunjung lain menuju ke Air Terjun Pelangi yang berjarak sekitar 18 kilometer melalui jalan tidak berturap membelah kawasan hutan dan menyeberangi sungai. Dalam perjalanan ke air terjun kami singgah di Bukit Sunrise Hill untuk menyaksikan panorama matahari terbit.

Pagi itu sungguh indah. Matahari terbit mengintai bumi Sungai Lembing dalam suasana tenang. Pemandangan ini sungguh memukau saya. Kami merakam gambar semahunya di puncak bukit itu. Terdapat banyak kenderaan yang dalam perjalanan ke air terjun singgah di puncak bukit ini.







Kemudian kami meneruskan perjalanan ke air terjun. Kami sampai di Lubuk Beruk, tempat terakhir yang boleh dilalui kenderaan sejam kemudian. Dari Lubuk Beruk kami meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki.




Di tempat parkir kenderaan di Lubuk Beruk terdapat tandas. Di sini juga pengunjung boleh menyewa kasut jika pengunjung memerlukan kasut lasak hutan dan air. Jarak Lubuk Beruk ke Air Terjun Pelangi sekitar 1.2 kilometer dan kami menyeberangi sungai di Lubuk Beruk ini untuk memulakan trekking ke Air Terjun Pelangi





Trek agak mendatar sehingga 200 meter terakhir kami meniti batu-batu besar yang agak licin. Tali pemegang diikat sepanjang trek berbatu ini untuk membantu pengunjung melintasi sungai hingga ke kaki air terjun. Setelah trekking sekitar 35 minit kami sampai di Air Terjun Pelangi. Tebing tinggi di hadapan kami menghemburkan air terjun yang jatuh berjurai sehingga kami mendongak untuk melihat di mana air itu mula turun. 





Kami berehat di atas batu di tebing menunggu pembentukkan pelangi yang berlaku bila-bila masa jika matahari memancar ke air terjun dan membias warna pelangi. Pagi itu pembentukan warna pelangi berlaku dua kali dan tidak berapa lama namun kami sempat merakam beberapa keping gambar. Sebelum pulang kami mandi manda dahulu bersama teman baru yang berkongsi kenderaan ke sini.






Pakage Air Terjun Pelangi Sungai Lembing bermula dari tempat berkumpul di hadapan Anjung Selera Sungai Lembing dengan harga RM60 seorang termasuk kenderaan, guide, maggi cup dan air milo panas.
Contact Air Terjun Pelangi: Encik Johari: +60 17-974 4877.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jalankegunung.blogspot.com/2023/09/air-terjun-pelangi-sungai-lembing.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelantan Wanita Terjun Sungai Kelantan Tertekan Masalah Rumah Tangga Bebanan Hutang

Kelantan Wanita Terjun Sungai Kelantan Tertekan Masalah Rumah Tangga Bebanan Hutang

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 123 hits
HarapanDaily comPenduduk Kelantan gempar pagi tadi apabila seorang wanita bertindak terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra Berusia lingkungan 30 an wanita itu berjaya diselamatkan orang ramai dan beberapa pemandu bot yang kebetulan berada ...
Mochi First Expereince Mandi Air Terjun

Mochi First Expereince Mandi Air Terjun

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 75 hits
Mochi first expereince mandi air terjun huhu practice make perfect lepas nie mgkin boleh jadi penerjun negara lompatan dah ade style
Sekejap Keindahan Pulau Rempang Berubah Jeritan Dan Air Mata

Sekejap Keindahan Pulau Rempang Berubah Jeritan Dan Air Mata

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 82 hits
Buntut warga Pulau Rempang bentrok dengan polisi sejumlah orang jadi tersangka
Icw Beberkan Dugaan Kejanggalan Polri Beli Gas Air Mata

Icw Beberkan Dugaan Kejanggalan Polri Beli Gas Air Mata

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 95 hits
Temuan tersebut dilakukan berdasarkan pengumpulan informasi berbasis sumber terbuka
Pesawat Mati Lampu Dan Ac Hingga Ricuh Penumpang Saat Mendarat Ini Penjelasan Batik Air

Pesawat Mati Lampu Dan Ac Hingga Ricuh Penumpang Saat Mendarat Ini Penjelasan Batik Air

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 108 hits
Kepanikan penumpang mengakibatkan ada insiden adu mulut antara penumpang dengan awak kabin
Foto Musim Kemarau Pmi Kota Depok Salurkan Ribuan Liter Air Bersih Untuk Warga

Foto Musim Kemarau Pmi Kota Depok Salurkan Ribuan Liter Air Bersih Untuk Warga

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 72 hits
Sudah hampir dua pekan PMI Kota Depok setiap harinya mendistribusikan 10 ribu hingga 15 ribu liter air bersih untuk warga yang kesulitan air
How To Cook Salmon In Air Fryer

How To Cook Salmon In Air Fryer

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 104 hits
Salmon is a delicious and healthy fish that is rich in omega 3 fatty acids If you re looking for a quick and easy way to cook salmon then an air fryer is a great option Not only is it healthier than frying or baking but it also cooks salmon...
Terjun Dari Kereta Minta Tolong Selepas Dilarikan Pemandu E Hailing

Terjun Dari Kereta Minta Tolong Selepas Dilarikan Pemandu E Hailing

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 92 hits
Raja Noraina Raja Rahimrnoraina hmetro com myShah Alam Dia hubungi saya beritahu terjun dari kereta dan meminta tolong kata Ayuni Dean 44 mengenai kejadian pekerja perempuannya yang berdepan detik cemas dilarikan pemandu e hailing Mencerita...
Minister Covid 19 Under Control Health Facilities Not Burdened

Jalan Berliku Ahmad Samsuri Nak Jadi Pm

Tekanan Darah Rendah Punca Simptom Dan Cara Untuk Atasi

Perhaps We Need A Full 5 Year Dose Of Tebuk Atap Gomen

Drama Beautiful Love Revenge Lakonan Harissa Adlynn Daniel Fong

Login Mykkp Daftar Semakan Oyk Dan Fyk Serta Panduan Guna Sistem Jabatan Kesihatan Pekerja Malaysia

Lime Green Dream A Zesty Custom Ktm 690 Duke By 46works

Ada Kecederaan Di Leher Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh



Info Penuh Peserta Juri Format Penjurian The Masked Singer Malaysia 2023 2024 Musim 4

10 Fakta Biodata Amir Ahnaf Pelakon Drama Berepisod Syurga Itu Bukan Mudah Astro Ria Gandingan Anna Jobling

Memahami Ungkapan Holier Than Thou Dari Aspek Bahasa

Info Dan Sinopsis Filem Sumpahan Jerunei Curse Of The Totem 2023 Kisah Sejarah Kaum Melanau Sarawak Kini Di Netflix

Siapa Juri Jemputan Final All Stars Gegar Vaganza 2023 Ramli MS Beri Hint Dedah Siapa Pilih Rakan Duet Finalis Format Pemarkahan Konsert Akhir


Buffet Dinner Ren Christmas Buffet

De Men House By Country House Architecture In Vietnam

Tomok Bermalam Tanpa Bintang Chord

Kerajaan Gubal Dasar Pastikan Malaysia Terus Jadi Tarikan Pelabur

Mee Goreng Untuk Makan Tengahari Selepas Hadiri Forum

Mencari Dessert Di Mykori Cafe Anggun Rawang