Ahli Parlimen Kuantan Sokong Cadangan Pesuruhjaya Pas Selangor Untuk Tukar Tempat Mengundi




KUANTAN: Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor menyambut baik cadangan Pesuruhjaya PAS Selangor yang menggesa pengundi telah lama menetap di negeri itu untuk menukar tempat mengundi mereka ke Selangor

Menurut Razali, langkah itu bukan sahaja relevan tetapi juga penting bagi memastikan keseimbangan jumlah penduduk di bandar-bandar besar.
“Secara peribadi saya amat bersetuju dengan cadangan tersebut bagi tujuan mengimbangi jumlah penduduk di bandar-bandar besar. Lagipun sebenarnya rata-rata mereka telah membeli kediaman di tempat mereka mencari rezeki.
“Bayangkan mereka memiliki rumah di lokasi bandar seperti Ampang, Shah Alam, Sungai Buluh, Bangi, Gombak, Pandan, Sepang dan lain-lain lokasi, namun mereka tidak terlibat dalam menentukan pemimpin bagi mewakili tempat mereka bermastautin,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, sistem pilihan raya sedia ada masih banyak dipengaruhi oleh pola penempatan kaum yang diwarisi sejak zaman penjajahan.
“Sistem parti yang diguna pakai pada ketika ini dalam pemilihan calon bagi kerusi pilihan raya sama ada di peringkat Parlimen atau DUN adalah berdasarkan jumlah pengundi mengikut kaum di satu-satu kawasan.
“Jika kita terus dengan kaedah penjajah yang telah membezakan populasi kaum seperti Melayu di Kampung, Cina di bandar dan india di Estet, maka ketidakseimbangan populasi di bandar-bandar akan bertambah parah,” ujarnya.
Tambahnya, proses menukar tempat mengundi juga mudah dan boleh dilakukan dengan hanya mengemas kini alamat di kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran Negara sebelum membuat perubahan rasmi di Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Oleh yang demikian, kepada yang telah mendiami satu-satu kawasan, amat sesuai membuat perubahan alamat di tempat tersebut tidak kira dari parti PAS, Umno, Bersatu, PKR dan lain-lain parti.
“Tidak sukar untuk menukar tempat mengundi sebenarnya, dengan hanya perlu ke Jabatan Pendaftaran untuk mengubah alamat pada kad pengenalan kepada alamat kediaman yang telah dibeli dan ke SPR atau pejabat Pos untuk proses pertukaran alamat mengundi.
“Bagi yang kad pengenalannya telah menggunakan alamat baru, lebih senang proses dilakukan dengan hanya ke pejabat SPR atau ke pejabat Pos untuk proses tersebut dan juga melalui perkhidmatan online,” katanya.
Razali berkata, setiap pengundi berhak menentukan pemimpin yang benar-benar memahami keperluan tempat mereka tinggal, bukan sekadar di kampung halaman mereka.
“Mungkin cadangan ini adalah perkara baru yang dibangkitkan secara umum, namun ianya amat relevan untuk direalisasikan. Mungkin juga kaedah ini telah dilakukan oleh mana-mana parti dalam strategi memenangi kerusi yang mereka tandingi pada pru sebelum ini.
“Kepada para pemilih, anda semua mempunyai hak untuk menentukan pemimpin ditempat anda diami bagi membolehkan pemimpin yang anda pilih membawa suara anda ke sidang Parlimen atau sidang DUN agar ianya betul-betul mewakili suara anda,” katanya.  #HARAKAHDAILY
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/03/ahli-parlimen-kuantan-sokong-cadangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Harap Penduduk Berasal Dari Negeri Lain Tukar Mengundi Di Selangor

Pas Harap Penduduk Berasal Dari Negeri Lain Tukar Mengundi Di Selangor

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 140 hits
N Faizal GhazaliPAS Selangor menyuarakan harapan agar penyokong yang bermastautin di negeri itu dapat berdaftar sebagai pengundi di Selangor pada PRU akan datang Pesuruhjayanya Ab Halim Tamuri berkata harapan itu khususnya bagi penduduk Sel...
Ada Yang Sokong Pas Pindah Pengundi Ke Selangor Baru Boleh Lawan Dap

Ada Yang Sokong Pas Pindah Pengundi Ke Selangor Baru Boleh Lawan Dap

papar berkaitan - pada 19/3/2025 - jumlah : 168 hits
Adrian Lim Pindah Pengundi PAS Ke Selangor Saya SETUJU dengan cadangan PASAdrian LimOleh kerana DAP dikatakan musuh yg perlu ditumbangkan maka dicadangkan supaya PAS menghantar pengundi ke kawasan kawasan DAP Ini 10 kawasan DUN DAP yg harus...
Mp Pas Terkejut Pmx Sebut Gaji Ahli Parlimen Boleh Cecah Rm40 000

Mp Pas Terkejut Pmx Sebut Gaji Ahli Parlimen Boleh Cecah Rm40 000

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 151 hits
HarapandailySeorang pemimpin Pas mengakui terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri yang menyebut bahawa gaji yang diterima ahli Parlimen termasuk pelbagai elaun boleh mencecah sehingga antara RM30 000 hingga RM40 000 Ahli Parlimen Kuala Te...
Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim Umum Tak Tanding Pru16

Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim Umum Tak Tanding Pru16

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 174 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim mengumumkan beliau tidak akan bertanding pada PRU16 atas faktor usia Berusia 74 tahun dan mewakili Pasir Gudang sejak 2018 Hassan yang pernah mengetuai PKR Johor juga mahu m...
Tak Semua Kelantan Menetap Di Selangor Sokong Lebai

Tak Semua Kelantan Menetap Di Selangor Sokong Lebai

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 141 hits
Joe DSHarapan lebai musnah Ramai gang kelate menetap di Selangor Kl tak undi pun Pas haha
Ironic That Home Minister Saifuddin Is Unable To Protect His Own Phone From Hackers

Comment On Pengalaman Diet Intermittent Fasting 61kg Ke 50kg By Ainul

Truck Vs Car What Makes Big Rig Accidents More Legally Complex

The Kinetic Harley Davidson Breakout That Wowed At Speed And Crafts

Family Staycation Indonesia Menikmati Pemandangan Indah Di Kawah Putih Tempat Cantik Untuk Ootd

Ai Powered Prosthetics Revolutionizing Mobility And Accessibility

Ringgit Edges Down On Improving Us Consumer Confidence

Comment On Yuran Pasti 2023 Untuk Anak 4 5 6 Tahun By Sumayyah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nak Tahu Apa Itu Biopsy Jom Fahami Proses Dan Kenapa Ia Penting

Ciri Ciri Cetakan Berkualiti Tinggi Yang Meningkatkan Keyakinan Pelanggan

Tak Terjangka

Catatan Hari Keempat Di Tokyo

Qawiy Aro Sembang Belajar South Africa Ke Tebuk Quran Kahwin Cabaran Kebangkitan

Kenapa Kalau Kenyang Mesti Mengantuk