Agong Ke 16 Majoriti 5 Undi Sebagai Penentuan




KUALA LUMPUR: Khamis 24 Januari ini akan menyaksikan pemilihan Yang di-Pertuan Agong buat kali ke-16 sejak Malaysia mencapai kemerdekaan lebih 61 tahun lalu.Proses pemilihan ini adalah kesinambungan kepada sistem kerajaan beraja berasaskan Perlembagaan yang diamalkan di negara ini dengan raja atau sultan yang bergelar Yang di-Pertuan Agong akan bersemayam selama lima tahun.
Loading...
Kekosongan jawatan Ketua Utama Negara itu adalah berikutan peletakan jawatan Sultan Muhammad V menurut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan pada 6 Januari lepas, sesuatu yang belum pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah institusi beraja di negara ini.


Bagaimanapun kematangan institusi beraja menghadapi situasi ini cukup terserlah sehinggakan ia dapat ditangani dengan cara yang cukup harmoni tanpa sebarang krisis.Tatacara Pemilihan AgongApabila terdapat kekosongan pada jawatan Yang di-Pertuan Agong, Majlis Raja-Raja akan menjalankan fungsinya seperti mana dalam Perkara 38(6)(a) Perlembagaan Persekutuan untuk memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.Hanya sembilan Raja Melayu yang menjadi ahli Majlis Raja-Raja akan membuat pemilihan itu pada mesyuarat khas yang ditetapkan.

Cara pemilihan itu dilakukan adalah seperti berikut:-Bahagian Pertama, Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan menyatakan seorang Raja layak dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong kecuali Raja itu belum dewasa atau seseorang Raja itu tidak berhasrat dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong.Seseorang Raja juga tidak layak untuk dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong sekiranya Majlis Raja-Raja mengambil ketetapan melalui undi sulit bahawa Raja itu tidak sesuai untuk menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuhnya, atau kerana apa-apa sebab lain.Pakar Perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz, berkata Majlis Raja-Raja bertindak menurut budi bicara berhubung peranan memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatannya.Berkaitan proses pemilihan Yang di-Pertuan Agong, Seksyen 2, Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-Raja hendaklah menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada Raja yang layak dipilih, yang negerinya ialah yang pertama dalam senarai pemilihan.Jika Raja itu tidak menerima tawaran tersebut, Majlis Raja-Raja akan menawarkan jawatan itu kepada Raja yang negeri berikutnya dalam senarai pemilihan itu dan demikianlah seterusnya sehingga seorang Raja menerima jawatan tersebut.Senarai PenggiliranSusunan penggiliran pertama pelantikan Yang di-Pertuan Agong dilakukan di atas persetujuan Raja negeri-negeri mengikut kekananan dari segi tempoh pemerintahan yang dimulakan dengan Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu , Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak.Senarai pemilihan tersebut dinyatakan dalam Seksyen 4 yang bermaksud, pada pemilihan pusingan pertama, senarainya adalah mengikut pengiktirafan keutamaan antara raja-raja sendiri. Namun, bagi pemilihan pusingan selepas itu, senarai pemilihan adalah mengikut kedudukan Negeri di dalam senarai yang disusun mengikut raja di negeri-negeri yang mana, mana-mana raja yang telah menerima jawatan Yang di-Pertuan Agong akan dipindahkan ke hujung senarai pemilihan.Shamrahayu menjelaskan, pada Seksyen 4(2)(b), Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan, ada dinyatakan “apabila ada sesuatu perubahan Raja sesuatu Negeri yang ada dalam senarai ketika itu, Negeri itu hendaklah dipindahkan ke hujung senarai itu.”Tambahnya, peruntukan ini menunjukkan ada kemungkinan bagi negeri Pahang yang baharu saja memasyhurkan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang keenam pada 15 Jan lalu akan diletakkan di hujung senarai pemilihan yang terkini berdasarkan kepada Seksyen 4(2)(b) itu.“Ada kemungkinan Pahang yang sepatutnya dalam senarai teratas akan beralih kepada hujung senarai pemilihan kerana perubahan Raja yang berlaku di negeri tersebut. Namun keputusan tertakluk kepada budi bicara Majlis Raja-Raja,” katanya.Pemilihan Secara SulitSementara itu, laman web rasmi Majlis Raja-Raja turut mengandungi maklumat prosedur bagaimana pengundian dijalankan. Sekiranya Raja atau Sultan negeri tersebut berada dalam senarai teratas dan bersetuju untuk dicalonkan, baginda boleh diundi secara sulit oleh Majlis Raja-Raja.Kertas undi yang digunakan tidak bernombor serta ditandakan dengan pen dan dakwat sama.Kemudiannya kertas undi akan dimasukkan ke dalam peti serta dimusnahkan sama ada dibakar atau dirincih di hadapan Raja-raja sebaik sahaja keputusan undian diumumkan.Raja yang paling muda dari segi pemerintahan dan tidak tersenarai sebagai calon Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong dipilih untuk mengira kertas undi bersama-sama dengan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.Dalam mesyuarat pemilihan itu, hanya Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja sahaja yang terlibat dalam proses pemilihan itu.Majoriti Lima UndiSemasa pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan membekalkan satu kertas undi pada setiap Raja dan setiap Raja diminta menandakan pendapatnya sama ada Raja yang paling kanan (satu nama sahaja) adalah sesuai atau tidak sesuai dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.Calon mestilah mendapat majoriti lima undi sebelum Raja yang mempengerusikan Mesyuarat Pemilihan menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada baginda. Jika Raja yang berjaya tidak menerima tawaran ataupun raja itu gagal memperoleh undi majoriti maka proses pengundian semula akan dijalankan iaitu dengan mencalonkan nama Raja yang kedua dalam senarai kekananan yang layak dipilih untuk diundi.Proses hanya akan selesai selepas Baginda menerima tawaran jawatan Yang di-Pertuan Agong.Selepas itu, barulah Majlis Raja-Raja mengisytiharkan Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong dan memegang jawatan itu bagi tempoh lima tahun.– BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/01/agong-ke-16-majoriti-5-undi-sebagai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sudah Dua Kali Sultan Kelantan Tak Sempat Tamatkan Tempoh Pemerintahan Sebagai Agong Lihat 6 Lagi Trivia Ini

Sudah Dua Kali Sultan Kelantan Tak Sempat Tamatkan Tempoh Pemerintahan Sebagai Agong Lihat 6 Lagi Trivia Ini

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 984 hits
Secara rasminya pada 6 Januari 2019 KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Sultan Muhammad V telah meletakkan jawatan sebagai Yang di Pertuan Agong ke 15 Berita mengejutkan itu telah disampaikan sekitar jam 7 malam tadi setelah per...
Pemasyhuran Sebagai Sultan Pahang Akan Letakkan Tengku Abdullah Sebagai Calon Yang Di Pertuan Agong Ke 16

Pemasyhuran Sebagai Sultan Pahang Akan Letakkan Tengku Abdullah Sebagai Calon Yang Di Pertuan Agong Ke 16

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 611 hits
PEKAN Pemasyhuran Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang keenam pada 15 Jan ini membuka laluan untuk baginda dinamakan sebagai Yang di Pertuan Agong Ke 16 Ketua Penyelidik Pejabat Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang ya...
Sultan Abdullah Akan Diberi Laluan Sebagai Agong Sejurus Menjadi Sultan Pahang Rupanya Ini Bukan Kali Pertama Terjadi

Sultan Abdullah Akan Diberi Laluan Sebagai Agong Sejurus Menjadi Sultan Pahang Rupanya Ini Bukan Kali Pertama Terjadi

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 964 hits
Sultan Abdullah berangkat solat subuh di Masjid Imam Ash Shafie KUANTAN Sultan Pahang Sultan Abdullah Ahmad Shah berangkat solat subuh di Masjid Imam Ash Shae Kotasas di sini hari ini sehari selepas diumumkan sebagai Sultan Pahang Keberangk...
Megejutkan Sultan Muhammad V Meletakkan Jawatan Sebagai Agong

Megejutkan Sultan Muhammad V Meletakkan Jawatan Sebagai Agong

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 387 hits
SULTAN Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di Pertuan Agong berkuat kuasa serta merta hari ini Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam satu kenyataan hari ini berkata peletakan jawatan baginda itu dibuat se...
Raja Tidak Layak Dilantik Sebagai Agong Sekiranya

Raja Tidak Layak Dilantik Sebagai Agong Sekiranya

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 326 hits
Susulan perletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di Pertuan Agong Majlis Raja raja akan bersidang untuk membuat pemilihan menggantikan kekosongan itu Pemilihan daripada sembilan raja raja Melayu Berdasarkan Perlembagaan Persekutan ...
Bn Kekal Kerusi Parlimen Cameron Highlands Dengan Majoriti 3 238 Undi

Bn Kekal Kerusi Parlimen Cameron Highlands Dengan Majoriti 3 238 Undi

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 376 hits
THE MALAYSIAN TIMES TANAH RATA Barisan Nasional mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands selepas calonnya Ramli Mohd Nor memenangi Pilihan Raya Kecil kawasan itu dengan majoriti 3 238 undi Beliau meraih 12 038 undi untuk menewaskan ...
Prk Cameron Highlands Bn Tambah Majoriti Undi Ph Berkurangan

Prk Cameron Highlands Bn Tambah Majoriti Undi Ph Berkurangan

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 309 hits
CAMERON HIGHLANDS Calon Barisan Nasional Ramli Mohd Noor mengekalkan kerusi Parlimen Cameron Highlands apabila meraih 12 038 undi menewaskan calon Pakatan Harapan M Manogaran dan dua calon Bebas Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee Beliau ...
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Dilantik Sebagai Pemangku Yang Di Pertuan Agong

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Dilantik Sebagai Pemangku Yang Di Pertuan Agong

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 457 hits
Rakyat Malaysia masih terkejut dengan berita pengunduran Sultan Muhammad V sebagai Yang Di Pertuan Agong XV Malaysia Sehubungan dengan itu satu mesyuarat Majlis Raja Raja yang berlangsung hari ini memutuskan supaya Sultan Perak Sultan Nazri...
Daulat Tuanku Sultan Pahang Dipilih Sebagai Agong Baru

Daulat Tuanku Sultan Pahang Dipilih Sebagai Agong Baru

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 790 hits
Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah dipilih sebagai Yang di Pertuan Agong ke 16Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pula sekali lagi dipilih sebagai timbalan Yang di...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever