Ruu Tukar Agama Sepihak Exco S Gor Tak Kisah Kerjaya Politik Terancam


MALAYSIAKINI

   
Exco Selangor V Ganabatirau berkata beliau tidak kisah jika kerjaya politiknya terancam ekoran pendiriannya berkenaan rancangan pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam, berkenaan penukaran agama kepada Islam secara sepihak.

"Pendirian saya sangat jelas dalam isu ini. Keadilan dan kesaksamaan bukan milik mana-mana kaum dan agama, tetapi semua manusia.

"Walaupun ia akan menamatkan kerjaya politik, saya akan tetap dengan prinsip saya," katanya yang juga adun Kota Kemuning, di Facebook hari ini.

Kenyataan itu dua hari selepas beliau dan tiga lagi exco bukan Islam mengadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Dalam hantaran itu, Ganabatirau turut melampirkan gambar pertemuan itu.

Difahamkan mereka memohon untuk menghadap Sultan Sharafuddin pada 25 Julai lepas untuk membincangkan beberapa isu dipercayai berhubung usul pindaan enakmen negeri berkaitan penukaran agama bagi anak di bawah umur.

Selain Ganabatirau, tiga lagi exco yang terbabit ialah Teng Chang Khim, Hee Loy Sian dan Ng Sze Han.

Pada masa ini, enakmen itu menyatakan mereka yang berusia 18 tahun ke bawah perlu mendapat kebenaran "ibu dan bapa" sebelum memeluk Islam. Pindaan itu untuk mengubahnya kepada "ibu atau bapa".

Terdahulu, rancangan untuk membentangkan rang undang-undang pindaan itu dikatakan gagal selepas Speaker DUN Selangor Ng Suee Lim menamatkan sidang hanya selepas dua hari bersidang.

Rancangan untuk meminda perkara itu dilaporkan dimulakan oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais) tetapi tidak mendapat sokongan adun Pakatan Harapan (PH), yang sama ada membantah atau berbelah bahagi terhadap rancangan itu.

Selepas pertemuan empat exco itu, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari - yang pertama kali bersuara mengenai perkara itu - berkata memang ada usaha agar rang undang-undang itu dibentangkan pada akhir sesi yang lalu.

Katanya lagi, isu itu masih dibincangkan di peringkat kerajaan kerana ia membabitkan isu yang "lebih besar" serta Perlembagaan Persekutuan dan ada "kebijaksanaan" atas penangguhan pembentangan usul itu.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/ruu-tukar-agama-sepihak-exco-sgor-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dun S Gor Patut Bahas Ruu Tukar Agama Sepihak Haniff

Dun S Gor Patut Bahas Ruu Tukar Agama Sepihak Haniff

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 292 hits
DUN Selangor sepatutnya membahaskan usul RUU tukar agama sepihak melibatkan seseorang di bawah umur 18 tahun di negeri itu kata peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla Katanya berdasarkan prinsip pengasingan kuasa badan penggubal undang undang...
Exco Selangor Sanggup Akhiri Karier Politik Pertahan Isu Tukar Agama Sebelah Pihak

Exco Selangor Sanggup Akhiri Karier Politik Pertahan Isu Tukar Agama Sebelah Pihak

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 370 hits
Seorang exco Selangor yang mengadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini tetap akan mempertahankan prinsipnya berhubung usul rang undang undang penukaran agama anak secara sebelah pihak oleh ibu atau bapa Adun Kota Kemu...
S Gor Bergolak Gara Gara Usaha Pinda Enakmen Tukar Agama

S Gor Bergolak Gara Gara Usaha Pinda Enakmen Tukar Agama

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 386 hits
Diterbitkan Hari ini 4 51 petang Timbul cakap cakap berkenaan kemelut politik di Selangor berhubung cadangan pindaan enakmen negeri yang akan membuka jalan kepada penukaran agama kepada Islam secara sepihak Isu itu tampak menjadikan keduduk...
Sultan Sedang Teliti Enakmen Tukar Agama Kata Mb S Gor

Sultan Sedang Teliti Enakmen Tukar Agama Kata Mb S Gor

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 396 hits
Diterbitkan Hari ini 12 39 tengahariSultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sedang meneliti cadangan pindaan enakmen negeri yang bakal membuka jalan kepada penukaran agama kepada Islam secara sepihak kata Menteri Besar Amirudin Shari ...
Ruu Tukar Agama Sebelah Pihak Selangor Mungkin Ganti Keputusan Indira Kata Peguam

Ruu Tukar Agama Sebelah Pihak Selangor Mungkin Ganti Keputusan Indira Kata Peguam

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 317 hits
Mahkamah Persekutuan pada 29 Januari 2018 memutuskan sebarang penukaran agama kanak kanak bukan Islam harus mendapat persetujuan kedua dua ibu bapa PETALING JAYA Beberapa peguam bimbang pindaan perkataan dalam enakmen penukaran agama anak b...
Tukar Pm Bukan Mcm Tukar Kasut Politik Hadi Naik Setingkat Internasional Adoiii

Tukar Pm Bukan Mcm Tukar Kasut Politik Hadi Naik Setingkat Internasional Adoiii

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 401 hits
Biso bonar Yang nak bagi komen hentikanlah komen semburit komen yang tak hormat PM komen macam kau orang bagus sangat Yang remeh temeh pasal kerusi berubah cukuplah satu hari bersedih sesuai dengan perilaku sendiri Ambil semangat juang Tun ...
S Gor Bergolak Antaraanya Isu Agama Libatkan Mais Istana

S Gor Bergolak Antaraanya Isu Agama Libatkan Mais Istana

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 329 hits
Selangor bergolak MB berdepan pemimpin PH esokMalaysiakini Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dijadualkan berjumpa dengan pemimpin Pakatan Harapan negeri ketika kerajaan negeri pimpinannya dilaporkan bergolak gara gara cadangan pindaan e...
Dap Perlu Izin Kedua Dua Ibu Bapa Tukar Agama Bawah Umur

Dap Perlu Izin Kedua Dua Ibu Bapa Tukar Agama Bawah Umur

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 446 hits
Diterbitkan Hari ini 1 17 tengahariSetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan pendirian partinya bahawa penukaran agama individu bawah umur kepada Islam hanya boleh dilakukan dengan kebenaran kedua dua ibu bapa Pendirian kita jelas Kita m...
Ini Jalan Belakang Speaker S Ngor Main Halang Bentang Ruu Agama

Ini Jalan Belakang Speaker S Ngor Main Halang Bentang Ruu Agama

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 258 hits
Suee Lim guna jalan belakang ADUN Islam Selangor perlu bersatuKUALA LUMPUR 9 Ogos Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Ng Suee Lim dituduh telah menggunakan jalan belakang untuk menghalang pembentangan rang undang undang pindaan enakmen n...
Beberapa Kawasan Di Kuantan Shah Alam Mula Dinaiki Air

Kkm Tingkatkan Siap Siaga Demi Kebajikan Mangsa Banjir

Peristiwa Pelik Ribut Tropika Senyar Dalam Malaysia

Jalan Jalan Menikmati Suasana Malam Di Liyang

Ribut Tropika Senyar Fenomena Luar Biasa Dan Persediaan Cuaca Malaysia

Doa Ketika Hujan Dan Doa Menghadapi Musibah Banjir

10 Nasihat Penting Mengenai Cuaca Buruk Yang Perlu Anda Tahu

Strategi Penurunan Tarif Langkah Ekonomi Malaysia Menuju Kestabilan Dan Pertumbuhan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pangkah Dengan Bijak Demokrasi Memilih Pemimpin Prn Ke 17 Sabah 2025

Ke Palm Mall La Kita

Ultimate Beef Biryani Recipe By Food Fusion

Berat Turun Dengan Mudah Tanpa Perlu Dipaksa

Final Muzikal Lawak Superstar 2025 Malam Gelak Kudap Kudap Lengkapkan Hujung Minggu Anda

Thanksgiving Mencetuskan Refleksi Pelabur Tentang Masa Depan S P 500