Air Ketum Untuk Perubatan Dan Khasiat Air Ketum Kepada Lelaki Dan Wanita
Air ketum merupakan minuman yang diyakini memiliki keajaiban kerana dikatakan mampu memberi tenaga dan motivasi untuk tubuh berfungsi. Di negara kita, minuman yang berasal dari daun ketum ini sangat popular walaupun ia diharamkan untuk digunakan.
Umum diketahui bahawa ada juga yang menyamakan daun ketum ini dengan daun ganja di mana ia dipercayai bagus untuk kesihatan, Persoalannya, adakah air ketum baik untuk kesihatan? Apa manfaatnya? mengapa ia diharamkan? Baca artikel ini untuk maklumat lanjut!
Memahami Keburukkan Air Ketum untuk Kesejahteraan Kesihatan Anda!
Apakah Itu Air Ketum
Tumbuhan ketum ataupun nama saintifiknya mitragyna speciosa yang banyak tumbuh di Asia Selatan, termasuk Malaysia. Ektrak daripada daunnya digunakan sebagai stimulan atau sedatif, dikatakan mampu memberi tenaga dan keselesaan pada pengguna. Terdapat dua jenis daun ketum ketum iaitu daun ketum yang mempunyai tetulang berwarna merah dan daun ketum yang mempunyai tetulang warna putih.
Oleh itu, daun ketum yang mempunyai tetulang berwarna putih ini memberi kesan halusinasi. Air ketum dihasilkan dengan merebus daun tersebut dan kebiasaannya para penjual akan membungkus air ini dalam bungkusan yang kecil untuk dijual kepada para pengguna.
Khasiat Air Ketum untuk Lelaki dan Wanita
Minuman yang berasal dari tumbuhan ketum boleh digunakan sebagai ubat alternatif di negara seperti Amerika Syarikat. Menurut kajian European Monitoring Centre for Drugs and Addiction (EMCDDA), dos kecil minuman ketum mungkin mampu memberikan kesan positif seperti berikut
Mampu menghilangkan masalah tidak peka
Memberi ketenangan
Kecergasan dan sentiasa bertenaga
Kekuatan dan tidak penat
Selain daripada 4 aspek di atas, ia juga dipercayai mampu merawat sakit seperti sengal otot, lemah sendi kepenatan, kegelisahan serta pelbagai keadaan kesihatan lain. Antara kebaikan utama ketum dalam industri perubatan juga, di mana ia berpotensi dijadikan pelbagai jenis ubat seperti ubat penenang dan ubat tahan sakit.
Apa Keburukan Air Ketum?
Bahan utama di dalam ketum yang telah dikenal pasti boleh menyebabkan ketagihan ialah Mitragynine, ketum atau mitragynine ini pada dos yang rendah ia akan menunjukkan kesan stimulant iaitu:
Seseorang itu boleh menjadi selalu aktif.
Bertenaga untuk membuat kerja-kerja berat
Dan boleh berjaga sepanjang malam.
Ketum atau mitragynine ini pada dos yang tinggi kesannya adalah sedatif atau menyamai kesan dadah penenang:
seorang itu boleh menjadi khayal
Mengantuk
Deria mereka menjadi tidak responsif
Dan kesan yang paling serius ialah apabila ia diambil pada dos yang terlalu tinggi atau berlebihan, ia boleh menyebabkan:
Sawan.
Jantung
Otak
Kerosakkan buah pinggang
Insomnia (sukar tidur)
Hilang akal
Ketagihan
Ketagihan ketum untuk jangka masa yang panjang terutamanya dalam dos yang tinggi ataupun berlebihan ianya sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada organ dalam tubuh kita.
Hukum Minum Air Ketum
Hukumnya adalah harus : Sekiranya bertujuan untuk perubatan, namun mestilah mendapatkan nasihat, tunjuk ajar dan diberikan dosanya oleh doktor yang diiktiraf keilmuannya alam perubatan dan kadar yang sesuai dengan tahap penyakit
Hukum haram : Dekiranya ia diambil secara berlebih-lebihan, jadi, ia boleh membawa kepada ketagihan. Maka ini dilarang dalam islam kerana kita dilarang melakukan perkara-perkara yang membawa kepada ketagihan, sama juga seperti mengambil ganja dan dadah dadah yang lain.
Maka tidak boleh menggunakan benda ini tanpa tujuan yang benar dan lebih haram lagi jikalau ia dicampur dengan perkara-perkara lain yang membuatkannya bila diminum menjadi khayal.
Pindaan Hukuman Memiliki Air Ketum
Orang tua-tua dulu menggunakan ketum sebagai perubatan tanpa mencampur bahan-bahan kimia lain, namun hari ini segalanya telah berubah selepas ketum telah dicampur dengan pelbagai jenis bahan kimia yang menyebabkan bahaya pada kesihatan masing-masing.Oleh itu, sekiranya seseorang itu memiliki atau meminum ketum, mereka boleh dituduh dibawah seksyen 30 paket lima akta racun berbahaya 1952 yang memperuntukkan:
Penjara maksimum 4 tahun
Denda RM10,000 jika disabitkan kesalahan
Admin harap perkongsian kali ini memberi panduan dan manfaat pada anda semua dalam memahami secara menyeluruh mengenai, manfaat, keburukan dan sebagainya.
Soalan FAQs Berkenaan Air Ketum
Adakah air ketum berbahaya?
Benar, penggunaan air ketum boleh membawa risiko kesihatan yang serius, terutama jika digunakan secara berlebihan atau jangka panjang.
Apakah kandungan kimia yang terdapat dalam air ketum yang memberikan kesan analgesik atau bagus untuk kesihatan?
Air ketum mengandungi beberapa alkaloid aktif. Tetapi alkaloid utama yang dikaitkan dengan kesan analgersik atau penawar untuk penyakit ialah mitragynine. Mitragynine adalah komponen penting dalam daun ketum yang mempunyai potensi untuk mengurangkan kesakitan dengan agonis reseptor opioid dalam tubuh manusia.
Bagaimana cara penggunaan air ketum secara tradisional dalam amalan perubatan?
Secara tradisional, daun ketum dihancurkan dan direndam dalam air panas untuk menghasilkan air ketum. Proses merendam ini membantu mengestrak komponen-kompeni aktif seperti mitragynine dari daun ketum. Air ketum yang dihasilkan kemudian diminum sebagai minuman untuk meredakan kesakitan atau memberikan kesan sedatif.
Mengapa daun ketum diharamkan?
Pada sesetengah tempat, daun ketum dan produk yang mengandungi ketum telah diharamkan disebabkan risiko kesihatan yang berkaitan dengan penggunaannya.
Keputusan untuk mengharamkan daun ketum biasanya dikaitkan dengan kesan negatif yang serius terhadap kesihatan individu dan masyarakat.
Haramnya daun ketum mungkin berlangsung untuk jangka waktu yang lama, bergantung kepada undang-undang dan peraturan tempatan di sesebuah negara atau kawasan.
Berapa lamakah kesan ketum dalam badan?
Kesan ketum dalam badan bergantung kepada beberapa faktor termasuk jumlah yang diambil, kekerapan pengambilan, kepekaan individu dan jenis ketum yang digunakan. Kesan ketum biasanya boleh dirasai dalam tempoh 10 hingga 30 minit.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2024/01/air-ketum.html