Ahli Parlimen Dap Labis Ingat Rakyat Bodoh


Mengulangi modus operandi biasa DAP bila membuat salah, Ahli Parlimen DAP Labis hari ini:
(1) Menyalahkan lawan (UMNO) kerana “memutar belit”
(2) Memuji rakan (Speaker DUN Johor) kerana membantu
(3) Meletakkan diri sebagai mangsa (rekaan berita palsu)
(4) Mendakwa berniat baik membangkitkan isu plat ‘TMJ’ dan ‘RZ’
(5) Tidak memohon maaf tetapi sekadar menyatakan rasa kesal
Apa Ahli Parlimen DAP Labis ini ingat rakyat bodohkah: Kalau betul anda berniat baik membangkitkan isu plat ‘TMJ’ dan ‘RZ’ itu, mengapa pula anda tidak boleh jelaskan apakah ‘niat baik’ anda itu?
Plat ‘TMJ, RZ’: MP kesal jika soalan guris perasaan keluarga diraja Johor
Pang Hock Liong
7:04 malam
Tindakan Umno memutar belit soalan lisan saya di Parlimen berkenaan dua nombor pendafataran kenderaan pada 1 Julai lalu, secara penuh muslihat sehingga menjadi isu perkauman dan seolah-olah wujud ‘peperangan’ dengan Istana Johor, adalah amat dikesali.
Sejak Umno kalah teruk pada PRU ke-14, parti itu secara berterusan dan tanpa segan silu menampakkan rupa buruknya dengan siri perang psikologi secara sistematik terhadap DAP dan pemimpin-pemimpinnya, dengan apa jua cara.
Terbaru adalah cubaan membawa usul tergempar ke sidang DUN Johor berkenaan soalan saya. Tujuan Umno mengemukakan usul itu tidak lain untuk mewujudkan permusuhan antara saya dan istana Johor.
Usul tersebut adalah serangan tersirat terhadap saya secara peribadi, dan DAP secara umum. Umno cuba menjadikan keluarga diraja Johor ‘collateral damage’ untuk mengukuhkan tapak sokongannya yang semakin merudum, dan mengalihkan perhatian orang ramai daripada perbicaraan rasuah pemimpin-pemimpinnya di mahkamah.
Saya justeru amat berharap agar keluarga diraja Johor tidak terjerumus ke dalam perangkap licik yang dipasang oleh Umno ini. Usul tersebut hanyalah jerangkap samar untuk tujuan tersembunyi mereka.
Saya memuji dan berterima kasih kepada Speaker DUN Johor yang tegas menolak usul perangkap ini, yang dibuat dengan sentimen perkauman.
Malangnya setelah gagal mengemukakan usul ini, tentera siber Umno tidak membuang masa dan segera melancarkan serangan berita palsu melalui laman Facebook mereka, Segamat Today, dengan mendakwa saya telah membuat kenyataan kononnya mendesak keluarga diraja Johor untuk tidak menggunakan nombor plat ‘TMJ’ dan ‘RZ’.
Untuk rekod, saya tidak pernah berkata demikian. Saya akan membuat laporan polis berkenaan berita palsu yang sengaja direka dan saya menggesa pihak polis dan pihak berkuasa lain untuk mengambil tindakan segera bagi membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
Insiden terbaru ini mengesahkan lagi akibat buruk yang menanti seorang anggota parlimen apabila sesuatu isu dibangkitkan di Parlimen, tidak kiralah betapa baik pun niat untuk membangkitkan isu itu.
Ia dengan mudah diputar belit sehingga menjadi kontroversi dengan akibat-akibat yang serius, oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Saya tidak mempunyai sebarang prasangka buruk terhadap keluarga diraja Johor. Hal sedemikian tidak akan pernah terlintas di fikiran saya, dan saya amat kesal jika soalan tersebut telah mengguris perasaan keluarga diraja Johor. Saya tidak berniat untuk berbuat demikian.
PANG HOCK LIONG ialah anggota parlimen Labis.
Dr. Kamarul Yusoff


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/07/03/ahli-parlimen-dap-labis-ingat-rakyat-bodoh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Parlimen Labis Persoal Penggunaan Plat Tmj Dan Rz

Ahli Parlimen Labis Persoal Penggunaan Plat Tmj Dan Rz

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 565 hits
Nampaknya ada sahaja yang tidak kena dengan beberapa pemimpin ni Ini dapat dilihat apabila seorang lagi pemimpin DAP dikatakan telah mempersoalkan sama ada dua nombor plat kereta yang digunakan oleh kerabat diraja Johor termasuk yang dipaka...
Apakah Ini Cubaan Halus Ahli Parlimen Dap Menyerang Institusi Diraja Johor

Apakah Ini Cubaan Halus Ahli Parlimen Dap Menyerang Institusi Diraja Johor

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 338 hits
Pemuda Bersatu Johor menggesa Menteri Besar Pengerusi Bersatu dan DAP Johor menegur Anggota Parlimen Labis Pang Hok Liong berikutan soalannya terhadap terhadap status pendaftaran kenderaan oleh kerabat diraja Johor di parlimen semalam Kata ...
Dewan Rakyat Luluskan Usul Wajibkan Ahli Parlimen Isytihar Harta

Dewan Rakyat Luluskan Usul Wajibkan Ahli Parlimen Isytihar Harta

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 418 hits
Dewan Rakyat hari ini sebulat suara meluluskan usul untuk mewajibkan semua Anggota Parlimen mengisytiharkan harta masing masing Pengisytiharan harta turut melibatkan pihak pembangkang dan keluarga mereka yang perlu mengisytiharkan pendapata...
Kebanyakan Pemilik Lot Plaza Rakyat Sudah Terima Pampasan Kata Ahli Parlimen

Kebanyakan Pemilik Lot Plaza Rakyat Sudah Terima Pampasan Kata Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 378 hits
Kebanyakan pemilik lot Plaza Rakyat sudah terima pampasan kata ahli Parlimen Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 7
Pertambahan Ahli Parlimen Dap Bahayakan Islam

Pertambahan Ahli Parlimen Dap Bahayakan Islam

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 291 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa sekiranya berlaku pindaan Perlembagaan Negara DAP akan lebih berkuasa sekaligus membahayakan orang Islam di negara ini JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtu...
Usul Wajibkan Anggota Parlimen Isytihar Harta Dibentang Di Dewan Rakyat Esok

Usul Wajibkan Anggota Parlimen Isytihar Harta Dibentang Di Dewan Rakyat Esok

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 377 hits
Ipoh Satu usul bagi mewajibkan semua Anggota Parlimen termasuk pembangkang mengisytiharkan pendapatan dan harta masing masing kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan dibentangkan pada sesi Sidang Dewan Rakyat esok Timbalan Speake...
Jamuan Rakyat Aidilfitri Parlimen Lenggong

Jamuan Rakyat Aidilfitri Parlimen Lenggong

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 455 hits
LENGGONG 29 Jun 8211 Ketua Penerangan UMNO merangkap Ahli Parlimen Lenggong Datuk Dr Syamsul Anuar Nasarah meraikan tetamu yang hadir pada Jamuan Rakyat Aidilfitri Parlimen Lenggong yang diadakan di Dewan Serbaguna Taman Kota Tampan Lenggon...
Ahli Parlimen Berpisah Dengan Isteri

Ahli Parlimen Berpisah Dengan Isteri

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 1422 hits
Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini mengumumkan beliau dan isterinya Dr Imaan Abdul Rahim bersetuju untuk mengakhiri perkahwinan mereka Perkara itu disahkan pembantu peribadi Nik Nazmi Pasangan itu mempunyai seorang anak ...
Amb888 18 2025 Amb888 Ambking Top 80 By Marguerite Amb888 Ceo

Kisah Sedih Bukit Kepong Dalam Ingatan Saksi Terakhir Meninggal Dunia

Letak Jawatan Sebagai Ajk Pibg Sekolah

Maksud Karamah Insaniah

Pg Slot Web 2025 Casino Online Pg Slot Top 84 By Kandice Pg Slot Amb888 Cc 15 68

10 Ide Kado Untuk Bayi Laki Laki Yang Berguna Dan Berkesan

Sebelum Pukul8 Dah Sampai

Mercedes Solar Paint A Bright Future For Electric Vehicles


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Haruskah Bertobat Dari Menjual Mainan Dan Memusnahkan Sisa Dagangannya

Jalanan Tidak Pernah Menunggu Tips Menghindari Kecelakaan Lalu Lintas Ef Efekta English For Adults

Inikan Cuma Dunia

Perlukah Ambil Ubat Statin

Memendam Dan Bertahan

Dua Kolaborasi Clot X Mcdonald S District Vision X New Balance Pemikat Sneaker Anda