Ahli Pkr Dinasihati Tidak Khianati Semangat Reformasi


BernamaSeptember 17, 2019 7:14 pm

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan ahli parti itu supaya tidak mengkhianati semangat perjuangan reformasi selain terus komited merealisasikan janji untuk membawa budaya politik baharu iaitu matlamat tidak menghalalkan cara dan kaedah yang salah.

Berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Serentak Keadilan Sabah, Anwar berkata, setiap ahli PKR boleh berbeza pendapat, dan dalam masa sama, memberi pandangan kepada pemimpin, namun, ahli parti tidak boleh sama sekali mengkhianati semangat perjuangan menuntut reformasi yang sememangnya sudah menjadi landasan dan tunggak parti itu sejak awal penubuhannya.

Anwar juga mahu ahli PKR sentiasa bermuhasabah dan mengintropeksi diri bagi memastikan bibit-bibit yang ada dalam budaya politik UMNO dan Barisan Nasional (BN) seperti salah guna kuasa, rasuah, gila kuasa dan memperkayakan diri tidak wujud dalam kalangan ahli parti itu.

“Dulu jangan lupa, kita serang UMNO dan BN habis-habisan. Sebab apa? sebab gila kuasa, gondol kekayaan, memperkayakan diri dan memiskinkan rakyat. Sekarang, orang akan tanya apakah bibit-bibit yang ada dalam budaya UMNO itu juga terhimpit dan tersangkut dalam kalangan kita. Kalau ada, kita harus bertindak dan nyahkan daripada pengaruh ini.

“Ini dikatakan intropeksi, muhasabah, kritik diri kita sendiri. Jangan sibuk serang orang sahaja kerana kita sekarang ada kuasa. Atas sebab itu, kita harus buat penilian tentang dasar kita. Kita lihat umpamanya, pengumuman usaha-usaha dilakukan oleh kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri (Sabah), kita harus akui menyokong langkah-langkah baik yang dilakukan.

“Ada orang kata tiada perubahan sama sekali, saya tidak setuju, perjalanan Parlimen berubah, badan Kehakiman berubah, media berubah. Ada perubahan. Tetapi kita juga tidak sabar, kita tidak mahu tunggu 50 tahun lagi berubah, maka sebab itu, tuntutan, gesaan, asakan itu kian kuat meminta perubahan itu dengan kadar yang lebih pantas dan cepat,” katanya.
Mengulas lanjut, Anwar juga mahu, pemimpin dan ahli PKR termasuk daripada parti komponen lain dalam Pakatan Harapan (PH) supaya tidak mudah melenting apabila dikritik mahupun ditegur oleh pihak lain atau media sebaliknya perlu lebih rasional dengan menilai serta menjawab perkara dibangkitkan secara sopan.

“Kita kena ingat suasana berubah. Sejak PH memerintah, antara langkah awal diambil oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah membebaskan media. Bila media bebas, yang kena serang itu kita. Tetapi, itu yang kita janji. Apa yang kamu minta itu yang kamu dapat. Kita minta media harus bebas.

“Sekali dah bebas, kritik kita tak boleh. Jika (menteri) faham reformasi, dia akan dengar, nilai, dan jawab dengan baik dan sopan. Itu budaya politik baharu yang kita bicarakan,” katanya.

Anwar turut menasihatkan pemimpin dan ahli PKR untuk sentiasa mengingati naratif baharu parti iaitu menjadi wakil kepada kepentingan majoriti rakyat pelbagai kaum yang memerlukan pembelaan selain memastikan pembangunan yang dibawa seiring dengan penerapan nilai-nilai pembangunan insan.

PKR mahu melahirkan pemimpin yang menjadi juara, pejuang dan pembela nasib rakyat di peringkat akar umbi dan bukannya mempertahankan golongan korporat atau ahli perniagaan kerana PKR ditubuhkan oleh rakyat bawahan di jalanan yang menuntut perubahan, katanya.

Sementara itu, Pengerusi PKR Sabah Datuk Christina Liew ketika berucap berkata PKR negeri itu mahu semua ahli memainkan peranan masing-masing di pelbagai peringkat untuk membantu kerajaan negeri merealisasikan perubahan yang diperjuangkan parti selama 20 tahun di Sabah.

Pada majlis itu, Anwar diiringi Liew menerima sebanyak 11,362 borang keahlian baharu PKR Sabah yang didaftarkan secara dalam talian. 
– BERNAMA

Berita penuh https://malaysiadateline.com/ahli-pkr-dinasihati-tidak-khianati-semangat-reformasi/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/09/ahli-pkr-dinasihati-tidak-khianati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Sabar Angkat Boss Jadi Pm 90 Ahli Pkr Umum Sokong Anwar Ibrahim

Tak Sabar Angkat Boss Jadi Pm 90 Ahli Pkr Umum Sokong Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 362 hits
Pergeseran dalam Parti Keadilan Rakyat disifatkan perkara kecil yang tidak seharusnya diperbesarkan setiap ahli parti Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Damansara Shatiri Mansor berkata perkara itu tidak serius hingga memberi kesan kepada part...
Turn Yourself In Cops Tell Pkr S Farhash Again

Turn Yourself In Cops Tell Pkr S Farhash Again

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 287 hits
Selangor police have again ordered Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak the political secretary to PKR president Anwar Ibrahim to surrender himself over a brawl at a recent sports complex in Ampang In a statement today to provide updates on ...
Pemimpin Pkr Ikrar Lawan Cadangan Ganti Skim Pencen Dengan Kontrak

Pemimpin Pkr Ikrar Lawan Cadangan Ganti Skim Pencen Dengan Kontrak

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 297 hits
Seorang pemimpin PKR berikrar tidak akan berdiam diri sekiranya kerajaan menggantikan skim lantikan tetap dan berpencen dengan skim lantikan kontrak langkah yang diputuskan untuk mengecilkan perkhidmatan awam dan mengurangkan bebanan pencen...
Ph Johor Sudah Bawa Haluan Masing Masing Kata Bekas Pengerusi Pkr

Ph Johor Sudah Bawa Haluan Masing Masing Kata Bekas Pengerusi Pkr

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 579 hits
FMT Reporters PETALING JAYA Bekas pengerusi PKR Johor Hassan Abdul Karim hari ini mendedahkan kerjasama Pakatan Harapan Johor tidak lagi sekuat sewaktu gabungan itu cuba menumbangkan Barisan Nasional negeri Hassan mendakwa selepas PH Johor ...
Anwar Must Initiate Pkr Reconciliation Zuraida Insists

Anwar Must Initiate Pkr Reconciliation Zuraida Insists

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 483 hits
PKR vice president Zuraida Kamaruddin said today several party leaders including herself are still waiting for Datuk Seri Anwar Ibrahim to initiate a reconciliation meeting Speaking to a press conference today the Housing and Local Governme...
Zuraida Mahu Pertemuan Khas Dengan Anwar Atasi Perbezaan Dalam Pkr

Zuraida Mahu Pertemuan Khas Dengan Anwar Atasi Perbezaan Dalam Pkr

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 372 hits
Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin berkata beliau hanya mahu satu pertemuan diadakan antara semua pemegang jawatan yang dipilih dengan Anwar GEORGE TOWN Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak boleh menafikan permintaan pemegang jawatan parti ya...
Menteri Bersatu Tegur Menteri Pkr Jangan Pro Pemaju Fokus Mampu Milik

Menteri Bersatu Tegur Menteri Pkr Jangan Pro Pemaju Fokus Mampu Milik

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 406 hits
MOHD REDZUAN YUSOF KUALA LUMPUR 12 Sept Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Mohd Yusof menyuarakan kebimbangan terhadap cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin yang dilaporkan mahu menganjurkan s...
12 Candidates Capable Of Johor Pkr Chairmanship Anwar

12 Candidates Capable Of Johor Pkr Chairmanship Anwar

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 364 hits
Anwar greets guest at a seminar on nationhood at Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Bernama photo BATU PAHAT There are 12 candidates capable of filling the Johor Parti Keadilan Rakyat chairman s post vacated by Pasir Gudang MP Hassan Abdul...
Pandikar Rubbishes Rumours He And Salleh Keruak Joining Pkr

Pandikar Rubbishes Rumours He And Salleh Keruak Joining Pkr

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 453 hits
Former Speaker Tan Sri Pandikar Amin says neither he nor former federal minister Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak are joining PKR Pandikar said PKR president Datuk Seri Anwar Ibrahim has merely been invited to be the guest of honour at the ...
Ringgit Slips Against Dollar As Us Rate Cut Hopes Fade

Fire Guts Tour Bus On Mex Highway

Navigating The Night How Moon Powered Navigation Is Revolutionizing Wilderness Survival

Nst Turns 180 The Tun Reaches A Century And Media Council 50 Years In The Making Names Founding Members

Digital Marketing For Business Success

Shila Amzah Diminta Berdamai Elak Aib Industri Terus Tular

Ceo Nvidia Puji Model Ai China Berkelas Dunia

Tng Ewallet Kini Boleh Digunakan Untuk Bayar Gaji Secara Sah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Chicken Pox Dan Cuti Kuarantin

Ming 37 02 Monolith Jam Tangan Dikenali Untuk Mereka Yang Mementingkan Gaya Dan Teknologi

Pertandingan Fotografi Wellcome 2025 Menggambarkan Persimpangan Antara Sains Kesihatan Dan Pengalaman Manusia

Demi Bekalan Akhirat Nabil Ahmad Penuhi Hasrat Ibu Bina Madrasah Bernilai Hampir Rm500 000

Pembuat Jam Mewah Lancar Motosikal Edisi Terhad Hanya 150 Unit Sahaja

Kursus Ahsas Madani Pada 14 07 2025 15 07 2025