Aiman Tino Enggan Mengalah






Belum memifikirkan soal cinta, Aiman menolak untuk bercinta dalam masa terdekat kerana mahu melunaskan tanggungjawab kepada keluarga terlebih dahulu.

Kehidupan seperti roda, ada masa di atas dan pada ketika lain, berada di bawah. Perumpamaan sebegitu mungkin yang paling sesuai bagi menggambarkan kerjaya seni Aiman Tino.

Namanya yang pernah dijulang sekitar tahun 2016 apabila debut single, Ku Rela Dibenci meledak hit itu bagaimanapun semakin menghilang daripada bibir peminat, bahkan tuan punya badan juga seperti memperlahankan rentaknya dalam dunia nyanyian.

Pernah mencipta fenomena tersendiri tiga tahun lalu, Aiman ketika ditemui di Rumah Terbuka Aiman Tino dan Fara Hezel di Dewan TKR, Bukit Raja, Selangor baru-baru ini hanya tersenyum nipis saat ditanya tentang perkara tersebut.

“Sama ada saya suka atau tidak, itulah hakikat yang perlu saya terima buat masa sekarang. Saya sedar ramai yang melabelkan saya sebagai artis ‘one hit wonder’ tetapi apa yang boleh saya katakan, saya belum mengalah.

“Kerjaya seni memang perlahan sekarang tetapi tidak mengapa, saya masih punya masa untuk bangkit semula,” jelasnya panjang lebar.

Tolak tawaran

Jika diperhatikan, Aiman semakin menjauhkan diri dari industri sejak isu video lelaki separuh bogel yang dikaitkan dengan dirinya tular pada Mac lalu.

Sejak kejadian itu, jejaka berusia 21 tahun itu seperti mengelak daripada berinteraksi dengan peminat di laman Instagram, tidak mengemas kini status media sosial dan hanya menyepikan diri secara perlahan-lahan.

Kata Aiman, tujuan dia berbuat demikian adalah untuk memberi ruang kepada dirinya bermuhasabah diri dan mahu bebas sebentar daripada asakan kontroversi dunia hiburan yang semakin menyesakkan kepalanya.

Mengakui banyak menolak tawaran kerja sepanjang hampir empat bulan berdiam diri, dia menafikan tertekan dengan isu video panas tetapi berasa rimas dengan sikap warga net yang terus-menerus cuba menjatuhkannya.

“Pada waktu itu, sudah tidak sanggup membaca komen-komen berbaur penghinaan dan kritikan pedas yang ditinggalkan warga net terutama di laman Instagram.

“Saya cuma perlukan masa untuk berehat, itu sahaja. Sekarang saya sudah bersedia untuk kembali aktif dalam media sosial, menerima tawaran persembahan dan merakam lagu baharu,”ujarnya teruja.

Fokus berniaga

Sepanjang tempoh dia berdiam diri, Aiman turut menerima tawaran tajaan pengajian peringkat diploma dari sebuah universiti swasta namun memutuskan untuk menolak terlebih dahulu.

Tambahnya, pada usia 21 tahun, dia berasakan dirinya sudah ketinggalan agak jauh untuk memulakan pengajian. Dalam masa sama, melihat kepada perkembangan kerjayanya sekarang, Aiman menyifatkan lebih baik fokus ke arah menaikkan semula namanya dalam industri.

Menerima sokongan ibu bapa berhubung keputusan yang dibuat, pemilik nama Mohamad Aiman Yusri itu bagaimanapun tetap mengambil inisiatif mengikuti kelas-kelas tertentu yang dihadiri secara tertutup mengikut keperluan semasa.

“Belajar bukan hanya terhad di universiti tetapi boleh dilakukan di mana sahaja mengikut keperluan dan kelapangan waktu.

“Fokus saya kini adalah untuk menaikkan semula nama dalam industri dan memulakan perniagaan bawah label Aiman Tino. Semuanya sedang dalam perancangan,” tuturnya.

Pernah menikmati fasa dijulang tinggi, kini penyanyi Aiman Tino harus menerima hakikat bahawa namanya kian suram. Dia berazam mahu memulihkan kerjayanya seperti tiga tahun lalu.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/07/aiman-tino-enggan-mengalah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warga Bangladesh Beri Tip Rm50 Kepada Pemandu Grab Ini Selepas 3 Yang Lain Enggan Mengambil Mereka Kerana Berbau

Warga Bangladesh Beri Tip Rm50 Kepada Pemandu Grab Ini Selepas 3 Yang Lain Enggan Mengambil Mereka Kerana Berbau

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 325 hits
Bau badan adalah perkara biasa yang dialami oleh semua orang di Malaysia memandangkan cuaca di sini yang panas dan lembap sepanjang tahun menjadikan kita berpeluh sepanjang masa Namun begitu dengan cara pemakanan dan meminum air yang banyak...
Guru Rotan Kaki Murid Enggan Solat Dipenjara Sehari Denda Rm4 000

Guru Rotan Kaki Murid Enggan Solat Dipenjara Sehari Denda Rm4 000

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 521 hits
Mahkamah Tinggi mengekalkan sabitan terhadap seorang guru agama selepas didapati bersalah mencederakan kaki muridnya menggunakan rotan kerana enggan menunaikan solat semalam Hakim Datuk Abdul Halim Aman menjatuhkan hukuman penjara sehari da...
India Mohon Malaysia Berkeras Enggan Serah Zakir Naik

India Mohon Malaysia Berkeras Enggan Serah Zakir Naik

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 351 hits
Diterbitkan pada 28 June 2019Malaysia sebelum ini menyatakan pendirian bahawa negara mempunyai hak sama ada mahu menghantar pulang atau tidak Foto BernamaKUALA LUMPUR 28 Jun Malaysia telah menerima permohonan daripada kerajaan India bagi me...
Jadi Bahan Celaan Warganet Gisel Enggan Baca Kolom Komentar Di Instagram

Jadi Bahan Celaan Warganet Gisel Enggan Baca Kolom Komentar Di Instagram

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 272 hits
Gisella Anastasia atau Gisel mengaku kerap mendapatkan komentar komentar miring dari warganet dari postingannya di instagram Gisel mengaku jika dirinya bahkan sering menjadi bahan celaan
Pembantu Loke Nafi Enggan Jumpa Pemandu Teksi Buang Memo

Pembantu Loke Nafi Enggan Jumpa Pemandu Teksi Buang Memo

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 410 hits
Sebelum ini kira kira 500 pemandu teksi menyerbu majlis rumah terbuka Kementerian Pengangkutan di Putrajaya untuk bertemu Anthony Loke dan menyerahkan memorandum mereka PUTRAJAYA Setiausaha Politik Menteri Pengangkutan Mohamad Dahlan Maamor...
Enggan Buat Ujian Poligraf Dan Sumpah Laknat Azmin Tolak Peluang Bersih Nama Lokman

Enggan Buat Ujian Poligraf Dan Sumpah Laknat Azmin Tolak Peluang Bersih Nama Lokman

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 354 hits
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam berkata keengganan Menteri Hal Ehwal Eonomi Datuk Seri Azmin Ali untuk melakukan ujian poligraf seakan jelas membuktikan bahawa sememangnya dia terlibat dalam jenayah seks luar tabii J...
Ajar Juga Anak Lain Mengalah Jangan Asyik Suruh Si Abang Yang Mengalah

Ajar Juga Anak Lain Mengalah Jangan Asyik Suruh Si Abang Yang Mengalah

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 272 hits
Asyik abang dan kakak je mengalah dengan adik setiap keluarga pasti mengalami situasi ini Yang menjadi mangsa pening kepala pastinya mama Mama lah orang yang akan leraikan pergaduhan tersebut Namun bukan senang untuk tenangkan anak anak Bil...
Awi Rafael Belum Mengalah

Awi Rafael Belum Mengalah

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 392 hits
Perkara yang sudah berlalu usah dikenang kerana kehidupan perlu diteruskan Meskipun rasa sakit masih berbekas di hati tetapi banyak lagi perkara lain yang boleh membahagiakan dirinya Begitu prinsip yang dipegang penyanyi Awi Rafael apabila ...
Flood Evacuees Increase In Sabah Decline In Perak And Selangor As At 4pm

Are Foreign Students Displacing Locals In Public Universities

Mungkin Orang Anggap Aku Sekadar Mengarang Cerita

Drama Puteri Kelas Atas

Join Jb Car Free Morning Di Mbjb Jalan Dato Onn

Breaking News After A 33 Year Hiatus Lancia Returns To Wrc With New Toy Ypsilon Rally2 Hf Integrale

The Colours Of Life Selamat Menyambut Hari Malaysia 2025

Afc Champions League Elite 2025 2026 Buriram Vs Jdt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ayam Masak Kicap Dan Bab Threads

Pagi Adalah Peluang Baru Untuk Hidup Lebih Baik

Stratford Di Hari Akhir Nelly Di London

Adalah Tu

Percutian Ke Perak Yang Gagal

Sticker Label Custom Printing Cara Mudah Naikkan Identiti Produk Anda