Ahmad Zahid Terima Dana Politik Rm1 Juta Dari Profound Radiance Sdn Bhd


Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima ‘dana politik’ menerusi cek bernilai RM1 juta daripada syarikat Profound Radiance Sdn Bhd pada Januari 2018.

Loading… Perkara itu disahkan Penolong Pengurus Maybank cawangan Dataran Maybank, Harryade Mohamad Arbe, 46, semasa disoal peguam, Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid.
Hisyam: Boleh kamu baca apa yang dicatatkan di belakang cek itu
Harryade: Political Fund to TPM (Dana Politik kepada Timbalan Perdana Menteri) bayar kepada Lewis & Co bertarikh 3 Januari 2018”.
Harryade juga bersetuju dengan Hisyam bahawa dua lagi cek daripada syarikat Profound Radiance masing-masing bernilai RM300,000 dan RM700,000 dibayar kepada Lewis & Co yang merupakan pemegang amanah bagi Yayasan Akalbudi, adalah untuk kerja amal.
Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Gan Peng Kun, saksi pendakwaan ke-26 itu berkata pada 9 Januari 2018, terdapat pengeluaran Inward Clearing Chq Debit berjumlah RM1 juta dari syarikat Profound Radiance.
“Pengeluaran ini tercatat dalam penyata akaun Maybank atas nama syarikat sama bertarikh 31 Januari 2018.
“Saya sendiri yang mencetak penyata akaun tersebut. Saya juga menandatangani sijil perakuan yang sama berkaitan cetakan penyata akaun tersebut,” katanya.
Saksi itu berkata demikian semasa membacakan pernyataan saksi pada hari ke-12 perbicaraan kes Ahmad Zahid yang berdepan 47 pertuduhan melibatkan dana Yayasan Akalbudi berjumlah jutaan ringgit.
Harryade berkata, pada 4 Ogos 2017, terdapat pengeluaran Clearing Chq Debit menggunakan cek berjumlah RM300,000 dari akaun syarikat tersebut.More in Home
“Melalui pemahaman saya, cek ini telah ditebus (Clearance Cheque) pada 3 Ogos 2018 berdasarkan tarikh yang dicatatkan oleh mesin di ruangan belakang cek tersebut akan tetapi terdapat masalah sistem dari pihak Maybank kerana cek tersebut kemungkinan tidak dapat dibaca pada sistem.
“Wang tersebut didebitkan secara manual pada 4 Ogos 2018 dan pengeluaran ini tercatat dalam penyata akaun Maybank atas nama Profound Radiance Sdn Bhd bertarikh 31 Ogos 2017,” katanya.
Tambahnya, pada 15 Mac 2018 terdapat pengeluaran Inward Clearing Chq Debit berjumlah RM700,000 dari akaun Profound Radiance.
“Pengeluaran ini tercatat dalam penyata akaun Maybank atas nama Profound Radiance Sdn Bhd bertarikh 31 Mac 2018. Saya sendiri yang mencetak penyata akaun tersebut. Saya juga menandatangani sijil perakuan yang sama berkaitan cetakan penyata akaun tersebut,” katanya.
Saksi pendakwaan ke-23, eksekutif di Public Bank Cawangan Tun HS Lee, Rashidah Mohd Rahim, 44, memberitahu mahkamah bahawa terdapat pengeluaran wang daripada akaun Syarikat Jogabonito Jewellery And Diamonds melalui cek berjumlah RM250,000 dibayar kepada Lewis & Co pada 27 Jun 2016.
Pegawai Eksekutif Bank di RHB Islamic Bank Berhad Cawangan Utama Kuala Lumpur, Faiz Azfar Mohamad Azahar, 35, pula berkata, terdapat 22 transaksi pengeluaran wang melalui cek daripada tiga syarikat berjumlah RM12. 5 juta.
“Sebanyak 10 transaksi pengeluaran wang melalui cek berjumlah RM5 juta daripada akaun Berani & Jujur Trading pada 8 Februari 2017 dan 12 transaksi pengeluaran melalui cek daripada akaun Mastoro Kenny IT Consultant & Services RM7. 5 juta pada 8 Disember 2016 dan 6 Jan 2017,” kata saksi pendakwaan ke-24 itu dan menambah kesemua cek tersebut dibayar kepada Lewis & Co.
Saksi pendakwaan ke-25, Penolong Pengurus Maybank Kompleks Pejabat Damansara, Hasnizailawaty Sudin, 47, berkata, terdapat dua pengeluaran Inward Clearing Chq Debit menggunakan cek berjumlah RM6 juta daripada akaun Sarana Kencana Sdn Bhd pada 26 April 2017 dan dibayar kepada Lewis & Co pada 25 April 2017.
Ahmad Zahid, 66, menghadapi 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya bagi pecah amanah (CBT), lapan bagi rasuah dan 27 bagi pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung 11 Februari 2020. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/12/ahmad-zahid-terima-dana-politik-rm1-juta-dari-profound-radiance-sdn-bhd/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yadim Terima Peruntukan Rm1 4 Juta Jalani Kegiatan Dakwah

Yadim Terima Peruntukan Rm1 4 Juta Jalani Kegiatan Dakwah

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 259 hits
Yadim terima peruntukan RM1 4 juta jalani kegiatan dakwah Dikemas kini 46 minit yang lalu Diterbitkan pada 30 Nov 2019 10 16P
Saksi Dakwa Zahid Hamidi Terima Rm2 Juta

Saksi Dakwa Zahid Hamidi Terima Rm2 Juta

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 403 hits
Seorang saksi mengaku bahawa Ahmad Zahid Hamidi menerima rasuah darinya Dipetik laporan Sinar Pengarah syarikat pemprosesan visa Profound Radiance Sdn Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa bekas Menteri Dalam Negeri itu menerima RM2 juta d...
Zahid Isteri Belanja Rm1 3 Juta Beli Barang Mewah Di Luar Negara

Zahid Isteri Belanja Rm1 3 Juta Beli Barang Mewah Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 668 hits
Ahmad Zahid Hamidi dan isterinya Hamidah Khamis masing masing mempunyai 2 kad kredit KUALA LUMPUR Ahmad Zahid Hamidi membayar hampir RM1 3 juta bagi 4 kad kreditnya antara Januari 2014 dan Januari 2016 yang digunakannya termasuk untuk membe...
Pemerintah Temukan Penyelewengan Dana Csr Garuda Indonesia Rp 50 Juta Untuk Ikagi

Pemerintah Temukan Penyelewengan Dana Csr Garuda Indonesia Rp 50 Juta Untuk Ikagi

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 199 hits
Staf khusus Kementerian Badan Usaha Milik Negara Arya Sinulingga mengatakan pihaknya menemukan bukti transfer dana dari Garuda Indonesia ke asosiasi profesi Ikatan Keluarga Awak Kabin Garuda Indonesia senilai Rp 50 juta Bukti transfer itu t...
Terima Duit 11 Juta Dengan Modal Rm15

Terima Duit 11 Juta Dengan Modal Rm15

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 784 hits
suka tak jika terima mesej spt di ataskini anda berpeluang terima jumlah spt di atassyaratnya daftar percuma dahulu450 166616 lot di bawah sayaHari2 spillover Modal RM15 15 Hari RM2005AHLI2 LAMA DAN BARU YG INGIN BERADA DI DALM RANGKAIAN SA...
Antara Abu Cina Mati Dengan Rasuah Rm2 Juta Diterima Zahid Hamidi

Antara Abu Cina Mati Dengan Rasuah Rm2 Juta Diterima Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 473 hits
SELAIN bercakap mengenai ABU seorang Cina yang telah mati kita harap Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi boleh menjelaskan sedikit mengenai dakwaan seorang pengarah syarikat bahawa dia MERASUAHKAN Zahid RM2 juta Itu saja hendak tanya pada Zahi...
Tak Perlu Dana 20 Juta Pemuda Kampung Banggakan Negara Dengan Ciptaan Motor Mesra Banjir

Tak Perlu Dana 20 Juta Pemuda Kampung Banggakan Negara Dengan Ciptaan Motor Mesra Banjir

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 745 hits
Hebak anak muda kampong Bijok sampai orang Jepung buleh geleng pala Ia antara pujian oleh netizen dalam dialek Terengganu untuk menggambarkan kekaguman terhadap kreativiti dua anak muda Kampung Banggol Setiu hingga dua buah motosikal bukan ...
Gubernur Kepri Didakwa Terima Suap Rp45 Juta Sgd 5 Ribu Dan Sgd 6 Ribu

Gubernur Kepri Didakwa Terima Suap Rp45 Juta Sgd 5 Ribu Dan Sgd 6 Ribu

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 218 hits
Gubernur Kepri Didakwa Terima Suap Rp45 Juta SGD 5 Ribu dan SGD 6 Ribu Nurdin mengarahkan Edy agar para pengusaha tidak perlu mengurus melalui Pelayanan Terpadu Satu Pintu
Kementerian Kewangan Janji Rm40 Juta Untuk Dana Amanah Kolej Tar

Kementerian Kewangan Janji Rm40 Juta Untuk Dana Amanah Kolej Tar

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 389 hits
Kementerian Kewangan janji RM40 juta untuk dana amanah Kolej TAR Dikemas kini 41 minit yang lalu Diterbitkan pada 4 Dec 2019
Minum Cuka Epal Boleh Kurus Fakta Atau Mitos

Kesilapan Gaya Buat Korang Nampak Lebih Tua Apa Tu

Kunci Kejayaan Adakah Mindset Lebih Penting Daripada Kemahiran

The Opposite Of Love Isn T Hate It S Indifference

Volkswagen Presents A Teaser With Their Cheapest Electric Vehicle

Sacred Bond How A Politician S Act Bridged Divides At A Hindu Wedding

Penang Umrah Pilgrims Lodge Report Against Tour Agency Claiming To Have Been Shortchanged

Guidelines For Muslims Non Muslims Unnecessary Says Anwar


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Pesawat Ringan Terhempas Berdentum Rempuh Bas 2 Terbunuh

Garis Panduan Akmal Tak Setuju Pm Ingatkan Orang Bukan Islam Jangan Campur

Permasangan Lebih 34 000 Akses Wifi Di Ipta Selesai Julai Ini

Menipu Polis Indonesia Untuk Konten Ini Teguran Aisar Khaled Untuk Ammar Nazhan Fikir Dulu Kalau Konten Itu

Masak Bening Kentang Dan Suhun

Pengertian Nisfu Sya Ban Dan Dalilnya