Air Mata Lelaki
MELIHAT seorang wanita menangis, mungkin pemandangan kita terlalu biasa dan menganggap dia terlalu sensitif. Tetapi, bagaimana pula sekiranya seorang lelaki yang terkenal dengan sifat gagahnya meraung disebabkan keegoannya dicabar? Atau menangis meratapi perpisahan dengan pasangannya?
Kenapa kita menangis? Apa maksud menangis? Definisi menangis ialah melahirkan perasaan sedih (kecewa, menyesal, dsb) dengan mencucurkan air mata serta mengeluarkan suara (tersedu-sedu, menjerit-jerit, dsb.)
Surah Al Isra: 109
“Dan mereka bersujud sambil menangis dan maka bertambahlah atas mereka perasaan khusyu’”
Surah An Najmi: 59-60
“Apakah kerana keterangan ini kamu merasa hairan, lalu tertawa dan tidak menangis?”
Surah Maryam: 58
“…apabila dibacakan ayat-ayat Allah yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.”
Peristiwa yang jarang sekali berlaku. Ini kerana, sejak dari kecil lagi mereka dididik menjadi seorang yang pintar ketika menahan kesakitan, keperitan dan mengendalikan emosi.
Benarkah setitis air mata yang mengalir ke pipinya membuatkan diri rasa tercabar? Namun, tidak semua lelaki berhati 'batu' dan gentar. Manakala sebahagian daripada mereka menganggap, kesedihan yang melanda ke atas diri sehingga tidak terdaya menampung air mata mampu merungkai emosi seorang jejaka.
Begitu juga dengan kamu, dia tidak dapat menahan kesedihan di saat kamu gagal memenuhi segala janji dan kemahuannya. Justeru dengan mudah, dia menitiskan air mata kala hal buruk menimpa dirinya, walaupun berlaku berulang kali
Air mata lelaki
Mengapa lelaki begitu mudah meluahkan emosinya menerusi air mata? Terdapat tiga faktor utama yang menyebabkan mereka menjadi sensitif, lalu dengan pantas mengalirkan air mata
1. Pola asuhan
Nilai dan cara hidup seseorang dibesarkan adalah sangat berpengaruh kepada suatu keperibadian. Seseorang yang dibesarkan dalam sebuah keluarga yang terlalu memanjakan anak-anaknya akan membuat peribadi lelaki menjadi seorang yang manja dan sulit menerima situasi yang tidak menguntungkan dirinya.
Dia acap kali berasa cepat sedih dan marah tanpa memikirkan kepentingan orang lain. Begitu juga dengan seseorang yang dibesarkan dalam keluarga yang penuh kasih sayang dan ikatan emosional yang sangat kental. Dia mudah menitiskan air mata saat mengenangkan emosinya yang terlalu dihimpit perasaan duka.
2. Budaya
Unsur budaya juga amat berpengaruh terhadap keperibadian seseorang. Dalam budaya hari ini, posisi lelaki lebih tinggi daripada perempuan. Maknanya, kebanyakan perempuan seharusnya tunduk kepada kaum lelaki. Anggapan bahawa lelaki berhak menguasai perempuan inilah yang terkadang membuat lelaki cepat menangis, saat dia berasa diancam oleh seorang perempuan yang memiliki kemampuan yang melebihi dirinya.
3. Hormon
Pada dasarnya, komposisi hormon dalam tubuh akan membentuk sebuah pola perasaan tertentu. Jadi, tingkah laku sensitif lelaki akan dilatar belakangkan pola yang dibentuk oleh hormon tersebut. Biasanya, peribadi yang berpotensi menampilkan perilaku sensitif adalah mereka yang memiliki pola sensitif. Cepat menangis adalah salah satu bentuk ketidakpuasan yang bersifat pasif.
Berhadapan dengan lelaki yang bersifat sensitif, sememangnya bukan suatu hal yang mudah. Kamu tidak boleh terlalu keras atau terlalu menurut segala kemahuannya. Cuba lakukan beberapa langkah di bawah untuk berhadapan dengan lelaki seperti ini.
* Bersikap tegas
Usah ragu untuk bersikap tegas apabila si dia sering bersedih. Kamu perlu berterus-terang kepadanya, bahawa kamu tidak suka dengan kebiasaannya itu. Mintalah dia untuk menyampaikan dan menjelaskan apa yang tidak diingininya. Ajak si dia menyelesaikan masalah secara berkompromi. Jangan biarkan si dia diam dan pergi saat masalah belum selesai. Ini akan membuat dia selalu mengulangi tingkahlaku seperti itu, atau akan menjadikan sikap sedih sebagai senjata menutupi kesalahannya.
* Contohi tingkah laku
Sekiranya selalu bersedih, fenomena tersebut boleh menjadikan rutin dalam kehidupan sehariannya. Sesekali cubalah kamu melakukan hal yang sama. Apabila dia bertanyakan masalah kamu, inilah kesempatan terbaik untuk kamu menjelaskan kepadanya tentang suasana kurang nyaman saat memiliki pasangan yang terlalu sensitif.
Salah tutur kata mampu membuatkan si dia terdiam lantaran akan tersinggung. Cubalah jelaskan kepadanya bahawa kebiasaannya tersebut mampu merosakkan komunikasi dalam sebuah perhubungan kamu berdua.
* Beri pujian
Alasan si dia sensitif kerana dia merasakan kurang kepercayaan diri menghadapi segala kelebihan yang kamu peroleh, adalah jarang sekali berlaku. Apabila alasan ini menjadi penyebab atas sikap sensitifnya itu, tidak salah kamu cuba memujinya setiap hari. Ini membuat dirinya berasa dihormati dan sentiasa diperlukan. - NOOR HASLIZA NUSI
Ikuti kisah sahabat berkaitan dengan tangisan air mata lelaki,
Abu Umamah radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah telah bersabda, “Tiada sesuatu yang lebih disukai Allah melainkan dua titis dan dua bekas; Titisan air mata kerana takut kepada Allah dan titisan darah dalam mempertahankan agama Allah. Adapun dua bekas adalah bekas perjuangan fi sabilillah dan bekas yang timbul karena memperjuangkan hal-hal yang diwajibkan Allah. (HR. Turmidzi)
Saat Rasulullah sakit keras dan tidak dapat mengimami sholat dengan para sahabat, saat itu Rasulullah memerintahkan Abu Bakar Siddiq radhiyallahu ‘anhu menjadi imam atas para Sahabat. Siti Aisyah radhiyallahu ‘anha menceritakan bahawa jika Abu Bakar berdiri sebagai imam menggantikan Rasulullah maka beliau akan menangis keras sekali sehingga bacaan qur’annya tertutup (tidak terdengar oleh para Sahabat) kerana suara tangisannya itu. (HR. Bukhari Muslim)
Antara Sumber Rujukan: Kosmo Edisi Khamis, Disember 17, 2008Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2011/10/titisan-air-mata-lelaki.html