Agar Agar Sirap Rose



Hari ini kerja kerja repair lantai rumah telah dimulakan. Jadi saya berkurung jer di bilik sambil update blog. Dalam banyak banyak draft yang ada, saya memilih untuk menulis mengenai agar agar kegemaran saya iaitu Agar Agar Sirap Rose.

Sebelum itu, ramai yang bertanya apa renovation yang hendak saya buat. Sebenarnya selepas beberapa ketika, lantai akan terangkat naik disebabkan tekanan angin dan udara di bawah tanah jika ianya tidak dibuat dengan betul semasa pembinaan. Semasa kerja kerja render dan tile dulu, memang kami telah ditipu oleh pekerja Indonesia. Jadi kami terpaksa mencari masa untuk menukar tile. Kerja yang paling saya tak suka kerana ia akan menyebabkan habuk. Nanti bila dah siap, kita boleh tengok bagaimana hasilnya. Sekarang kita masuk bab masakan.

Agar Agar Sirap Rose adalah antara agar agar kegemaran saya sejak kecil. Setiap kali balik kampung pun, anak buah saya Mimi pun suka menyediakan agar agar ini. Selain sedap, ianya sangat mudah dengan bahan bahan yang ringkas. Itu sebab ianya menjadi pilihan bila mahu membuat agar agar.

Tapi biasa bila masak agar agar ni, main agak agak jer sukatan air dan gulanya. Jadi bagi anak anak yang baru nak belajar memang susah nak membuatnya. Kalau di blog ramai yang tulis 1 pek agar agar tali tanpa menyebut berat. Agar agar tali ada banyak beratnya. Ada yang berat 18 gram, ada yang 20 gram dan ada yang 25 gram. Ada juga yang ditulis 37 gram tapi bila ditimbang agar agarnya sahaja, baru 25 gram. Jadi kalau tulis 1 pek, kita tak pasti pek untuk berat berapa gram.



Hari ini, saya sukat bahan bahan yang digunakan bagi memudahkan sesiapa yang ingin membuatnya. Tinggal disesuaikan dengan citarasa masing masing. Ada yang suka agar agar lembut dan ada yang suka keras sedikit. Jadi kena ikut apa yang kita suka dengan menambah atau mengurangkan air. 

Alhamdulillah, sedap dan secukup rasa manis nya dan seelok lembutnya pada saya. Masa saya memotongnya, dah hampir sepinggan saya makan lepas satu satu. Memang kalau makan agar agar ni, tak boleh nak berhenti. Laju sangat jadinya. Sangat nyaman dengan rasanya yang sejuk sejuk.  
Jom layan resepi di bawah ini. Selamat mencuba...

Agar Agar Sirap Rose Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 paket agar- agar tali - 25 gram1 ¾ liter air1 helai daun pandan - carik & simpul1 ½ cawan gula 30 gram gula batu2 sudu besar sirap rose
Cara cara:Rendam agar-agar hingga lembut. Masak agar agar dengan air, daun pandan dan gula batu sehingga agar agar hancur. 

Setelah hancur, masukkan gula dan sirap ros. Kacau sehingga gula larut dan mendidih. 


Tapis ke dalam loyang yang disukai. Ketepikan sehingga keras, baru dipindahkan ke dalam peti ais. Sedap dimakan ketika sejuk. 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2020/06/agar-agar-sirap-rose.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasien Anak Positif Covid 19 Disarankan Isolasi Mandiri Agar Tidak Stres

Pasien Anak Positif Covid 19 Disarankan Isolasi Mandiri Agar Tidak Stres

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 225 hits
Bakhrizal mengatakan penanganan anak anak dengan orang dewasa hampir sama perbedaannya hanya pemberian vitamin dan kunjungan dari puskesmas
10 Petua Tips Agar Rendang Tahan Lama Tidak Mudah Basi

10 Petua Tips Agar Rendang Tahan Lama Tidak Mudah Basi

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 545 hits
Masakan menu rendang memang menjadi antara juadah utama di Hari Raya Agak kurang meriah jika tidak ada juadah tradisional seperti rendang serunding ketupat dan juga lemang selain kuih dan biskut raya tradisional Ada pelbagai jenis rendang A...
Lagi Gesaan Agar Km Ambil Tindakan Terhadap 2 Adun Khianat

Lagi Gesaan Agar Km Ambil Tindakan Terhadap 2 Adun Khianat

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 270 hits
MALAYSIAKINILagi seruan agar Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengambil tindakan terhadap dua Adun Bersatu yang menarik sokongan terhadap kerajaan negeri untuk menyokong Perikatan Nasional Langkah itu yang dibuat Khaliq Mehtab Mohd ...
Petua Simpan Beras Agar Tidak Berkulat

Petua Simpan Beras Agar Tidak Berkulat

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 397 hits
Beras boleh disimpan lama jika pandai menjaganya Paling penting simpan beras pada tempat bekas yang bertutup bagi mengelakkan lipas atau semut memasukinya Beras yang disimpan lama akan menjadi berkulat dan diserang kutu Oleh kerana sukar me...
Agar Tak Ada Kendala Penyaluran Bansos Sembako Di Bekasi Dipantau Langsung Ketua Rw

Agar Tak Ada Kendala Penyaluran Bansos Sembako Di Bekasi Dipantau Langsung Ketua Rw

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 215 hits
Hal itu diakui Ketua RW 011 Kelurahan Jakasampurna Bekasi Barat Kota Bekasi bernama Nurhadi
Anies Doakan Anaknya Berumur Panjang Agar Bisa Kisahkan Corona Di Tahun 2089

Anies Doakan Anaknya Berumur Panjang Agar Bisa Kisahkan Corona Di Tahun 2089

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 281 hits
Idul Fitri tahun ini dia mengungkapkan merupakan lebaran yang unik Bahkan cenderung begitu berkesan dan akan dikenang dalam bentangan sejarah kelak
Ada Hubungan Dgn Anak Tiri Ds Siti Nurhaliza Sekali Lagi Sharifah Rose Ditudvh Peramp4s

Ada Hubungan Dgn Anak Tiri Ds Siti Nurhaliza Sekali Lagi Sharifah Rose Ditudvh Peramp4s

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 644 hits
Personaliti media sosial Sharifah Rose menempel4k netizen yang masih mempunyai tanggapan burvk terhadap dirinya selepas menjalinkan hubungan percintaan dengan anak tiri penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Aazief Khalid Teg...
The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Prof As Dakwa Tak Selamat Kunjungi Malaysia Selepas Sebar Propaganda Sokong Zionis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11