Ahli Parlimen Umno Condong Pada Muhyiddin Susulan Rundingan 3 Parti



Minderjeet Kaurfreemalaysiatoday.com
-October 20, 2020 4:33 PM
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dianggap memiliki cukup sokongan jika undi tidak percaya terhadapnya dibenarkan di Dewan Rakyat.
PETALING JAYA: Rundingan antara Umno, PAS dan PPBM mengukuhkan kedudukan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, menurut sumber dalaman.

Sumber itu berkata, ahli Parlimen Umno yang mendapat kedudukan dan jawatan selepas pembentukan Perikatan Nasional (PN) pada Februari tetapi was-was mengenai peranan yang lebih besar buat Umno kini condong kepada Muhyiddin.

Bagaimanapun, mereka berkata keadaannya masih lancar, walaupun ketika ini, menampakkan Muhyiddin memperoleh sokongan yang cukup untuk kekal sebagai perdana menteri jika usul undi tidak percaya terhadapnya dibenarkan di Parlimen.

Seorang daripada sumber itu berkata, seramai 26 ahli Parlimen Umno yang diberikan jawatan oleh Muhyiddin, memihak kepadanya sebagai perdana menteri. Parti itu mempunyai 39 ahli Parlimen.

Katanya, beberapa ahli Parlimen Umno takut penyokong akar umbi mungkin tidak menyukai jika mereka dilihat bekerjasama dengan DAP, yang hampir pasti akan berlaku sekiranya mereka menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Tetapi semuanya belum lancar untuk Muhyiddin, katanya.

“Perbincangan dari Sabtu antara PPBM dan pemimpin Umno menemui jalan buntu kerana perbezaan pendapat antara segelintir pemimpin Umno dan PPBM,” katanya.

Sebahagian daripada kebuntuan itu disebabkan PPBM berat untuk memenuhi tuntutan dikemukakan oleh pemimpin Umno, kata sumber itu.

Pada 13 Oktober lalu, pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim menghadap Agong. Beliau mengemukakan dokumen yang menunjukkannya mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen dan harus diberi peluang untuk membentuk kerajaan baharu.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengakui beberapa ahli Parlimen parti itu menyokong Anwar.

Melalui perkembangan terkini, pemimpin Umno turut menyatakan mempertimbangkan menarik diri daripada gabungan kerajaan jika Muhyiddin tidak setuju dengan tuntutan mereka.

Difahamkan, tuntutan itu termasuk melantik pemimpin Umno sebagai timbalan perdana menteri, dan beberapa kementerian “strategik” diketuai oleh ahli Parlimen Umno.

Ia muncul selepas Umno mendakwa ia dilayan tidak adil dalam PN, bertitik tolak keputusan Muhyiddin menyokong pelantikan pemimpin PPBM sebagai ketua menteri Sabah, bukannya pemimpin Umno.

Sumber dalaman itu berkata, ahli Parlimen Umno masih sedia bekerjasama dengan Anwar dan membuka jalan kepada pilihan raya umum apabila jumlah kes Covid-19 menurun – tetapi tanpa DAP dalam kerajaan baharu.

Sumber lain yang mengetahui rundingan itu memaklumkan PAS cenderung kepada Muhyiddin dan menjauhi Umno.

“Mereka rapat dengan Umno tetapi tidak pasti adakah dapat mengekalkan jawatan Kabinet jika mereka menyokong langkah Umno untuk menyokong Anwar,” katanya.

Katanya, bagaimanapun kecenderungan ahli Parlimen Umno yang menyokong Muhyiddin boleh berubah jika Umno dapat menjalinkan kerjasama lebih baik dengan Anwar.

“Terdapat banyak rundingan sengit dengan ahli Parlimen Umno yang mempertimbangkan apakah akan menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri hingga PRU berikutnya pada 2023 atau untuk menyokong Anwar dan membuka jalan kepada pilihan raya selepas Covid-19,” katanya.

Sidang Dewan Rakyat akan bermula 2 November ini, dengan Belanjawan 2021 dijadualkan dibentangkan 4 hari kemudian.

Beberapa pemimpin pembangkang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/10/ahli-parlimen-umno-condong-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rundingan Umno Pas Dan Brsatu Telah Menunjukkan Umno Condong Kekal Muhyiddin Sebagai Pm Sumber Umno

Rundingan Umno Pas Dan Brsatu Telah Menunjukkan Umno Condong Kekal Muhyiddin Sebagai Pm Sumber Umno

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 273 hits
PETALING JAYA Rundingan antara Umno PAS dan PPBM mengukuhkan kedudukan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menurut sumber dalaman Sumber itu berkata ahli Parlimen Umno yang mendapat kedudukan dan jawatan selepas pembentukan Perikatan Nasional ...
18 Ahli Parlimen Pas Tetap Sokong Muhyiddin Perikatan Nasional Takiyuddin

18 Ahli Parlimen Pas Tetap Sokong Muhyiddin Perikatan Nasional Takiyuddin

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 337 hits
267 total views 267 views today KOTA BHARU PAS hari ini mengulangi penegasan bahawa kesemua 18 ahli Parlimennya tetap menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang memimpin kerajaan Perikatan Nasional Setiausaha Agung PAS ...
Macam Raja Bersiong Shabery Ulas Dakwaan Kerjasama Dap Ahli Parlimen Umno

Macam Raja Bersiong Shabery Ulas Dakwaan Kerjasama Dap Ahli Parlimen Umno

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 278 hits
Shabery Cheek PETALING JAYA Seorang pemimpin Umno berkata tidak mustahil DAP akan sanggup bekerjasama dengan ahli Parlimen partinya dalam rancangan Anwar Ibrahim untuk bentuk kerajaan baharu kerana DAP pernah bekerjasama dengan parti atau o...
Umno Tegang Kerana Tentangan Kuat Beberapa Ahli Parlimen

Umno Tegang Kerana Tentangan Kuat Beberapa Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 275 hits
PETALING JAYA Ketegangan berlaku dalam Umno antara ahli Parlimen yang menyokong pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim dan mereka yang tak mahu sokong Tiga ahli Parlimen Umno memberitahu FMT ahli Parlimen parti itu kini terbahagi kepada 3 kumpu...
23 Ahli Parlimen Umno Tak Sokong Anwar Kata Nazri

23 Ahli Parlimen Umno Tak Sokong Anwar Kata Nazri

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 355 hits
PETALING JAYA Ahli Parlimen Umno Nazri Aziz berkata tiada seorang pun daripada 23 ahli Parlimen parti itu yang menyokong rancangan ketua pembangkang Anwar Ibrahim membentuk kerajaan baru Ahli Parlimen Padang Rengas itu menolak laporan FMT s...
Lantik Ahli Umno Sebagai Tpm Solusi Terbaik Muhyiddin Untuk Tenangkan Keadaan

Lantik Ahli Umno Sebagai Tpm Solusi Terbaik Muhyiddin Untuk Tenangkan Keadaan

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 347 hits
PADA saat suhu politik negara semakin memuncak ketika ini api kemarahan rakyat terhadap ahli politik Malaysia juga semakin membara sejak berakhirnya Pilihan Raya Negeri Sabah ke 16 pada 26 September lalu Kemarahan mereka ada asasnya Setelah...
Anwar Dakwa Lebih 120 Ahli Parlimen Sokong Beliau Agong Akan Jumpa Dengan Ketua Parti

Anwar Dakwa Lebih 120 Ahli Parlimen Sokong Beliau Agong Akan Jumpa Dengan Ketua Parti

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 412 hits
KUALA LUMPUR Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Yang di Pertuan Agong akan menemui pemimpin parti politik dalam beberapa hari ini selepas beliau menyerahkan dokumen untuk membuktikan sokongan ahli Parlimen kepada Sultan Abdu...
Di Mana Senarai Nama 30 Ahli Parlimen Umno Yang Menyokong Dato Seri Anwar Ibrahim

Di Mana Senarai Nama 30 Ahli Parlimen Umno Yang Menyokong Dato Seri Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 482 hits
oleh Dr KamarulSudah bertebaran rata dakwaan Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad bahawa Presiden UMNO Dato Seri Zahid Hamidi kononnya menjanjikan sokongan 30 Ahli Parlimen UMNO kepada Dato Seri Anwar Ibrahim Antara lainnya berita ini te...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba