Agong Tiba Untuk Lawatan Negara Pertama Ke Rusia


Agong Tiba Untuk Lawatan Negara Pertama Ke Rusia
MOSCOW, 5 Ogos (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat tiba di sini pada Selasa untuk memulakan Lawatan Negara enam hari ke Rusia.
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo2 pada 2.20 petang (7.20 malam waktu Malaysia).
Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim disambut oleh Menteri Sains dan Pendidikan Tinggi Rusia Valery Falkov dan Pemangku Pengarah Jabatan Protokol Negara Kementerian Hal Ehwal Luar Rusia Georgiy Kuznetsov.
Turut menyambut keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Rusia Alexander Pankin dan Duta Besar Rusia ke Malaysia Nayl Latypov.
Hadir sama menyertai sambutan ketibaan ialah Menteri Pertahanan yang juga Menteri Pengiring Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Duta Besar Malaysia ke Rusia Datuk Cheong Loon Lai.
Lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan dan Seri Paduka Baginda kemudian berkenan melintasi barisan kawalan kehormatan, diiringi oleh Falkov dan Kuznetsov, sebelum disambut oleh tetamu kenamaan dari Malaysia dan Rusia.
Selepas perarakan keluar kawalan kehormatan, Sultan Ibrahim berangkat ke hotel penginapan di Moscow.
Di hotel berkenaan, Seri Paduka Baginda disambut oleh petugas Kedutaan Malaysia dan keluarga mereka serta 30 pelajar Malaysia.
Semasa lawatan enam hari, Sultan Ibrahim akan diberi sambutan negara di Kremlin pada Rabu, disusuli pertemuan rasmi dengan Presiden Rusia Vladimir Putin sebelum menghadiri Majlis Santapan Negara yang dihoskan Putin.
Yang di-Pertuan Agong turut dijadualkan melawat Pusat Pembangunan Teknologi Automotif Rusia (NAMI) serta Hab Teknologi dan Inovasi Tochka Kipeniya.
Selepas menamatkan program di Moscow, Seri Paduka Baginda akan berangkat ke Kazan di Republik Tatarstan untuk segmen kedua Lawatan Negara.
Sultan Ibrahim yang menaiki takhta pada 31 Jan 2024, mengadakan lawatan buat julung-julung kalinya ke Rusia atas undangan Putin.
Kunjungan ini disifatkan sebagai bersejarah kerana Seri Paduka Baginda merupakan Ketua Negara Malaysia pertama mengadakan Lawatan Negara ke Rusia sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 1967.
Lawatan ini adalah yang keempat dilaksanakan oleh Sultan Ibrahim selepas Singapura, China dan Brunei.
Sumber: Bernama
The post Agong Tiba Untuk Lawatan Negara Pertama Ke Rusia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/05/agong-tiba-untuk-lawatan-negara-pertama-ke-rusia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yang Di Pertuan Agong Selamat Tiba Di Moscow Untuk Lawatan Negara

Yang Di Pertuan Agong Selamat Tiba Di Moscow Untuk Lawatan Negara

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 186 hits
KDYMM SPB Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo 2 Moscow hari ini Pesawat peribadi Seri Paduka Baginda selamat mendarat pada jam 2 petang Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut...
Sultan Ibrahim Agong Pertama Lakukan Lawatan Ke Rusia

Sultan Ibrahim Agong Pertama Lakukan Lawatan Ke Rusia

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 235 hits
Seri Paduka Baginda bakal melakar sejarah ketua negara Malaysia pertama adakan lawatan ke Rusia sejak tertubuh hubungan diplomatik pada 1967 Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan mengadakan lawatan ke Rusia dari 5 hingga 10 Ogos KUALA L...
Gempa Rusia 8 8m Gelombang Tsunami Tiba Di Papua Indonesia

Gempa Rusia 8 8m Gelombang Tsunami Tiba Di Papua Indonesia

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 274 hits
Gempa Rusia 8 8M Gelombang Tsunami Tiba Di Papua Indonesia Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika Indonesia mengesan kehadiran gelombang tsunami di Pelabuhan Sarmi Papua pada petang tadi Tsunami dikesan menerusi alat pengukur tsunami d...
Rakyat Menang Ronde Pertama Wacana Aturan Pbb 250 Resmi Ko

Rakyat Menang Ronde Pertama Wacana Aturan Pbb 250 Resmi Ko

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 308 hits
BloggerBorneo com Ya 250 itu resmi tumbang kalah telak oleh rakyat yang menolak demo dan bahkan bertarung melawan Satpol PP di Alun Alun Pati Kami mencermati perkembangan situasi mengakomodir aspirasi maka saya memutuskan membatalkan kebija...
Hari Pertama Pergi Kerja Dengan Mrt

Hari Pertama Pergi Kerja Dengan Mrt

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 281 hits
Assalamualaikum Setelah sekian lama SA x naik public transport hari ni bermula kehidupan pergi kerja dengan public transport dh x leh nak manja manja dah sedap naik lemak suami hantar dan jemput balik kerja perubahan perlu dibuat untuk ekon...
Mengenal Profesor Herry Pencipta Beras Tinggi Protein Pertama Di Dunia

Mengenal Profesor Herry Pencipta Beras Tinggi Protein Pertama Di Dunia

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 728 hits
BloggerBorneo com Namanya Prof Ir Herry S Utomo MS PhD Ia lahir di Malang Jawa Timur Arek Malang ngumpul sini sebentar Awalnya Herry hanyalah mahasiswa Fakultas Pertanian Universitas Brawijaya Saat itu ia sibuk memandangi padi sambil bertan...
Telefon Pertama Anak Erra Fazira Ajar Ibu Ayah Cara Didik Dengan Psikologi Perjanjian

Telefon Pertama Anak Erra Fazira Ajar Ibu Ayah Cara Didik Dengan Psikologi Perjanjian

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 441 hits
Telefon pertama anak Erra Fazira ajar ibu ayah cara didik dengan psikologi perjanjian supaya anak bijak guna teknologi tanpa terdedah pada risiko negatif Pendekatan primadona filem melayu ini sesuai dijadikan inspirasi buat ibu bapa moden B...
Pertama Kali Beli Pokok On Line

Pertama Kali Beli Pokok On Line

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 1227 hits
Baru je nak eksen dengan abang ai tentang kebijaksanaan adiknya ini membeli barang online yang lebih murah sekali nbsp rupanya beliau dah lama nbsp steady nbsp menunggu nbsp COD barang ke rumah Tak tahu la apa yang selalu dibeli tapi bila m...
Inilah Storan Ssd Pcie Gen6 Pertama Dunia Berkelajuan Hingga 28gb S

Inilah Storan Ssd Pcie Gen6 Pertama Dunia Berkelajuan Hingga 28gb S

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 209 hits
Micron Technology Inc telah melancarkan storan SSD baharu yang dibangunkan khusus untuk pusat data Kesemua model storan ini dibangun dengan teknologi Micron NAND G9 menjadikannya storan SSD yang menyokong PCIe Gen6 NVMe pertama di dunia Ia ...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Late Lunch

From Classic Tools To Smart Innovation What Makes Microsoft Office 2024 Stand Out

Tsmc Menjadi Pelopor Slogan Unleash Innovation Dalam Pendaftaran Hak Cipta

Finding Confidence Through Style My Plus Size Fashion Story

Dendam Cinta Ditolak Wanita Maut Ditikam Rakan Sekelas Suami

Don T Conflate Rm17b Federal Spending With Sabah S 40pct Share Lawyer