Ahli Kimia Kongsi Cara Betul Panaskan Makanan Dalam Ketuhar Baru Tak Bahaya


Panaskan makanan dalam ketuhar microwave bahaya? Tidak. Ia cepat dan sangat memudahkan kerja. Namun kita perlu guna dengan cara yang betul. Untuk lebih faham, mari belajar apa yang berlaku semasa makanan dipanaskan dalam ketuhar gelombang mikro.
Apabila ketuhar diaktifkan, ia akan memberikan radiasi gelombang mikro (microwave radiation) kepada makanan. Harus diingat makanan yang kita lihat di depan mata kita itu adalah terdiri daripada pelbagai beribu molekul-molekul yang kebanyakkannya terikat secara fizikal melalui daya Van Der Waals iaitu ikatan hidrogen. Bayangkan setiap molekul ini ialah sekumpulan manusia yang berpegang tangan dan pegangan tangan itu ialah ikatan hidrogen.
Jumlah tenaga yang dibawa oleh radiasi gelombang mikro (bersaiz mikro, 10^-6) ini tidak lah kuat jika dibandingkan dengan radiasi yang dibawa oleh cahaya matahari (gelombang bersaiz nano, 10^-9). Nota: Semakin kecil saiz gelombang, semakin kuat tenaganya.

Oleh itu, radiasi gelombang mikro tidak mampu memutuskan ikatan kimia (non-ionising) molekul-molekul dalam makanan kita. Maka, radiasi ini TIDAK akan mengubah struktur kimia molekul sedia yang ada dalam makanan yang dipanaskan. Maksudnya, microwave TIDAK mengurang atau menambah nutrisi sedia ada dalam makanan yang dipanaskan.
Radiasi gelombang mikro hanya mampu ‘menggetarkan’ molekul-molekul yang membentuk struktur makanan yang dipanaskan.
Bagaimana makanan menjadi panas dalam microwave berlaku?
Kebanyakan makanan kita mengandungi molekul-molekul dihidrogen monoksida (H2O) aka air. Disebabkan saiz yang kecil jika dibandingkan dengan molekul-molekul lain yang membentuk struktur makanan kita, maka molekul air lah yang paling terkesan dengan radiasi gelombang mikro.
Molekul-molekul air yang menyerap radiasi gelombang mikro tadi akan meningkat tenaga kinetiknya lalu menyebabkannya bergetar. Molekul-molekul air yang bergetar ini akan cuba berhenti bergetar (kembali kepada kestabilan) dengan melepaskan tenaga dalam bentuk haba.
Tenaga haba yang dilepaskan akan dipindahkan kepada molekul-molekul lain dalam struktur makanan itu secara berterusan sehingga radiasi diberhentikan. Proses memindahkan haba ini akan menyebabkan makanan itu ‘panas’. Semasa proses ini berlaku, disebabkan getaran tadi, sebahagian ikatan hidrogen (analogi pegangan tangan) antara molekul-molekul air ini akan terputus menyebabkannya meruap keluar dari makanan.
Inilah sebabnya kenapa makanan yang dipanaskan dengan ketuhar gelombang mikro akan menjadi sedikit kering. Juga disebabkan tekanan molekul air (yang meruap) berbentuk gas keluar daripada struktur makanan boleh menyebabkan sesetengah makanan meletup-letup semasa proses pemanasan. Maka eloklah guna penutup khas yang disediakan untuk mengelakkan ketuhar menjadi kotor.

Apakah bekas yang sesuai digunakan dalam ketuhar gelombang mikro?
Bekas seramik, plastik (ada indikasi tahan gelombang mikro) dan kaca yang tahan haba. Elakkan penggunaan bekas berkilat seperti besi dan aluminium kerana ada potensi tercetusnya api.
Tips mengekalkan lembapan (air) dalam makanan yang dipanaskan dalam ketuhar gelombang mikro:
– Renjiskan sedikit air pada makanan sebelum dipanaskan, atau
– Letakkan sekali bekas air terbuka bersama dengan makanan yang dipanaskan tadi.
Nota: Perasan tak, dalam ketuhar terdapat sekeping kertas licin (biasanya pada dinding)?
Ini dipanggil penghala gelombang ke makanan (Mica Sheet). Pastikan ia berkeadaan elok, tidak kotor, koyak atau hangus. Ini bagi memastikan ketuhar gelombang mikro berfungsi dengan baik.
Kredit: ChM Dr Fatimah Salim
Ahli Kimia
Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 
The post Ahli Kimia Kongsi Cara Betul Panaskan Makanan Dalam Ketuhar, Baru Tak Bahaya! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ahli-kimia-kongsi-cara-betul-panaskan-makanan-dalam-ketuhar-baru-tak-bahaya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Teddy Bear Kotor Punca Anak Tak Sihat Ibu Ni Kongsi Cara Cuci Yang Betul Senang

Teddy Bear Kotor Punca Anak Tak Sihat Ibu Ni Kongsi Cara Cuci Yang Betul Senang

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 202 hits
Anak anak sudah tentu memiliki patung kegemarannya terutama anak perempuan Itulah yang menjadi temannya dan akan dibawa ke mana mana Masalahnya bila sudah dikelek ke sana ke mari itulah yang merungsingkan kerana kita tidak tahu berapa banya...
Sakit Tekak Batuk Lepas Makan Limau Mandarin Ahli Kimia Kongsi Tip Ini Patut Buat

