Air Mata Ayah Jadi Pembakar Semangat Saya Hafizh


Sangat mengejutkan, itulah yang mampu Tedi komen mengenai prestasi Hafizh Syahrin di perlumbaan MotoGP Sepang.
Dia bermula dari petak ke 21 dan kemudian di pusingan pertama telah memintas ramai pelumba untuk menduduki posisi ke-12.
Akhirnya Hafizh Syahrin berjaya menduduki tempat ke-10.
SEPANG - Tangisan ayah sebelum perlumbaan serta nasib malang yang menimpa rakan senegara, Adam Norrodin menjadi kunci kejayaan pelumba MotoGP pertama negara, Hafizh Syahrin Abdullah menduduki tempat ke-10 pada perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2018 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.
Hafizh melakukan 'sujud' sebagai tanda syukur di atas kejayaannya menduduki tempat ke-10 pada perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2018 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini. - Gambar BernamaTatkala segelintir peminat tempatan meragui akan kemampuannya, Hafizh mengakui dua elemen tersebut membakar semangatnya untuk memacu laju di atas permukaan litar yang kering untuk melakar kejayaan bersejarah di laman sendiri.
Menurut pelumba Monster Yamaha Tech 3 itu, saat melihat ayahnya menangis di sebalik pagar penghadang selain mengenangkan nasib Adam yang terbabas pada perlumbaan Moto3 membuatkan dirinya sebak sebelum ia mencetuskan rasa semangat luar biasa untuk berlumba.
"Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana permudahkan perjalanan perlumbaan saya. Minggu ini agak sukar bagi saya pada hari pertama dan kedua ditambah saya rasa hampa kerana ramai peminat yang tidak percaya pada kapasiti saya.
"Hari ini saya ambil semangat keluarga dan Adam. Ketika berada di petak permulaan saya nampak ayah jauh di belakang pagar...dia menangis suruh saya buat yang terbaik. Terima kasih kepada pengawal keselamatan kerana melepaskan ayah untuk berjumpa dengan saya dan saya sempat peluk beliau sebelum berlumba," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Reaksi Hafizh yang seakan tidak percaya di atas pencapaiannya menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 pada perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2018 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini. - Foto ABDUL RAZAK LATIFHafizh yang diberi jolokan 'El Pescao' muncul rookie pertama melepasi garisan penamat di Sepang dengan catatan masa 40 minit 59.291 saat (s) meskipun memulakan perlumbaan di petak terakhir selepas bergelut dengan permukaan litar basah pada sesi latihan bebas dan pusingan kelayakan semalam.
Pada masa sama, Hafizh berkata beliau mungkin boleh meraikan kejayaan muncul rookie terbaik musim ini di Sepang sekiranya beliau berjaya menamatkan beberapa pusingan perlumbaan sebelum ini.
Katanya, peluang untuk beliau mengatasi seteru utamanya Franco Morbidelli dari Itali yang mewakili pasukan EG 0,0 Marc VDS agak tipis memandangkan hanya tinggal satu pusingan perlumbaan sahaja selepas ini.
"Agak sukar untuk saya mendapatkan gelaran rookie terbaik tetapi bagaimanapun saya sudah bukitkan bahawa saya lebih laju daripada semua rookie pada musim ini cuma bukan rezeki saya kerana di Phillip Island, Catalunya dan Austin saya jatuh.
"Jika kita imbas balik kalau saya tidak jatuh mungkin kejayaan hari ini membolehkan kita meraikan kejayaan sebagai pelumba rookie terbaik di Sepang," katanya.
Sementara itu, juara dunia MotoGP 2018, Marc Marquez daripada pasukan Repsol Honda Team menungguli saingan di Sepang dengan catatan 40:32.372s diikuti Alex Rins daripada pasukan Team Suzuki Ecstar di tempat kedua (40:34.270s) manakala rakan sepasukan Hafizh, Johann Zarco ketia (40:34.846s).
- Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://interpretzz.blogspot.com/2018/11/air-mata-ayah-jadi-pembakar-semangat.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Izzue Islam Dan Forteen Dipertemukan Dalam Sebuah Drama Air Mata

Video Izzue Islam Dan Forteen Dipertemukan Dalam Sebuah Drama Air Mata

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 477 hits
KONTROVERSI antara pelakon Izzue Islam bersama tiga anggota Forteen yang lain memasuki episod baharu apabila mereka akhirnya bersemuka bagi menyelesaikan kemelut yang melanda dan ia disiarkan secara langsung menerusi segmen Suria Petang di ...
Jamal Khashoggi Di Mata Keluarga Sosok Ayah Penuh Kasih Dan Berhati Besar

Jamal Khashoggi Di Mata Keluarga Sosok Ayah Penuh Kasih Dan Berhati Besar

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 355 hits
Putri wartawan Arab Saudi Jamal Khashoggi mengenang sosok sang ayah melalui sebuah artikel diterbitkan surat kabar Amerika Serikat Washington Post
Letak Jawatan Dengan Linangan Air Mata Pun Kena Kecam

Letak Jawatan Dengan Linangan Air Mata Pun Kena Kecam

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 603 hits
Letak Jawatan dengan Linangan Air Mata Pun Kena KecamLetak Jawatan dengan Linangan Air Mata Pun Kena Kecam
Merdunya Suara Gadis Ini Persembahan Nissa Sabyan Membuatkan Juri Amerika Got Tallent Terpegun Dan Menitiskan Air Mata

Merdunya Suara Gadis Ini Persembahan Nissa Sabyan Membuatkan Juri Amerika Got Tallent Terpegun Dan Menitiskan Air Mata

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 522 hits
Bila sebut nama Nissa Sabyan atau nama sebenarnya Khoirulnissa 19 tahun semakin disebut dibibir peminat apabila lagu beliau kian mendapat sambutan Lagu yang di muat turun menerusi akaun u tube itu memakin mendapat banyak tontonan Penyanyi t...
Air Mata Tun Tumpah Depan Ulama

Air Mata Tun Tumpah Depan Ulama

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 326 hits
Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menceritakan satu peristiwa ketika pertemuan khas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama tokoh ulama dan cendekiawan Islam hari ini yang membuatkannya merasa sebak Ia adalah ketika Mahathir menangis...
Tiada Lagi Drama Air Mata Dari Irfan

Tiada Lagi Drama Air Mata Dari Irfan

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 352 hits
Gambar kat atas tu adalah gambar hari pertama Irfan pegi tadika Sungguh drama betul Tapi itu semua dah berlalu Anak bujang mama yang sorang ni dah bagus Dah tak nangis2 kat sekolah Pagi nak bangun mandi pun senang dengan syarat pertama nak ...
Hanya Empat Mata Pisahkan Hafizh Dengan Gelaran Rookie Terbaik 2018

Hanya Empat Mata Pisahkan Hafizh Dengan Gelaran Rookie Terbaik 2018

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 339 hits
nbsp PELUMBA MotoGP negara Hafizh Syahrin Abdullah sedikit ralat gagal memintas Franco Morbidelli selepas tamat musim 2018 di Valencia nbsp Hafizh yang mengutip keseluruhan 46 mata musim ini menamatkan saingan di tangga ke 16 dan hanya dipi...
8 Foto Wisuda Ini Akan Membuat Air Mata Kamu Menetes

8 Foto Wisuda Ini Akan Membuat Air Mata Kamu Menetes

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 313 hits
Wisuda jadi momen yang paling membahagiakan bagi setiap mahasiswa yang akan mulai menempuh hidup baru Rasa gembira sekaligus sedih pasti dirasakan setiap mahasiswa Belum lagi orang tua juga akan ikut menangis bahagia melihat putra putrinya ...
Depan Mata Aku Ayah Dating Dengan Perempuan Lain Sejak Dari Itu Hidup Aku Berubah 360

Depan Mata Aku Ayah Dating Dengan Perempuan Lain Sejak Dari Itu Hidup Aku Berubah 360

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 962 hits
Depan mata aku ayah dating dengan perempuan lain sejak dari itu hidup aku berubah 360 Setiap anak pastinya mengharapkan keluarganya sempurna tanpa adanya gangguan dari orang ketiga Anak mana yang mahu melihat ibu bapanya bercerai namun adak...
Dugaan Pagi Khamis

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

Akademik Etiqa

Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production

Lajnah Baru Tok Hepi Dapat Berita Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Top Metal Recycling Companies In Malaysia Hydro Metal

Viu Tampilkan Penamat Alternatif Bidaah Mungkin Setup Musim Kedua

Ulasan Filem Blood Brothers Bara Naga

Arti Ar Raqib Dan Cara Mengamalkan Asmaul Husna Ini

Salam Aidil Fitri Kami Team Raya Kl Kurangkan Jem Kat Lebuhraya

Berebut Kawasan Peminta Sedekah Maut Ditikam