Air Parit Bertukar Hijau


Oleh Izad Thaqif Hassan Keadaan parit di Kampung Bakar Kapur dekat Sungai Petani, yang mana airnya bertukar hijau pada Rabu lalu, dipercayai akibat pembuangan sisa bahan kimia oleh pihak tidak bertanggungjawab. - Foto Ihsan pembaca SUNGAI PETANI: Penduduk Kampung Bakar Kapur, Penghulu Him di sini, terkejut melihat air parit berdekatan rumah mereka bertukar menjadi hijau dipercayai akibat pembuangan sisa bahan kimia.
Pencemaran dikatakan berpunca daripada tindakan kontraktor projek pembinaan perumahan berhampiran membuang bahan kimia tertentu ke dalam air yang mengalir terus ke Sungai Muda.
Justeru, penduduk berasa kurang selesa selepas melihat ikan mati di parit berkenaan, selain terpaksa menghidu bau kurang menyenangkan sejak Rabu lalu.
Ramizan Marzukir, 54, berkata kejadian air parit bertukar hijau itu disedari pelanggan kedai makannya yang menghidu bau kurang menyenangkan.
"Pelanggan terbabit terkejut melihat air parit berdekatan kedai saya berwarna hijau sebelum memaklumkan kejadian kepada saya dan saya terus menghubungi ketua kampung.
"Seorang penduduk cuba mencari puncanya sebelum menemui kira-kira 16 tong besar dipercayai mengandungi bahan kimia di tapak pembinaan sebuah rumah di Penghulu Him," katanya ketika ditemui, hari ini.
Ramizan bersama ketua kampung kemudian mengunjungi tapak pembinaan rumah terbabit dan menemui kontraktor yang menjalankan projek, namun dimaklumkan air hijau berkenaan adalah syampu yang diguna untuk mencuci rumah.
"Kami ragu-ragu dengan jawapan itu dan menghubungi Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah untuk pemeriksaan lanjut.
"Kami bimbang jika ia mengandungi bahan kimia kerana ada penduduk mendakwa tidak tahan dengan bau yang mencucuk hidung selain ada ikan mati di parit berkenaan," katanya.
Jika masalah itu tidak diatasi, Ramizan berkata, ia boleh menyebabkan pencemaran hingga ke Sungai Muda yang menjadi antara punca rezeki nelayan tempatan mencari lokan, udang dan ketam.
Difahamkan, pegawai JAS negeri sudah mengambil sampel air parit berkenaan dan menyita lokasi pembinaan rumah terbabit buat sementara sehingga keputusan siasatan diperoleh.
Tinjauan di lokasi kejadian hari ini mendapati sisa bahan kimia berkenaan sudah tidak kelihatan, namun ada kesan mendakan bahan berkenaan di parit berdekatan rumah penduduk.
Sementara itu, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man melalui media sosialnya, turut berkongsi aduan yang dimuat naik penduduk berhubung kejadian air parit bertukar hijau berkenaan.
Beliau berkata, kejadian itu sudah dirujuk kepada Ketua Pengarah JAS untuk diambil tindakan segera dan keputusan siasatan mengenai kejadian itu akan dimaklumkan kelak.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/air-parit-bertukar-hijau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Susu Badan Ibu Ini Bertukar Hijau Selepas Dijangkiti Covid 19

Susu Badan Ibu Ini Bertukar Hijau Selepas Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 128 hits
Susu Badan Ibu Ini Bertukar Hijau Selepas Dijangkiti Covid 19 CANBERRA Australia Seorang ibu di Australia terkejut apabila mendapati susu badannya bertukar warna menjadi kehijauan selepas dia dijangkiti Covid 19 lapor akhbar semalam Wanita ...
Basuh Botol Susu Buang Air Panas Bawah Pokok Di R R Anak Nangis Kena Tegur

Basuh Botol Susu Buang Air Panas Bawah Pokok Di R R Anak Nangis Kena Tegur

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 134 hits
Perjalanan panjang ada ketikanya memberi pengalaman seram bagi sesetengah individu Pelbagai kisah mistik selalu diceritakan Namun sebagai hambaNya kita perlu yakin Allah sebaik baik pelindung Seperti kisah satu keluarga ini persinggahan di ...
What Works Best For Interior Design Portable Air Conditioners Vs Window Air Conditioners

What Works Best For Interior Design Portable Air Conditioners Vs Window Air Conditioners

