Agensi Pusat Kedah Realisasikan Pelaburan Rm7 7 Bilion


 
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) berkata jumlah pelaburan itu bagi sembilan bulan pertama 2023. (Gambar UPDA)PETALING JAYA: Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bersama kerajaan Kedah telah merealisasikan pelaburan RM7.7 bilion dalam tempoh sembilan bulan tahun ini.
NCIA menjelaskan, pelaburan itu diterajui oleh sektor pembuatan, diikuti pelancongan, logistik, pertanian, dan ekonomi digital.
Perkara itu telah diumumkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Negeri (JPN) Kedah, yang dipengerusikan Menteri Besar Sanusi Nor yang diadakan di Wisma Darul Aman, Alor Setar.
Selepas mesyuarat yang membincangkan perancangan penting dalam pelaburan dan pembangunan serta kemajuan projek di Kedah, Sanusi turut memberikan ucapan penghargaan kepada NCIA atas dedikasi memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan di Kedah.
“Komitmen mereka untuk memajukan inovasi, memupuk bakat tempatan dan mempromosikan pelaburan mampan dalam keusahawanan adalah penting dalam membantu Kedah menjadi sebuah negeri maju pada masa depan,” kata Sanusi menurut Bernama.
Beliau berkata, pembangunan modal insan adalah bahagian penting dalam strategi NCIA bagi memacu pembangunan sosioekonomi dan meningkatkan ekosistem di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), khususnya untuk rakyat Kedah menerusi program Dana Usahawan (DU@NCER) dan Program Peningkatan Bakat NCER (NTEP).
Kedua-dua program itu menyokong sektor pelancongan dari segi pendanaan pembangunan kemudahan pelancongan dan memastikan bekalan tenaga kerja terlatih yang mantap sejak dilancarkan pada 2019, katanya.
Selepas mesyuarat itu, Sanusi turut menyempurnakan Majlis Penyampaian Surat Pemberian (LoG) kepada syarikat di bawah inisiatif DU@NCER dan NTEP di Kedah.
Syarikat yang menerima LoG untuk DU@NCER ialah Langkawi Skywalk Sdn Bhd, yang akan membangunkan “The World’s Longest Free-standing Cantilever Glass Skywalk”, yang dijangka sepanjang 38m dengan ketinggian 645m dari aras laut.
Dua penerima LoG yang lain ialah pengendali resort Hangouts Urban + Eco Langkawi iaitu SMS Retreat Company Sdn Bhd, yang bercadang menambah kapasiti tawaran bilik segmen keluarga; serta Chenang Prima Resort Sdn Bhd (syarikat hospitaliti) yang akan mengembangkan jenama Royale melalui perkongsian pintar dengan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).
PFCE Integrated Plant and Project Sdn Bhd (PFCE), pemaju projek pembangunan pelancongan bersepadu baharu di Bandar Kuah, Langkawi dianugerahkan LoG untuk program NTEP.
Sementara itu Ketua Eksekutif NCIA, Mohamad Haris Kader Sultan, berkata sejak 2019 program pembangunan modal insan NCIA telah membantu lebih 19,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Kedah dan seterunya menghasilkan lebih 2,300 pekerjaan baharu.
Tumpuan juga diberikan untuk meningkatkan ekosistem NCER dengan menyediakan Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) kepada 6,248 peserta, katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/11/agensi-pusat-kedah-realisasikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Jangka Pelaburan Jepun Sehingga Rm30 Bilion Tahun Ini

Malaysia Jangka Pelaburan Jepun Sehingga Rm30 Bilion Tahun Ini

papar berkaitan - pada 6/11/2023 - jumlah : 318 hits
Malaysia menjangkakan pelaburan langsung asing dari Jepun akan melebihi RM30 bilion pada tahun ini berdasarkan keyakinan negara matahari terbit itu terhadap pemulihan ekonomi Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik Bernama...
Kedah Mb Wants Tiong Out Over Negative Langkawi Campaign

Kedah Mb Wants Tiong Out Over Negative Langkawi Campaign

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 150 hits
Kedah Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor has criticised Tourism Arts and Culture Minister Tiong King Sing over his allegations regarding tourism on the island of Langkawi The minister mounted a negative campaign against Langkawi This mini...
Satu Cadangan Dari Netizen Buat Kedah Nak Bagi Maju Langkawi

Satu Cadangan Dari Netizen Buat Kedah Nak Bagi Maju Langkawi

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 224 hits
Ahmad Shahril Cadangan cuba tukar patung helang besar tu gantikan dengan patung nusi The Greater Kedah tersohor tu kan mesti ramai orang datang Nin diaaaa
Kuih Karas Popular Di Kedah

Kuih Karas Popular Di Kedah

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 217 hits
Kuih karas diperbuat daripada tepung beras Ia berbentuk jaringan halus seperti bihun tetapi rangup dan rasanya manis Makanan tradisi ini dihasilkan dengan menggunakan adunan tepung beras cair yang dikirai dalam minyak panas dengan menggunak...
Dana Pelaburan Kwsp Cecah Rm1 1 Trilion Kata Timbalan Menteri

Dana Pelaburan Kwsp Cecah Rm1 1 Trilion Kata Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 114 hits
JUMLAH dana pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja adalah sebanyak RM1 1 trilion sehingga 31 Ogos 2023 kata Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Katanya daripada jumlah itu purata pelaburan KWSP dalam pasaran domestik adalah 64 9 yang ...
Boikot Menjadi Disney Rugi Hampir Rm2 Bilion

Boikot Menjadi Disney Rugi Hampir Rm2 Bilion

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 135 hits
MAISARAH AISYASiapa sangka boikot secara besar besaran membuahkan hasil apabila Disney dilaporkan mengalami kerugian sebanyak US 387 juta Media sebelum ini melaporkan syarikat produksi antarabangsa Walt Disney mendermakan RM9 45 juta kepada...
Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

Bersatu Needs A Clear Agenda For Malaysians Says Wan Saiful

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


12 Perkataan Baharu Yang Dimasukkan Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka

Lirik Lagu Kamu Tak Sendiri Jemimah Cita

Dayana Amerda Jatuh Cinta Chord

Selamat Tahun Baru 2025 Contoh Ucapan Kata Motivasi

Pahang Mencatatkan Kejayaan Yang Luar Biasa Dengan Jumlah Jualan As 63 9 Juta Di Mihas Dubai

The Youth Who Could See The Wind En Magisk Resa Genom Frankrikes 17 E Hundrade