Ahli Politik Adalah Pendusta


Berpuluh-puluh kali diulangi bahawa politikus itu kerjanya ialah memuaskan nafsu mereka sendiri dan untuk puas mereka akan melakukan apa saja asalkan sampai ke puncak, namun bukanlah kami maksudkan bahawa mereka itu hanya memikirkan hal kelamin semata-mata.


Apa yang mahu kami sampaikan ialah, mereka - politikus itu - adalah sekumpulan manusia yang sanggup melakukan apa saja untuk mencapai cita-cita untuk berkuasa.

Lalu kita dihiburkan dengan telatah tipu daya mereka setiap kali datangnya pilihan raya.

Mereka menjanjikan langit dan bersumpahkan bumi. Menganggap diri adalah Mahdi yang dijanjikan. Pada masa sama mereka menyebarkan dakyah bahawa sesiapa pun yang menentang adalah syaitan besar.

Pada masa tertentu mereka akan menangis bersimpati atas nasib malang yang menimpa kita, sepertinya kita dan mereka itu bersaudara.

Di ketika yang lain mereka akan bergembira bergelak bertepuk bertampar seolah-olah kita dan mereka membesar bersama.

Lakonan mereka adalah kerana mahukan kuasa, yang lazimnya tidak datang sendiri. Kuasa datang dengan laba dan justeru itu sajalah yang ada dalam fikiran mereka.

Setelah pilihan raya, yang kalah akan - untuk beberapa ketika - menjerit ke sana sini kerana menyangka mereka dianiaya, sementara yang lain diam meratapi nasib sambil menunggu pusingan pilihan raya yang akan datang.

Yang menang akan terjerit-jerit kesukaan seperti tanggungjawab yang diperolehi itu adalah hadiah daripada tuhan. Mereka mabuk kerasukan. Setelah bertenang mereka akan mula memasang jalan untuk memegang jawatan paling atas dalam pentadbiran.

Apa saja akan mereka lakukan. Jika cara murni tidak berkesan lalu cara busuklah yang akan mereka lakukan.

Malu tidak ada dalam kamus hidup mereka. Dibukanya semua untuk dilihat manusia. Dalam masa yang sama apa yang dilaungkan adalah keadilan.

Yang paling bodoh antara kita tentu saja yang memilih untuk berpihak secara mutlak. Berpihak tanpa syarat.

Kita pun ketawakan keaiban orang. Kita bergaduh sesama sendiri kerana mempertahankan kumpulan manusia hamis tadi. Bersoraklah kita yang menentang dan berasa malanglah kita yang menatang.

Biar perit tekak memberitahu kamu bahawa politikus ialah manusia jahat yang kerjanya mencari ruang untuk menonjolkan diri sendiri dan kamulah alat yang paling sesuai untuk dijadikan bidak dan tapak bagi menolak mereka ke atas.

Sampai bila kita mahu menjadi baghal yang ditunda? Taat seperti haiwan peliharaan. Manja kerana diberi makan, meminta-minta mahu disuapkan sentiasa dan tidak sedar bakal disembelih dan dagingnya dijual untuk laba.

Keluarlah dari kebodohan politik kepartian dan berdoalah agar tuhan menjauhkan kita semua daripada syaitan dan ahli politik yang berlawan, mahu menentukan nafsu siapa yang lebih tegang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Apabila Pemimpin Mencintai Dunia Dan Takut Mati8 Cara Penipuan Ahli Politik Anda Wajib Tahu
sumber: malaysiakini



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/08/ahli-politik-adalah-pendusta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Kerja Kami Membuang Kandungan Yang Didakwa Palsu Oleh Ahli Politik Facebook

Bukan Kerja Kami Membuang Kandungan Yang Didakwa Palsu Oleh Ahli Politik Facebook

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 218 hits
Reading Time 1 minuteFacebook hanya bertindak terhadap kandungan yang melanggar polisi dan mengelirukan penggunanya Laman sosial Facebook berdepan dengan kontroversi di Australia apabila pihak parti politik Buruh mendakwa tuduhan yang diseb...
Awak Akan Jadi Ahli Politik Mat Sabu

Awak Akan Jadi Ahli Politik Mat Sabu

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 383 hits
BUKIT MERTAJAM Awak akan menjadi seorang ahli politik kata kata dari Guru Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mertajam ketika itu masih terngiang ngiang di telinga Menteri Pertahanan Mohamad Sabu sehingga kini Mengimbau kembali detik ma...
Melayu Dan Pribumi Lain Adalah Setara Jangan Terjerat Dalam Mainan Politik Dap

Melayu Dan Pribumi Lain Adalah Setara Jangan Terjerat Dalam Mainan Politik Dap

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 337 hits
oleh Ab Jalil Backer Perasan tak jika pemimpin DAP dan Hindraf hendak berbalah dengan orang Melayu mereka akan menyeret sama bumiputra Sabah dan Sarawak sebagai pihak bukan Melayu Ini adalah permainan minda jangka masa panjang yang bertujua...
Gagal Tunai Manifesto Penduduk Ikat Botakkan Kepala Ahli Politik

Gagal Tunai Manifesto Penduduk Ikat Botakkan Kepala Ahli Politik

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 285 hits
The ReporterGagal tunai janji naik taraf jaringan jalan sepanjang 2 kilometer di di pekan kecil La Laguna penduduk ikat Datuk Bandar di sebatang tiang Dalam kejadian yang berlaku di Chiapas Mexico Datuk Bandar Siltepec Pedro Damian Gonzalez...
Zaman Pemimpin Dan Ahli Politik Hilang Kepercayaan

Zaman Pemimpin Dan Ahli Politik Hilang Kepercayaan

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 370 hits
1 Ahli politik dan pemimpin kerajaan ini kadang kadang rasa macam hebat dan banyak sokongan padahal dia naik dan dapat jawatan sebab kena carry je 2 Pemimpin BN selama ini memerintah kerajaan pun sebab kena carry dengan sentimen parti Melay...
Jokowi Soal Wacana Penambahan Koalisi Politik Itu Semua Serba Mungkin

Jokowi Soal Wacana Penambahan Koalisi Politik Itu Semua Serba Mungkin

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 209 hits
Namun Jokowi menyebut wacana tersebut belum pernah dibahas bersama koalisi partai pendukungnya
Prabowo Hadir Di Kongres Fadli Zon Sebut Hanya Silaturahmi Politik

Prabowo Hadir Di Kongres Fadli Zon Sebut Hanya Silaturahmi Politik

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 234 hits
Jadi saya kira biasa saja silaturahmi politik diundang dalam sebuah perhelatan internal partai itu hal biasa kalau ada gelaran besar kata Fadli
Exco Selangor Sanggup Akhiri Karier Politik Pertahan Isu Tukar Agama Sebelah Pihak

Exco Selangor Sanggup Akhiri Karier Politik Pertahan Isu Tukar Agama Sebelah Pihak

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 259 hits
Seorang exco Selangor yang mengadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini tetap akan mempertahankan prinsipnya berhubung usul rang undang undang penukaran agama anak secara sebelah pihak oleh ibu atau bapa Adun Kota Kemu...
Ruu Tukar Agama Sepihak Exco S Gor Tak Kisah Kerjaya Politik Terancam

Ruu Tukar Agama Sepihak Exco S Gor Tak Kisah Kerjaya Politik Terancam

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 295 hits
MALAYSIAKINI Exco Selangor V Ganabatirau berkata beliau tidak kisah jika kerjaya politiknya terancam ekoran pendiriannya berkenaan rancangan pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam berkenaan penukaran agama kepada Islam secara sepihak Pendi...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa