Yang Pasti Pemimpin Berprofil Tinggi Mahu Masuk Pkr Itu Bukanlah Ahli Parlimen Atau Adun


 
Mungkin benar apa yang dinyatakan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail ini – ramai individu berstatus profil tinggi akan menyertai PKR.

Kata beliau, pihaknya memang ada menerima permohonan daripada pemimpin-pemimpin pembangkang yang mempunyai nama besar di dalam arena politik negara dan berminat untuk menyertai PKR.

Bagaimanapun, Saifuddin dalam temu bual dengan akhbar Utusan Malaysia, menegaskan bahawa PKR tidak menggunakan apa-apa eleman seperti memujuk, mengumpan atau mengugut.

Sebaliknya, katanya adalah lebih bernilai kepada parti jika ia pilihan mereka sendiri.

“Saya boleh mengesahkan masih ada lagi orang-orang yang telah mendatangi dan menghubungi kami sama ada di peringkat saya atau Presiden (Anwar Ibrahim) yang menzahirkan hasrat sama.

“Kalau ada berita di sana, di sini tentang kemasukan anggota biasa Bersatu dan sebagainya itu saya anggap perkara biasa sebab memang kami menerima pada sepanjang masa.

“Setiap bulan apabila saya bermesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), satu agenda khas setiausaha agung membentangkan permohonan menjadi anggota parti mengikut negeri dan cabang di seluruh negara,” katanya.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, PKR membuat beberapa ketetapan sekiranya yang memohon dan meminta untuk diterima terdiri daripada mereka berpengaruh.

“Jadi itu mesti diberi justifikasi dan penerangan. Memang ada ada individu high profile yang mohon,” katanya.

Tetapi, siapakah mereka yang dikatakan berprifil tinggi yang mahu menyertai PKR itu?

Kalau hendak beralih parti, sudah tentu mereka yang ingin berbuat demikian bukan bertaraf Ahli Parlimen atau Adun.

Ini kerana Ahli Parlimen atau Adun terikat dengan Akta Anti Lompat Parti di mana apabila mereka beralih parti, kedudukan sebagai Ahli Parlimen atau Adun akan tergugur secara automatik dan pilihan raya kecil terpaksa diadakan.

Tidak mungkin ada Ahli Parlimen yang sedia berbuat demikian…takkan nak dilepaskan gaji berbelas ribu setiap bulan yang sedang diterima sekarang?

Jika bukan Ahli Parlimen dan bukan juga Adun, masihkah boleh dianggap mereka itu digelar berprofil tinggi?

Lebih-lebih lagi jika mereka itu kalah pada PRU15 lalu, ertinya profil mereka tidak cukup tinggi di mata pengundi.

Dalam pada itu, apakah tujuan mereka sekarang ingin menyertai PKR – mahu mendekati Anwar atas pelbagai kepentingan atau meneroka laluan mencari peluang untuk menjadi calon pada PRU16 akan datang?

Memang tidak salah menerima sesiapa pun sebagai anggota parti, tetapi jauh lebih bermanfaat jika keahlian itu datang daripada rakyat biasa yang mampu menyumbang kekuatan parti bermula daripada ranting, cabang, negeri dan seterusnya ke peringkat pusat.

Mereka yang masuk daripada atas dan hanya ingin berada di atas, biasanya kesetiaannya juga terbatas.

Jika ditakdirkan PKR tiada kuasa lagi selepas ini, mereka pun akan mencari alasan lain untuk berpindah pergi. –
 ShahbudinHusin 13/03/2024.









