Agenda Pendidikan Ph Malaysian First Atau Chinese First



Kementerian Pendidikan dalam kenyataannya beritahu kerajaan BN pun beri peruntukan kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KUTAR) yang bukan Universiti Awam (UA), antara RM30 juta hingga RM69.25 juta dalam Belanjawan 2012 hingga 2018 setiap tahun.

Adakah atas sebab itu, maka kerajaan PH yang dicanang bebas daripada politik perkauman ini wajar pejam mata melihat Menteri Kewangan (seorang Cina) mengeluarkan peruntukan khas
kepada Kolej Universiti New Era (institusi pengajian tinggi swasta Cina) dengan majlis penyerahan dana kerajaan itu turut dihadiri Timbalan Menteri (seorang Cina) yang portfolionya tiada kaitan dengan pendidikan?

Sama juga peruntukan RM12 juta kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina(SMPC) dengan jumlah 62 buah itu. RM12 juta itu untuk "anak Cina". 'Chinese first' atau 'Malaysian first'?

Nisbah peruntukan yang sekolah Cina persendirian (baca: menolak sistem pendidikan kebangsaan) terima jauh lebih tinggi daripada Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang merupakan sekolah untuk "anak Malaysia" bukan untuk "anak Melayu" sahaja.

Bahkan, jika kita ikhlas ketepikan sentimen politik kepartian dan cermati sungguh-sungguh agihan peruntukan Belanjawan 2019, sebanyak RM127 juta untuk SJKC, SJKT, SMJK dan SMPC! Peruntukan untuk kolej universiti Cina tidak masuk Belanjawan 2019 pun!

Bayangkan dengan peruntukan RM127 juta, berapa banyak SRK dan SMK untuk "anak Malaysia" bukan hanya untuk "anak Melayu dan Bumiputera" dari Perlis sampai ke Sabah yang baru dapat dibina atau diperbaiki?

RM127 juta untuk sistem pendidikan yang mewarisi polisi pecah dan perintah tinggalan penjajah dan diteruskan pula oleh kerajaan BN! Ironi, bukan?

Mana usaha kerajaan PH era "Malaysia Baharu" untuk mereformasi sistem pendidikan supaya semua "anak Malaysia" berada di bawah satu bumbung persekolahan sekali gus mengukuhkan integrasi nasional?

Sampai bila kita mahu lihat rakyat Malaysia malah sudah bergelar wakil rakyat pun masih merangkak kalah pekerja Bangladesh tidak lincah berbahas dalam "bahasa Malaysia" akibat masuk sekolah berbahasa pengantar rasmi negara China?

Adakah ratusan juta peruntukan kerajaan untuk pendidikan berorientasikan kepentingan kaum itu membantu kepada usaha perpaduan rakyat Malaysia? Mana semangat 'Malaysian first' ketika sebelum ini orang Melayu disuruh usah 'Malay first'?

Selama ini lemparan 'politik perkauman' itu adakah terhad kepada orang Melayu sahaja? Adakah sifat rasis hanya terpakai pada orang Melayu?

Melihat pemimpin Cina sejak puluhan tahun 'bersatu' dalam hal berkaitan kepentingan (tamak) kaum mereka dengan DAP dan MCA sama-sama mendesak blok pemerintah dan pembangkang setiap kali musim pilihan raya umum (sila google tuntutan ekstrem Dong Jiao Zong menjelang PRU 1999 juga manifesto PH dan BN berkaitan UEC untuk PRU-14), timbul persoalan:

Di mana pula 'political will' pemimpin Melayu PH untuk memainkan peranan strategik dengan sifat sebagai negarawan bukan sekadar seorang ahli politik yang dihantui sokongan undi untuk tempoh lima tahun sekali?

