Air Fryer Yeayyy
Alhamdulillah..
Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan rezeki yang banyak kepada kami..
Terima kasih Ya Allah kerana membuka hati suami untuk beli air fryer ni.
Dah lama sangat nak beli.
Tapi tangguh tangguh la lagi.
tapi kali ni.
dah tak boleh tangguh lagi dahhh...
Pertama,
kadar kolestrol Mama Yan tak berkurangan pun walaupun makan makanan tambahan dan ubat klinik.
So kena ambil langkah jaga makan..
no deep frying guna minyak banyak banyak.
guna air fryer boleh kot...
Kedua,
pagi pagi tak sempat nak sediakan sarapan dan bekal.
nak menghadap kuali lagi..
Sekarang jarak rumah dan sekolah agak jauh..
tak macam dulu keluar pagar rumah terus nampak sekolah.
Ketiga,
nak masak tengahari pun tak sempat.
masak awal awal kang sejuk pulak.
gap masa nak ambil anak tadika, anak sekolah kebangsaan, dan hantar anak sekolah agama dekat dekat sangat.
kelam kabut Mama Yan...
so dengan adanya Air Fryer ni..
Harapannya..
Dapatlah membantu meringankan kekalutan Mama Yan menguruskan keluarga
dan juga jaga pemakanan.
Harga?
Beli di Lionmas Pontian.
ada 2 pilihan je masa ni..
1 jenama khind, nampak kecik sangat.
walaupun murah...tapi muat nuget 5 - 6 ketul je buat apa...
so ambikla yang ni...
Harga sebenar dia kata dalam 700 lebih..
ada promotion sekarang ni...
so harga jadi RM499.00
Berpusing pusing cari kedai elektrik kat Pekan Nanas,
semuanya tutup sebab hujung minggu lepas masih ramai yang cuti tahun baru cina...
So pergi bandar Pontian..
Jumpa Lionmas je..
belasahla...
Dah selamat dah guna beberapa kali sepanjang minggu ni.
InsyaAllah akan digunakan selalu.
hihihi..
Suami Mama Yan ni..
konsep dia...
dah beli...
Jangan tak pakai...
Pakai sampai rosak takpe...
So beli apapun..pakai je..
Jangan sayang sayang..
Nanti susah nak minta baru.
Kalau rosak, cepat dapat boleh dapat yang baru yang lagu haptudet.
Sekian wassalam
Tombol pemasa dengan suhu dia...main pulas pulas je...
Dapat free loyang. tapi kecik je loyang nya ni...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziankhalil.com/2020/01/air-fryer-yeayyy.html