Agong Disambut Selaku Ketua Negara Baharu Di Parlimen


Tiupan nafiri 14 anggota pasukan Istiadat Diraja Tentera Darat mengiringi keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Dataran Parlimen hari ini untuk istiadat sambutan rasmi selaku ketua negara baharu.
Keberangkatan tiba Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar disambut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Seri Paduka kemudian berkenan ke Pentas Diraja melintasi Pasukan Pengawal Tombak diiringi Perdana Menteri untuk menerima persembahan tabik ‘Hormat Diraja’ dari pasukan Kawalan Kehormatan Utama.
Serentak itu, lagu ‘Negaraku’ dimainkan oleh pasukan Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja, diketuai Mejar Muhamad Nor AzizanYahya.
Pada masa sama, bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong dikibarkan dan diikuti tembakan meriam sebanyak 21 das oleh pasukan 41 Bateri Istiadat, Rejimen Artileri Diraja.
Seri Paduka kemudian berkenan berangkat memeriksa pasukan Kawalan Kehormatan Utama yang terdiri daripada 103 anggota dan empat pegawai dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja diketuai Mejar Mohd Izham Ahmad Rashidi.
Istiadat itu diteruskan dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, disusuli persembahan tabik ‘Hormat Diraja’ serta persembahan lagu Negaraku untuk kali kedua.
Diiringi kenderaan pengiring diraja, Seri Paduka berdua kemudian berangkat meninggalkan Dataran Parlimen ke Istana Negara di Jalan Tuanku Abdul Halim, Bukit Damansara, untuk Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Sultan Abdullah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuatkuasa hari ini. Pemilihan Seri Paduka Baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara.
— BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/01/31/agong-disambut-selaku-ketua-negara-baharu-di-parlimen/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majlis Sosial Ketua Hakim Peguam Negara Memalukan Kata Pemuda Umno

Majlis Sosial Ketua Hakim Peguam Negara Memalukan Kata Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 368 hits
Majlis sosial ketua hakim peguam negara memalukan kata Pemuda Umno nbsp Dikemas kini 21 minit yang lalu middot Diterbitkan
Video Menari Peguam Negara Dan Ketua Hakim Negara Didesak Letak Jawatan

Video Menari Peguam Negara Dan Ketua Hakim Negara Didesak Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 485 hits
Pergaulan bebas Peguam Negara Ketua Hakim Negara bercanggah profesionalisme sebagai pemegang amanah guaman dan kehakimanIkatan Muslimin Malaysia sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana mendesak Peguam Negara Tommy Thomas dan Ketua Haki...
Jijik Perlakuan Sosial Menteri Ketua Hakim Serta Peguam Negara Berjoget Di Majlis Makan Malam

Jijik Perlakuan Sosial Menteri Ketua Hakim Serta Peguam Negara Berjoget Di Majlis Makan Malam

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 793 hits
Sebuah klip video yang memaparkan pegawai pegawai tertinggi badan perundangan negara menari dalam satu majlis makan malam tular dalam media sosial sejak semalam sehingga mencetuskan perdebatan hangat Video berdurasi seminit 37 saat dipercay...
Menari Tak Akan Buat Ketua Hakim Negara Peguam Negara Tak Profesional Penganjur

Menari Tak Akan Buat Ketua Hakim Negara Peguam Negara Tak Profesional Penganjur

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 405 hits
KUALA LUMPUR Pertubuhan Undang Undang Sabah mempertahankan tindakan beberapa personaliti kehakiman dan perundangan negara yang menari di pentas program anjuran mereka semalam SLS berkata demikian hari ini sebagai merujuk klip video yang mem...
Lafaz Sumpah Agong Ke 16 Al Sultan Abdullah Selamat Tiba Di Istana Negara

Lafaz Sumpah Agong Ke 16 Al Sultan Abdullah Selamat Tiba Di Istana Negara

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 485 hits
Foto oleh Bernama SEPANG Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini bagi menghadiri Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpa...
Bentuk Kerajaan Baharu Atau Bubar Parlimen Isma

Bentuk Kerajaan Baharu Atau Bubar Parlimen Isma

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 384 hits
16 Jamadilawal 1440H Selasa Pemerintahan mengecewakan kerajaan Pakatan Harapan yang didominasi parti tamak haloba DAP serta bukan Islam sedang menjurus Malaysia ke arah sebuah negara rasis Lebih buruk lagi apabila Perdana Menteri Tun Dr Mah...
Bubar Parlimen Langkah Selamatkan Tiga Cabang Utama Negara

Bubar Parlimen Langkah Selamatkan Tiga Cabang Utama Negara

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 645 hits
19 Jamadilawal 1440H Jumaat Kerajaan Pakatan Harapan bukan sahaja gagal mentadbir sosioekonomi negara dengan efektif malah dilihat mengalami kepincangan dari sudut legislatif eksekutif dan perundangan Peguam merangkap aktivis sosial Mohd Kh...
Biodata Sultan Pahang Ydp Agong Yang Baharu Dilantik

Biodata Sultan Pahang Ydp Agong Yang Baharu Dilantik

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 779 hits
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal Pekan Baginda adalah anak keempat daripada tujuh beradik hasil perkahwinan Sultan Ahmad Shah dengan Almarhum Tengku Ampuan Afzan Pada 1 Julai 1975 bag...
Ketua Kpu Debat Bermanfaat Pemilih Berdaulat Negara Hebat

Ketua Kpu Debat Bermanfaat Pemilih Berdaulat Negara Hebat

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 225 hits
Ketua KPU Arief Budiman mengatakan debat capres kali ini merupakan catatan sejarah baru di Indonesia Pasalnya penyelenggaraan debat ini diselenggarakan bersamaan dengan kampanye Pileg 2019
Kl Sentral S Cordoned Drop Off Points Great Hassle For Commuters Symptomatic Of Vvip Culture

The Real Threat To Our Nation Isn T Stateless Children It S The Betrayal Of Trust

Buku Taubatku Untuk Siapa Renungan Mendalam Tentang Taubat Karya Ibnu Jauzi

Zara Qairina Inquest Police Simulation Suggests Fall Without Force Matched Crime Scene

Gig Workers Bill Passed By Senate

Macc Detains Five Over Alleged Rm200 000 False Cattle Claims

Mudah Je Lelaki Tunjuk Cara Kosongkan Air Dalam Mesin Basuh Rosak

Rumah Perdana Menteri Nepal Dibakar Penunjuk Perasaan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Amalan Mudah Itiqomah Yang Baik Dari Sunnah Nabi Saw

Yummy How To Make Beef Carpaccio Recipe

Sultan Ahmad Al Mu Azzam Shah Di Tandu Hingga Ke Akhir Hayat

Penantian Cuti Panjang

16 National Costume Malaysia Janaan Ai Daripada Peminat Beauty Pageant

Rasmikan Air Fryer Gaabar