Ahli Parlimen Bn Keluar Dewan Lagi 2 Digantung Sehari


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini sekali lagi keluar meninggalkan Dewan beramai-ramai kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon.
Tindakan itu bagi membantah keputusan Rashid menghalau Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN UMNO-Pasir Salak) dan Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN UMNO-Kinabatangan) dari Dewan.
Rashid mengarahkan Tajuddin dan Bung Moktar selepas kedua-duanya menimbulkan kekecohan hingga mengganggu Chan Ming Kai (PH PKR-Alor Setar) yang membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Pendapatan (Pindaan) 2018.
Ia bermula sebaik persidangan bermula selepas rehat apabila Bung Moktar mahu RSN Rayer (PH DAP-Jelutong) menarik balik apa yang disebut sebagai sangkaan jahat dibuat minggu lalu terhadap Datuk C Sivarraajh (BN MIC-Cameron Highlands), berdasarkan Peraturan Mesyuarat 36(6).
Permintaan Bung Moktar itu merujuk kepada tindakan Rayer mempersoalkan kelayakan Sivarraajh hadir mengikuti persidangan Dewan Rakyat selepas mahkamah memutuskan keputusan Parlimen Cameron Highlands diwakilinya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), sebagai tidak sah.
Bagaimanapun, Rashid memutuskan tiada keperluan untuk Rayer berbuat demikian kerana ia lebih kepada pertanyaan.
Penjelasan itu menyebabkan beberapa Ahli Parlimen BN membantah hingga mencetuskan kekecohan dan enggan duduk walaupun beberapa kali diarah berbuat demikian oleh Timbalan Speaker.
Kekecohan berterusan itu menyebabkan Rashid menghalau Tajuddin dan Bung Moktar, sebelum Ahli Parlimen BN yang lain turut keluar sebagai membantah keputusan berkenaan.
Pang Hok Liong (PH DAP-Labis) kemudian bangun dan bertanya kepada Rashid berhubung tempoh penggantungan kedua-dua ahli Parlimen terbabit.
“Tempoh penggantungan adalah selama satu hari,” katanya.
Sementara itu, Ketua Whip BN yang juga Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika ditemui di Lobi Parlimen selepas itu, berkata semua Ahli Parlimen BN keluar kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Rashid yang disifatkan sebagai tidak tepat dan berat sebelah.
Katanya, isu berkaitan Sivarraajh berbangkit berikutan tindakan Rayer yang didakwa mengeluarkan sangkaan jahat minggu lalu, sekali gus menyebabkan Ahli Parlimen Cameron Highlands dinafikan hak untuk berada dalam Dewan Rakyat selama dua hari.
“Walaupun Sivarraajh dibenarkan masuk semula hari ini, selama dua hari Ahli Parlimen Cameron Highlands itu tidak dibenarkan masuk ke Dewan Rakyat, seolah-olah sudah gugur haknya sebagai Ahli Parlimen dan dinafikan untuk berbahas selama dua hari.
“Kita mohon Ahli Parlimen Jelutong tarik balik sangkaan jahat itu dan minta maaf. Kita tak minta Speaker mohon maaf pun.
“Bagaimanapun, permintaan itu ditolak dan Timbalan Speaker mengarahkan Ahli Parlimen Kinabatangan dan Pasir Salak keluar,” katanya.
Ia adalah kali kedua Ahli Parlimen BN keluar Dewan Rakyat secara beramai-ramai dalam tempoh tidak sampai seminggu.
Rabu lalu, mereka berbuat demikian bagi membantah keputusan Speaker, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, yang melarang Sivarraajh berada dalam Dewan Rakyat.
The post Ahli Parlimen BN Keluar Dewan Lagi, 2 Digantung Sehari appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/ahli-parlimen-bn-keluar-dewan-lagi-2-digantung-sehari/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Parlimen Tasek Gelugor Shabudin Yahaya Keluar Umno

Ahli Parlimen Tasek Gelugor Shabudin Yahaya Keluar Umno

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 548 hits
GEORGETOWN Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya mengumumkan keluar UMNO berkuatkuasa hari ini Shabudin mengesahkan perkara itu kepada NSTP melalui aplikasi WhatsApp Betul katanya ringkas ketika diminta mengesahkan mengenai lapo...
Ahli Parlimen Sabah Mungkin Keluar Umno Kerana Kewangan

Ahli Parlimen Sabah Mungkin Keluar Umno Kerana Kewangan

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 472 hits
KUALA LUMPUR Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa nbsp UMNO nbsp tidak menolak kemungkinan ahli Parlimen di Sabah berhasrat meninggalkan parti itu disebabkan masalah kewangan Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan khabar angin men...
Enam Lagi Ahli Parlimen Umno Isytihar Keluar Parti

Enam Lagi Ahli Parlimen Umno Isytihar Keluar Parti

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 368 hits
KUALA LUMPUR Enam lagi Ahli Parlimen UMNO mengumumkan keluar parti berkuat kuasa hari ini Mereka ialah Ahli Parlimen Hulu Terengganu Datuk Rosol Wahid Ahli Parlimen Mersing Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan Ahli Parlimen Tasik Gelugor Datuk S...
Shamsul Anuar Sahkan Enam Lagi Ahli Parlimen Keluar Umno

Shamsul Anuar Sahkan Enam Lagi Ahli Parlimen Keluar Umno

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 465 hits
KUALA LUMPUR Ketua Penerangan UMNO Datuk Shamsul Anuar Nasarah mengesahkan enam lagi ahli Parlimen UMNO keluar daripada parti itu hari ini termasuk ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainuddin Shamsul Anuar yang juga ahli Parlimen Lenggo...
Ahli Parlimen Tanah Merah Umum Keluar Umno

Ahli Parlimen Tanah Merah Umum Keluar Umno

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 345 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Tanah Merah Datuk Seri Ikmal Hisham Abd Aziz mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah sekaigus keluar dari parti itu Ikmal mengumumkan perkara tersebut dalam satu mesyuarat khas UMNO B...
Annuar Sahkan 6 Ahli Parlimen Keluar Umno

Annuar Sahkan 6 Ahli Parlimen Keluar Umno

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 494 hits
Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa mengesahkan 6 ahli Parlimen Umno keluar dari parti itu menerusi surat pemakluman yang dihantar ke Ibu Pejabat Umno pagi tadi Saya mengesahkan pagi ini pejabat saya menerima suatu pemakluman bersama ...
Speaker Arah Sivarraajh Keluar Dewan Rakyat

Speaker Arah Sivarraajh Keluar Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 429 hits
Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof hari ini mengarahkan C Sivarraajh meninggalkan persidangan hari ini selepas statusnya menjadi tanda tanya siusulan keputusan mahkamah baru baru ini Jadi untuk sementara waktu sila tinggalkan majli...
Mb Pahang Yakin Ahli Parlimen Adun Dan Umno Tidak Berpaling Tadah

Mb Pahang Yakin Ahli Parlimen Adun Dan Umno Tidak Berpaling Tadah

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 331 hits
KUANTAN BN Pahang yakin Ahli Parlimen dan Adun perikatan itu termasuk Umno tidak akan berpaling tadah seperti yang diingatkan oleh Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Namun Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail meng...
Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Building With Purpose Sustainable Approaches To Construction

Tak Sanggup Dengar Jeritan Dua Beradik Didera Ibu Amp Teman Lelaki Jiran Prihatin Buat Laporan

It Is All About Designing Dreams At Colonial Infinite Edumetro

Traffic Reported Smooth On Major Highways


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Susu Snek Padu Buat Hari Lebih Gembira

Aktivis Dedah Pasaraya 96 Tipu Warga Kuantan Bukan Milik Penuh Bumiputera Tapi Premis Warga Asing Bangladesh

Makan Makan Di Hari Raya Aidiladha

Mee Sup Favourite Arwah Mak Pah Sarapan Pagi Ini

Dari Dulu Kena Pulau Isu Dibuli Kembali Disebut Hanya Suzy Ahli Miss A Tiada Di Majlis Kahwin Min

Pn Dan Pas Nak Halang Apa Yang Mereka Dah Luluskan