Sakit Tekak Batuk Lepas Makan Limau Mandarin Ahli Kimia Kongsi Tip Ini Patut Buat

papar berkaitan - pada 24/1/2023 - jumlah : 126 hits
Benarkah limau mandarin penyebab batuk Benar Kulit limau Mandarin mengandungi bahan kimia sulfur dioksida Bahan kimia SO2 ini digunakan sebagai pengawet pada buah limau Mandarin bertujuan mengekalkan kesegaran dengan mengelakkan kulitnya be...
Cara Betul Cuci Botol Susu Anak Jom Buat 7 Langkah Mudah Ini

Cara Betul Cuci Botol Susu Anak Jom Buat 7 Langkah Mudah Ini

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 271 hits
Penggunaan botol susu memang tak dapat nak dielakkan terutama bagi ibu yang bekerja tak kiralah anak minum susu ibu atau susu formula Bila menggunakan botol semestinya ia perlu dicuci sebersihnya dengan menggunakan kaedah yang betul Bukan a...
Rupanya Kena Simpan Cara Ini Baru Kelapa Parut Tak Cepat Basi

Rupanya Kena Simpan Cara Ini Baru Kelapa Parut Tak Cepat Basi

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 157 hits
Kelapa parut merupakan isi daripada buah kelapa yang telah diparut dikikis halus Kelapa parut merupakan satu bahan penyediaan bagi menghasilkan santan kelapa dan juga untuk penyediaan kuih muih tradisional Namun jika penyediaan dan penyimpa...
Terapis Kongsi 5 Cara Boleh Buat Bersama Bayi Bawah Setahun Untuk Cepat Cakap

Terapis Kongsi 5 Cara Boleh Buat Bersama Bayi Bawah Setahun Untuk Cepat Cakap

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 220 hits
Melihat anak orang lain petah bercakap kadang tu terdetik dalam hati macam mana anak sekecil ini sudah mampu bercakap Paling susah hati bila anak kita pula dibuat perbandingan dengan anak orang lain Sebenarnya menurut Terapis Pertuturan dan...
Anak Tak Pandai Bagi Rehat Pada Mak Ayah Doktor Kongsi Cara Isteri Jaga Anak Banyak Akal

Anak Tak Pandai Bagi Rehat Pada Mak Ayah Doktor Kongsi Cara Isteri Jaga Anak Banyak Akal

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 268 hits
Bukan mudah untuk menjaga anak anak tambahan pula yang masih dalam fasa nak membesar Ada saja kerenah yang kadang kadang tu boleh buat kita jadi nak marah Sebenarnya anak tak faham pun erti letih jadi pada mereka untuk biarkan ibu ayah dudu...
Begini Cara Nak Ikan Bilis Goreng Rangup Tahan Lama Baru Tahu Bahan Ni Paling Berkesan

Begini Cara Nak Ikan Bilis Goreng Rangup Tahan Lama Baru Tahu Bahan Ni Paling Berkesan

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 286 hits
Ikan bilis rangup dengan nasi panas sememangnya buat kita makan bertambah tambah Pun begitu bila makan ikan bilis yang liat bukan rasa selera terbantut Rupanya ada cara paling senang nak rangupkan ikan bilis seperti yang dikongsikan oleh Ha...
Cara Cuci Barang Kemas Macam Baru 2 Bahan Saja Dah Berkilat Tak Payah Pergi Kedai Emas

Cara Cuci Barang Kemas Macam Baru 2 Bahan Saja Dah Berkilat Tak Payah Pergi Kedai Emas

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 273 hits
Barang kemas yang dipakai lama sememangnya lebih mudah kelihatan kotor kusam dan kurang bersinarnya bila dipakai selalu Tak perlulah hantar ke kedai emas untuk membersihkannya Ada cara mudah yang boleh dilakukan sendiri di rumah Dan ini tip...
Mudah Dukung Baby Belakang Badan Pun Tak Sakit Mona Allen Kongsi Cara Guna Swaddle Je

Mudah Dukung Baby Belakang Badan Pun Tak Sakit Mona Allen Kongsi Cara Guna Swaddle Je

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 254 hits
Bila nak bawa bayi berjalan kadang kadang renyah juga perlu bawa stroller dan sebagainya Nak guna baby carrier tetapi teringgal pula Lenguh juga kalau perlu dukung si manja yang dah semakin sihat tu Bukan saja akan menyebabkan ibu atau ayah...
Feeling Slapped Across The Face By Trump Canadians Say They Ll Skip U S Trips

Jumaat Terakhir Sebelum Ramadan Saya Nak Tanya Ada Sesiapa Nak Taja Makanan Dan Minuman Untuk Buka Puasa

Rewards Travel Now Too Many Points Not Enough Seats

Tiket Murah Promo Sekarang Ada Promo Tiket Murah Kat Trip Com Jom Check It Out

Isu Beras Kajian Mardi Buktikan Rakyat Ditipu

Salam Ramadan 1446h 2025h Dan Selamat Berpuasa

Penganggur Ditahan 3 Jam Lepas Samun Kedai Emas

Pahang Sultan Wants End To Debate Over Royal Addendum On Najib


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rupa Ini Sebab Buah Kurma Kena Basuh Dulu

Rukun Puasa Syarat Wajib Syarat Sah Puasa

Ssf Pembukaan Stor Utama Di Glenmarie Dan Haqqi Mall

The Fish Farming Industry Of India Global Seafood Alliance

Pokok Buah Tin Yang Dah Semakin Tinggi

Ejen Pelancongan Tetak Rakan Gara Gara Pakej Murah