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 170 hits
Photo by Spacejoy on Unsplash The interior design industry is built around inspiration and a willingness and capability to stay on top of the innovations of old technology increasing efficiency and the overall aesthetic It The post appeared...
Air Basil Seed Pran Sedap Ke

Air Basil Seed Pran Sedap Ke

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 279 hits
Assalamualaikum Pagi semua Sihat ke Pernah beli air ni Pada LM sedap juga air ni Walau tak sihat air manis ni LM teguk gak sikit buat merasa Suka yang ada buah nanas mox fruit ni Rasa masam manis Segar mata bila teguk time ngantuk Haha Dulu...
Tuan Ibrahim Bidas Mat Sabu Minta Bom Pam Air Di Sungai Muda

Tuan Ibrahim Bidas Mat Sabu Minta Bom Pam Air Di Sungai Muda

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 218 hits
Tuan Ibrahim bidas Mat Sabu minta bom pam air di Sungai Muda Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan pam air di Sungai Muda Shah Alam rosak seperti didakwa Presiden Amanah Mohamad Sabu di Dewan Rakyat semalam Beliau men...
Drama Air Mata Allisya

Drama Air Mata Allisya

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 248 hits
Nantikan drama bersiri adaptasi novel Air Mata Allisya karya Ain Zanowi di slot Samarinda TV3 Menampilkan gandingan utama Keith Foo dan Sophia AlBarakbah Diterbitkan oleh Country Universal Sdn Bhd dibawah arahan Kyoll Hamzah Air Mata Allisy...
22 Lagi Pelatih Pulapol Air Hitam Positif Covid 19

22 Lagi Pelatih Pulapol Air Hitam Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 251 hits
AGENDA DAILY Seramai 150 pelatih Pusat Latihan Polis Air Hitam Jempol Negeri Sembilan disahkan positif Covid 19 Seramai 22 lagi pelatih di Pusat Latihan Polis Air Hitam Jempol Negeri Sembilan disahkan dijangkiti Covid 19 hari ini Ini menjad...
Pencuci Bilik Air Paling Berkesan

Pencuci Bilik Air Paling Berkesan

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 168 hits
Susah hati tau kalau ada kesan kotoran kat bilik air tak nak menghilang Puaslah beli stain remover gosok dengan berus dawailah guna pencuci kilatkan lah Tak hilang jugak Ada tengok kat instagram katanya berkesan guna magiclean Stain Mold ni...
Mat Sabu Kenapa Tak Letupkan Pam Air Rosak Untuk Keluarkan Banjir Di Sri Muda

Mat Sabu Kenapa Tak Letupkan Pam Air Rosak Untuk Keluarkan Banjir Di Sri Muda

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 220 hits
Nora MahparMohamad Sabu berkata pam air rosak yang mengakibatkan air banjir terperangkap boleh dibom dan digantikan dengan pam baharu selepas mengambil kira kemampuan negara membayar faedah hutang 1MDB berjumlah berbilion ringgit KUALA LUMP...
Adakah Duit Syiling Peringatan Sempena Jubli Emas Hubungan Diplomatik Malaysia China Bakal Dikeluarkan

Tiada Kemaskini Maklumat Pen Gabenor

Ageing Malaysia The Critical Role Of Caregivers And Government

Diesel Subsidies A Step Forward With Room For Improvement

Sedap Ayam Goreng Dsara Fried Chicken Temerloh

Lg Unveils Brave Optimists Brand Book Showcasing Its Unique Optimistic Dna

Govt Committed To Building Sungai Bakap Tamil School

Dua Survey Dapati Najib Terlalu Popular Lalu Ada Pihak Halang Pembebasan Nya



Info Sinopsis Kutipan Filem Kutukan Ilmu Hitam Waruga Black Magic Curse 2024 Kini Di Netflix Malaysia

5 Tumbuhan Berbentuk Aneh Yang Menyerupai Organ Manusia

Info Dan Sinopsis Filem Pemandi Jenazah The Corpse Washer 2024 Kini Di Netflix Malaysia

Berapakah Tahap Kepanasan Suhu Api Dapur Gas Anda

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu Slot Megadrama Astro Ria


Bunga Pink Carnation Bouquet Daripada Happybunch

Konsert Rock Never Dies Gabungkan 20 Gergasi Rock

Drama Kayangan

Geisha Jika Cinta Dia Chord

Penstrukturan Semula Ptptn Jadual Bayaran Balik 2024

Resepi Pencicah Thai Sedap