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/03/yang-pasti-pemimpin-berprofil-tinggi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akan Ada Lagi Pemimpin Profil Tinggi Pn Sertai Pkr

Akan Ada Lagi Pemimpin Profil Tinggi Pn Sertai Pkr

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 210 hits
Malaysiakini nbsp Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menjangkakan lebih ramai individu berstatus profil tinggi daripada Perikatan Nasional akan meningalkan parti masing masing dan menyertai partinya Katanya pihaknya ada menerima...
Nak Jaga Ahli Pun Tak Pandai Lagi Nak Mudah Terima Ahli Baru Berprofil Tinggi

Nak Jaga Ahli Pun Tak Pandai Lagi Nak Mudah Terima Ahli Baru Berprofil Tinggi

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 141 hits
Masa tak jadi kerajaan mudah sangat bertemu dan bertegur dengan senator Yb malah pecacai YB sekali pun Bila dah berjaya bukan saja masih mengharapkan probono malahan call pun tak angkat Sibuk sungguh gayanya madani Iayalah kan mana ada masa...
Apa Punya Bengap Ahli Parlimen Pn Ni Nama Agong Pun Tak Tahu

Apa Punya Bengap Ahli Parlimen Pn Ni Nama Agong Pun Tak Tahu

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 271 hits
Ahli Parlimen Padang Serai diarah minta maaf kepada AgongMohammad Khairil Ashraf Mohd Khalidkhairil ashraf hmetro com myKuala Lumpur Seorang Ahli Parlimen hari ini diarahkan membuat permohonan maaf secara terbuka di Dewan Rakyat selepas sec...
Pindaan Perlembagaan Bersatu Lulus 6 Ahli Parlimen Wajib Kosong Kerusi

Pindaan Perlembagaan Bersatu Lulus 6 Ahli Parlimen Wajib Kosong Kerusi

papar berkaitan - pada 3/3/2024 - jumlah : 199 hits
Mohamad FadliSELAYANG Pindaan perlembagaan Bersatu mewajibkan wakil rakyatnya mengosongkan kerusi jika menyokong parti lawan diluluskan sebulat suara dalam perhimpunan agung khas hari ini Pembentangan pindaan dibuat susulan enam Ahli Parlim...
Renungan Ayat 25 Ayat Ayat Ini Menunjukkan Masuk Surga Itu Karena Amal

Renungan Ayat 25 Ayat Ayat Ini Menunjukkan Masuk Surga Itu Karena Amal

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 354 hits
Ayat menyebutkan bahwa masuk surga disebabkan amal yang telah kita kerjakan pada hari hari yang telah lalu Apa kita masuk surga benar karena amal kita
Padu Tak Mesra Rakyat Dakwa Ahli Parlimen Tanjung Piai

Padu Tak Mesra Rakyat Dakwa Ahli Parlimen Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 303 hits
Ahli Parlimen Tanjung Piai Wee Jeck Seng berkata pendaftaran Padu boleh dikatakan agak leceh KUALA LUMPUR Seorang Ahli Parlimen kerajaan mendakwa laman sesawang pendaftaran Pangkalan Data Pusat tidak mesra pengguna yang mungkin menyebabkan ...
Ahli Parlimen Bukit Gantang Gua Musang Sedia Kosongkan Kerusi

Ahli Parlimen Bukit Gantang Gua Musang Sedia Kosongkan Kerusi

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 242 hits
Faiz ZainudinPETALING JAYA Dua Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersedia mengosongkan kerusi jika pindaan perlembagaannya Sabtu ini melarang mereka menyokong lawan tanpa persetujuan parti Mereka adalah Ahli...
Ahli Parlimen Dan Pengembala Serkas Yang Lemah

Ahli Parlimen Dan Pengembala Serkas Yang Lemah

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 168 hits
MSOAhli parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan pagi ini terselamat daripada digantung menghadiri sidang dewan selama 6 bulan apabila usul untuk menggantungnya ditarik balik Usul bagi mengnyahkan wakil itu daripada persidangan kerana ulah...
Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Seorang Jemaah Islam Maut Ditikam 50 Kali Dalam Masjid

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand

Sign Up Money Strategies Turning Bonuses Into Bankable Wins


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like

Ramai Yang Skeptikal

Full House Bangkok Residence A Modern Dual Family Home By Warchitect

Mca S Chong Short Sighted Says Umno Youth Leader

From Ai To Robotics The Creative Forces Driving Change In Dental Education

Man Hurt Trying To Stop Snatch Thieves Outside Kampung Pandan Temple