Aidilfitri Hampa Tak Dapat Tukar Tiket Perjalanan Bas
AidilFitri: Hampa Tak Dapat Tukar Tiket Perjalanan Bas
Kuala Terengganu: Pengumuman sambutan Aidilfitri membuatkan penumpang bas yang membeli tiket perjalanan hari ini bergegas ke Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) malam tadi, untuk menukar jadual perjalanan.
Tinjauan mendapati lebih 20 penumpang yang sudah membeli tiket untuk pulang ke destinasi masing-masing ke kaunter tiket berpusat (CTS) untuk membuat pertukaran perjalanan malam tadi.
Bagaimanapun, impian mereka untuk menukar tiket perjalanan hampa apabila semua bas ekspres penuh dengan penumpang yang sudah membuat tempahan perjalanan.
Difahamkan, sebanyak 18 bas ekspres daripada Kuala Terengganu ke Johor Baharu, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan malam tadi.
Seorang penumpang, Bazir Abdul Muin, 43, dari Johor Bharu mengakui membuat tempahan tiket untuk pulang berhari raya bersama keluarga hari ini
Bagaimanapun, katanya, dia ke CTS di Hentian Bas MBKT untuk membuat pertukaran perjalanan, tetapi hampa apabila semua perjalanan malam tadi sudah penuh
“Kita membuat tempahan tiket untuk pulang berhari raya bersama keluarga sejak awal Ramadan lalu.
“Kita membuat tempahan tiket untuk perjalanan esok (Isnin) kerana beranggapan Aidilfitri pada Selasa, tetapi reda dan terpaksalah menyambut Syawal bersama rakan pada hari raya pertama,” katanya.
Falizah Abdul Kadir, 35, yang berkerja sebagai jurujual di Pasar Payang berkata, dia bernasib baik kerana membuat tempahan perjalanan untuk pulang berhari raya bersama keluarga di Seremban, Negeri Sembilan, malam tadi.
“Kami yang menganggap sambutan Aidilfitri pada Selasa bercadang berbuka puasa bersama keluarga dan membawa ibu membeli biskut raya di Seremban esok, tetapi terpaksa reda apabila diumumkan esok (hari ini) hari raya,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Operasi Terminal CTS Kuala Terengganu, Muhammad Fadzrin Hazahar, berkata sebanyak 18 perjalanan bas ekspres ke beberapa negeri termasuk ke Utara dan Selatan malam tadi.
Katanya, penumpang yang sudah membuat tempahan tiket tidak boleh membuat penukaran perjalanan.
“Tetapi ada beberapa penumpang bernasib baik dapat pulang ke destinasi malam ini susulan membuat penukaran tiket suka sama suka dengan penumpang lain,” katanya.-HM
AidilFitri: Hampa Tak Dapat Tukar Tiket Perjalanan Bas
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Faiz bidas Annuar Musa tukar nada terhadap Muhyiddin
Najib: Kit Siang patut tumpu kes kematian bos Ewein, bukan Altantuya
Bapa rogol anak tiri manakala ibu sebabkan kecederaan emosi
‘Pakej Ambil Gambar Dahulu, Bayar Kemudian’ Buat Netizen Terhibur
Pemimpin PAS saran Qisas – Hentak balik pembuli dengan meja
Lelaki Disyaki ‘Onani’ Belakang Rumah Diburu Polis
Bapa Penyanyi Sharifah Zarina Meninggal Dunia, Rebah Ketika Solat Di Masjid [VIDEO]
Bergurau jadi mayat, lelaki tertimbus tanah kubur (Video)
Sultan Johor perkenan karya mural Joey Daud
Sanusi kata Isham anak seluang, enggan mohon maaf
34 Tahun Terpisah..Ajaibnya Ramadan, Pelakon Sensasi Tiz Zaqyah Akhirnya Jumpa Abang Kandung
Isham lapor polis terhadap Sanusi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)
Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula
The post AidilFitri: Hampa Tak Dapat Tukar Tiket Perjalanan Bas appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/05/02/aidilfitri-hampa-tak-dapat-tukar-tiket-perjalanan-bas/