Ahli Politik Mana Yang Didakwa Lindungi Kartel Ayam Ni



PETALING JAYA: Campur tangan politik sejak sekian lama dalam isu membabitkan dominasi kartel terhadap indus­tri penternakan ayam di seluruh negara menyebabkan pihak terbabit terus bermaharajalela.
Malah Utusan Malaysia difahamkan, kegagalan menubuhkan lembaga khas bagi mengawal industri ternakan ayam juga dikaitkan dengan campur tangan ahli politik.
Tanpa mendedahkan nama, sumber mem­be­ritahu, sepatut­nya selepas pendedahan demi pen­de­dahan terhadap isu kartel ayam, Malaysia sepatutnya sudah menubuh­kan lembaga khas bagi me­ngawal industri dan men­stabilkan harga di pasaran.
“Sudah berpuluh tahun, kerajaan masih gagal tubuhkan sebarang lembaga untuk kawal industri ayam, sebab banyak juga isu politik dalam perkara ber­kaitan,” katanya di sini, semalam.
Semalam Utusan Malaysia mendedahkan bahawa kartel turut menguasai pasaran harian berjumlah 1.5 juta ekor ayam, iaitu 70 peratus daripada ke­se­luruhan 2.2 juta ekor ternakan itu yang dijual di seluruh negara setiap hari.
Sementara itu, pemilik ladang kontrak atau integrator menafikan mengaut keuntungan berlebihan daripada penternak ayam di bawahnya. Sebaliknya mereka juga berhadapan dengan kerugian disebabkan kos makanan iaitu dedak dan anak ayam.
Pemilik salah sebuah ladang terbesar di negeri ini yang enggan namanya disiarkan berkata, penternak tidak memikirkan soal kenaikan harga dedak atau anak ayam tetapi integrator yang bertanggungjawab dalam hal itu.
Sejak 7 April lalu, akhbar ini melaporkan kewujudan lima kartel yang berselindung di sebalik sebuah persatuan penternak yang mengawal hampir keseluruhan rantaian industri ayam negara sejak puluhan tahun lalu yang bernilai RM10 bilion setahun.
Malah, semalam akhbar ini mendedahkan bahawa kartel turut menguasai pasaran harian berjumlah 1.5 juta ekor ayam, iaitu 70 peratus daripada keseluruhan 2.2 juta ekor haiwan itu yang dijual di seluruh negara pada setiap hari.
Utusan Malaysia juga difahamkan kartel bukan sahaja mengawal harga dan bekalan anak ayam kepada penternak, malah turut menguasai pasaran ayam ke seluruh negara setiap hari.
“Harga anak ayam pembakaan tak dikawal kerajaan, kerana yang mengawalnya ialah sebuah persatuan penternakan. Kenapa jabatan tak boleh kawal harga? Sebab dari segi akta, kerajaan tiada kuasa.
“Maknanya, secara automatik (kawalan) tertakluk di bawah persatuan. Malah harga ayam di ladang itu pun tak dikawal sebenarnya,” kata sumber.
Mengulas lanjut, sumber berkata, terdapat empat kartel yang menentukan segala sektor bekalan dan pasaran ayam ke seluruh negara serta mendesak lebih banyak pendedahan dibuat demi melindungi kepentingan rakyat.
“Untuk menentukan harga anak serta bekalan anak ayam kepada penternak, malah harga serta bekalan ayam matang ke pasaran, empat kartel itulah yang kawal,” katanya.
Mengulas isu sama, pemilik ladang berkata, selain sebagai pengilang dan pemborong, pihaknya juga mempunyai 65 ladang kontrak di sekitar Johor Bahru dengan kos permulaan bagi setiap ladang dianggarkan RM1 juta.
“Kos itu berdasarkan kepada harga anak ayam seekor RM2.50 dan dedak yang kini berharga RM270 setiap beg dengan anggaran 70 beg diperlukan untuk ternakan melibatkan 7,000 ekor ayam.
“Untuk pembelian anak ayam sebanyak 100,000 ekor, integrator seperti saya akan membelanjakan sebanyak RM250,000 dan makanan (dedak) pula sebanyak RM889,000,” katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau menambah, dakwaan pemilik ladang kontrak sebagai kartel adalah cukup berat seolah-olah mereka tidak langsung memikirkan soal pengguna atau rakyat yang memerlukan makanan segar tersebut setiap hari.
“Mereka (penternak) tidak memikirkan soal kerugian kami apabila anak ayam mati dengan anggaran 10 peratus daripada 100,000 ekor yang bersamaan RM25,000. Begitu juga apabila ayam mati pada usia 20 hari. Malah, sebelum ini anak ayam diperoleh pada harga RM1.20 atau RM1 seekor dan pernah 90 sen, jauh beza dengan harga kini,” jelasnya.
Malah katanya, bagi membantu penternak memulakan usaha mereka, pihaknya turut mengeluarkan jutaan ringgit sebagai kos permulaan, namun mereka terus diberi tekanan oleh kerajaan apabila harga siling ayam ditetapkan RM8.90 sekilogram lebih rendah daripada harga di Thailand dan Indonesia sekitar RM11 hingga RM12 sekilogram.
“Jika ingin membantu rakyat, kerajaan perlu memper­kenalkan baucar khas bagi mereka yang dikategorikan sebagai golongan B40 dan miskin,” katanya. – UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/04/ahli-politik-mana-yang-didakwa-lindungi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kartel Ibarat Raja Kuasai 70 Peratus Bekalan Ayam Harian

Kartel Ibarat Raja Kuasai 70 Peratus Bekalan Ayam Harian

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 209 hits
FAHMI FAIZPETALING JAYA Sebanyak lima kartel didakwa telah berpuluh tahun menguasai keseluruhan rantaian industri ayam di negara ini dan bermaharajalela memonopoli sektor penting makanan negara bernilai RM10 bilion setiap tahun itu Sumber d...
Airlangga Blt Minyak Goreng Untuk Lindungi Masyarakat Dari Gejolak Ekonomi

Airlangga Blt Minyak Goreng Untuk Lindungi Masyarakat Dari Gejolak Ekonomi

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 179 hits
Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Airlangga Hartarto mengatakan penebalan perlindungan sosial melalui pemberian BLT Minyak Goreng merupakan upaya pemerintah dalam melindungi masyarakat dari gejolak ekonomi global
Tak Pecah La Tian Chua Yang Pecah Kalau Kartel Ada Lahgi Dalam Pkr Dan Itu Amat Disedari

Tak Pecah La Tian Chua Yang Pecah Kalau Kartel Ada Lahgi Dalam Pkr Dan Itu Amat Disedari

papar berkaitan - pada 3/5/2022 - jumlah : 156 hits
Tian Chua tempelak Rafizi strategi kempennya boleh pecah belahkan PKRMay 3 2022 Bekas ahli parlimen Batu Tian Chua memberi amaran bahawa pendekatan Rafizi Ramli dalam pemilihan PKR yang sedang berlangsung boleh memecahbelahkan parti Tian Ch...
Ahmad Zahid Nafi Lindungi Tertuduh Kes Bella

Ahmad Zahid Nafi Lindungi Tertuduh Kes Bella

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 218 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya sebagai ahli politik yang cuba melindungi tertuduh dalam kes penderaan remaja perempuan sindrom Down bernama Bella Kesal deng...
Hiburan Hentilah Fitnah Saya Zahid Hamidi Nafi Ada Cubaan Lindungi Siti Bainun

Hiburan Hentilah Fitnah Saya Zahid Hamidi Nafi Ada Cubaan Lindungi Siti Bainun

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 338 hits
Baru baru ini nama telah dikaitkan dengan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun namun dinafikan oleh anak perempuannya iaitu Nurulhidayah Selepas anaknya menafikan hal berkenaan kali ini giliran Zahid Hamidi pula menafikan tuduhan itu dengan mem...
Terkini Tauke Jambu Dan 4 Rakan Didakwa Miliki D4d4h Ini Hukvman Yang Bakal Dikenakan

Terkini Tauke Jambu Dan 4 Rakan Didakwa Miliki D4d4h Ini Hukvman Yang Bakal Dikenakan

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 147 hits
Pelawak Zamatul Amri Zakaria atau lebih dikenali sebagai Tauke Jambu dan empat rakannya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki d4dah jenis ketamin
Tauke Jambu Didakwa Miliki Dadah Bersama 4 Rakan

Tauke Jambu Didakwa Miliki Dadah Bersama 4 Rakan

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 165 hits
Tauke Jambu didakwa miliki dadah bersama 4 rakan Pelawak Zamatul Amri Zakaria atau lebih dikenali sebagai Tauke Jambu dan empat rakannya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki dadah jenis ketamin Bagaimanapu...
Pbb Alokasikan Usd1 7 Juta Ke Ri Lindungi Masyarakat Miskin Akibat Pandemi

Pbb Alokasikan Usd1 7 Juta Ke Ri Lindungi Masyarakat Miskin Akibat Pandemi

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 126 hits
Dana Tanggap dan Pemulihan COVID 19 Perserikatan Bangsa Bangsa telah mengalokasikan USD1 7 juta ke Indonesia untuk melindungi masyarakat miskin dan kelompok rentan serta menawarkan solusi masa depan yang lebih berkelanjutan dan lebih inklus...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ramadan 2025 Malaysia

For Revenge Feat Wira Nagara Kala Luka Berpesta Chord

Resepi Nasi Goreng Kampung Simple Tapi Padu Confirm Jadi

Kemaskini Idme Maklumat Murid Pengurusan Awam

Speed Read A Sparkling Yamaha Xs650 Chopper And Three Harleys

Niat Baik Kembali Dipermudah Zaskia Adya Mecca Sukses Wujudkan Pembangunan Masjid Sementara Di Gaza