Arif Atan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2019/01/agenda-pendidikan-ph-malaysian-first.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agenda Utama Dalam Ubah Kurikulum Pendidikan

Agenda Utama Dalam Ubah Kurikulum Pendidikan

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 532 hits
Agenda Utama Dalam Ubah Kurikulum PendidikanAsalamualaikum Salam Sejahtera Semua Berita di TV 2 PM kita Datuk Sri Mahathir Mohamad mengumumkan akan ubah kurikulum pendiduikan dengan mengutamakan tiga aspek utama iaitu 1 Menutamakan penguasa...
Sarawak First Policy Chinese Support Crucial Says Uggah

Sarawak First Policy Chinese Support Crucial Says Uggah

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 378 hits
The Chinese in Sarawak together with other communities have been asked to remain loyal and supportive of the Gabungan Parti Sarawak led state government Deputy Chief Minister Douglas Uggah said their support was crucial to allow the governm...
Mana Satu Idaman Kalbu Drama Korea Atau Drama Melayu

Mana Satu Idaman Kalbu Drama Korea Atau Drama Melayu

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 994 hits
Assalamualaikum Semua Kembali lagi bersama Suhaila di entri yang baru Ok seperti biasalah saya nak ucapkan ribuan terima kasih pada yang sudi membaca Maklumlah blog Iolls yang suam suam kuku ini Tajuk entri aku kali ini adalah berkaitan den...
Jatuh Sakit Bukan Kerana Cinta Atau Berita Pernikahan Bekas Tunang Sufian Suhaimi

Jatuh Sakit Bukan Kerana Cinta Atau Berita Pernikahan Bekas Tunang Sufian Suhaimi

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 664 hits
Tidak lama lagi Anugerah Juara Lagu 33 bakal berlangsung tetapi penyanyi Sufian Suhaimi mengakui beliau kini sedang menghadapi masalah kesihatan Namun beliau enggan memberitahu secara jelas tentang penyakitnya Bagaimanapun Sufian berkata sa...
Masa Anak Sedang Baik Bagi Pujian Cara Paling Berkesan Elak Bergaduh Atau Berebut

Masa Anak Sedang Baik Bagi Pujian Cara Paling Berkesan Elak Bergaduh Atau Berebut

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 683 hits
Tiap kali tengok anak main baik baik ibu pasti rasa senang hati Bukan mudah tak nak bagi anak gaduh kan Ingat jangan biarkan waktu ini berlalu begitu sahaja sebaliknya sentiasa bagi pujian Bila anak anak duduk bersama baik baik kongsi maina...
Pembedahan Buang Tonsil Wajib Atau Pilihan

Pembedahan Buang Tonsil Wajib Atau Pilihan

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 697 hits
Tonsil adalah benteng pertama dalam badan kita Bertindak sebagai barisan pertahanan untuk halang bakteria dan kuman yang masuk melalui mulut Sebenarnya tonsil ini sangat penting dalam setahun pertama masa kita bayi untuk halang serangan kum...
Pergi Umrah Atau Haji Dan Kenapa Perlu Pakai Set Travel Suchi

Pergi Umrah Atau Haji Dan Kenapa Perlu Pakai Set Travel Suchi

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 519 hits
Aku pernah bertugas di Abu Dhabi Emiriah Arab Bersatu selama 6 bulan Ditempatkan di Sheikh Khalifa Medical City selama setengah tahun merupakan satu tempoh yang cukup lama buat aku Bukan saja kerana aku terpaksa berjauhan dengan keluarga ta...
Commando Badly Injured After Parachute Landing Goes Wrong

Giddy Up Galloping Motorcyclist Mimicking Horse Ride Goes Viral

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Unboxing Series Ikea Hauga Storage Cabinet

Hiburan Muhyiddin Yassin Letak Jawatan Pengerusi Perikatan Nasional

Murid Kini Bebas Pilih Tali Leher Tidak Wajib Lagi Mulai 2026

Bakteria Kecil Yang Menjadi Sahabat Baik Tumbuhan

Canyoni A Hidden Gem Of Adventure And Natural Beauty In Albania


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Lepak Makan Di Syed Bistro Seksyen 3 Shah Alam

Rpm2026 Guru Malaysia Rekod Peribadi Fail Pengurusan Sekolah Lengkap

Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Malaysia Cemerlang Raih Tempat Ketiga Dalam Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Keajaiban Tersembunyi Sejarah Dan Warisan Gunung Afghanistan

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh