Aidil Memang Cakap Nak Baby Boy Pula Fasha Sandha Tak Tolak Rezeki Andai Hamil Lagi Tapi
Aktres Fasha Sandha mengakui suaminya yang juga pelakon, Aidil Aziz berhasrat untuk memiliki cahaya mata lelaki selepas anak mereka, Aisha Amaira kini mencecah usia dua tahun.
Bagaimanapun, Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan mended4hkan dia belum bersedia untuk sekali lagi berbadan dua.
“Saya memang sukakan kanak kanak sejak zaman anak dara lagi. Dulu kalau ada masa lapang, saya sanggup angkut anak jiran bawa jalan ke sana ke sini.
“Tapi sekarang, cukuplah dulu ada tiga anak. Nak tambah lagi anak… lambat lagi. Aidil memang cakap nak ‘baby boy’ pula tahun ini.
“Tapi sejujurnya, saya belum bersedia. Saya sibuk dengan komitmen seni dan duta produk,” katanya yang baru sahaja dilantik sebagai duta produk atau pengguna setia produk serbuk Vitamin C Gebu Glow.
Kakak kepada pelakon Elisya Sandha itu bagaimanapun tidak menolak sekiranya diberikan kesempatan untuk memiliki permata hati lagi selepas ini.
“Tapi andai Tuhan beri rezeki hamil lagi, saya terima. Saya baru 37 tahun. Mungkin sebelum masuk usia 40, saya boleh beranak lagi. Mujur suami memahami,” katanya.
Berkongsi mengenai sisi kerjaya seninya, Fasha tidak menafikan soal menjaga disiplin dan komitmen kerja sebagai antara resipi sukses yang diamalkan sejak 16 tahun lalu.
“Alhamdulillah, saya tidak pernah lewat sepanjang tempoh 16 tahun dalam kerjaya seni. Mungkin juga kerana saya bermula sebagai seorang model sejak usia 18 tahun.
“Ketika itu, kebanyakan ‘call time’ bermula sekitar 4 atau 5 pagi. Orang sedap tidur kami sudah mula bertugas memulakan solekan dan sebagainya.
“Jadi, mungkin sudah terbiasa dan terbawa-bawa sampailah sekarang. Saya suka bermula awal pagi. Walaupun saya pulang lewat macam mana pun dan tak cukup tidur, saya tetap akan cuba bangun awal,” katanya.
Bintang filem Cicakman itu turut, dia juga berkongsikan tips dan nasihat sama kepada adiknya.
“Saya selalu ingatkan Elisya supaya jaga waktu. Jika dia terlambat, dia akan memberi kesan kepada nama saya. Tetapi Alhamdulillah, Elisya sangat mendengar kata.
“Saya juga selalu berpesan kepadanya supaya jangan berlagak diva. Ada rezeki lebih belanja kru makan. Itu cara juga untuk disenangi ramai,” katanya.
Dilantik sebagai duta produk diusahakan adik beradik, Wawa dan Awien itu, Fasha mengakui memuji usaha mereka yang mahu membantu golongan wanita khususnya termasuk suri rumah dan ibu tunggal.
“Saya dan adik beradik sebelum ini hidup susah melihat pergelutan mama membesarkan kami sendirian tanpa ayah di sisi. Mama terpaksa kerja siang dan malam untuk menyara kami hingga jadi orang berguna.
“Saat teringat kenangan lalu, saya terpanggil membantu mereka (Wawa dan Awien). Mereka pun tak boleh bayar tinggi sebab nak tolong agen bergelut di era pandemik. Saya okey kerana faham niat mereka yang nak bantu.
“Jadi awalnya saya tak letakkan harga kebiasaan kerana niat nak tolong. Cuma saya minta mereka jangan ded4hkan harga dipersetujui. Segala galanya dipermudahkan hingga mereka melantik saya jadi duta.
“Pada akhirnya kalau sebut perihal ibu tunggal, saya teringat perjuangan mama. Saya pun pernah jadi ibu tunggal, tapi perjalanan dan liku hidup kami berbeza. Mama jadi inspirasi. Kalau ada duit lebih, kongsi dengan orang susah dan ia sangat berkat,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : MH
Sumber: Sinar Viral
Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://encikpenyu.blogspot.com/2022/02/aidil-memang-cakap-nak-baby-boy-pula.html