Agar Agar Pandan Santan
Saya memang suka mendengar kuliah online dan tazkirah oleh Ustazah Dato Dr Fatma Elzahraa sebab penerangan dan nasihat yang diberi adalah sangat mudah difahami.
Setiap hujjah akan dikongsikan ayat ayat Al Quran dan surah serta hadis hadis yang menyebut berkenaan perkara tersebut.
Dalam kuliah online hari ini adalah berkenaan taubat. Allah Maha Pengampun dan akan mengampunkan setiap dosa hambaNya yang memohon keampunan. Malah Allah tidak akan jemu untuk mengampunkan umatnya yang memohon ampun dan mengulangi dosa yang sama berkali kali sehingga umatnya yang berputus asa.
Jika kita melakukan dosa, tak perlu kita menceritakan pada sesiapa kalau Allah telah menutup aib kita. Kita perlu melakukan taubat nasuha di mana kita perlu menyesal dan menangisi dosa silam, berhenti dari melakukan dosa yang sama lagi, ketiga berazam untuk dengan sesungguhnya bahawa tidak akan mengulangi perbuatan itu selama-lamanya dan keempat untuk memperbanyakkan amal ibadah.
Sempena bulan Ramadhan, bulan keampunan ini Ustazah mengesyorkan kita memperbanyakkan istighfar terutama waktu Sahur di mana waktu paling terbaik untuk beristighfar.
Ustazah juga mencadangkan supaya waktu itu, jangan buat yang lain seperti solat atau mengaji. Sebaliknya beristighfar kecuali kita belum lagi mengerjakan solat Tahajjud ketika itu.
Hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahwa Nabi SAW bersabda:
"Allah turun ke langit dunia setiap malam pada 1/3 malam terakhir. Allah lalu berfirman,
Siapa yang berdoa kepada-Ku niscaya Aku kabulkan! Siapa yang meminta kepada-Ku niscaya Aku beri! Siapa yang meminta ampun kepadakepada- Ku tentu Aku ampuni. Demikianlah keadaannya hingga terbit fajar " (HR. Bukhari no. 145 dan Muslim no. 758).
Bila disebut waktu Sahur bukan bermakna bulan Ramadhan sahaja tapi setiap hari. Di dalam bulan ini juga setiap malam Allah akan membebaskan hambanya dari neraka.
Jadi kita perbanyakkan berdoa, “ya Allah masukkan nama kami dan seluruh ahli keluarga kami dalam senarai nama mereka yang dibebaskan dari api neraka. Aamiin”. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.
Saya kalau berbuka memang suka kuih basah berkuah dan kuih sejuk macam agar agar ni. Saya kurang suka kuih kering macam karipap murtabak keria dan lain lain kuih tu.
Tapi di rumah ni, memang suka kuih kering. Kalau kuih basah biasanya dari Kelantan lah seperti kuih butir nangka, nekbat, kuih puteri mandi, pengat, sekaya telur dll.
Selain itu, saya suka agar agar tak kira lah agar agar santan pandan atau gula Melaka atau agar agar sirap rose. Agar agar biasa lah. Bukan puding yang berlemak tu. Saya makan juga, cuma kurang gemar berbanding dengan agar agar yang simple seperti agar agar santan pandan saya hari ini. Memang boleh makan berketul ketul lagi lagi kalau tengah sejuk.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….
Agar Agar Santan Pandan
Oleh: Azie Kitchen
Bahan A:
20 gm agar-agar tali/serbuk agar-agar 11gm
4 cawan air
1 cawan gula pasir - boleh tambah jika suka manis
Sedikit gula batu
Bahan B:
1 cawan jus pandan - kisar 4 – 5 helai daun pandan dengan 1 cawan air dan tapiskan
Pewarna hijau epal
Sedikit esen vanilla
Bahan C:
1 biji telur gred A
1 kotak santan 200ml + 1 cawan air
Sedikit garam
Cara cara:
Masak agar-agar bersama air dan daun pandan sehingga agar agar larut.
Masukkan gula pasir dan gula batu, kacau rata.
Tuangkan jus pandan ke dalamnya dan sedikit pewarna hijau epal.
Pecah telur dalam santan, masuk sedikit garam dan kacau sebati gunakan whisk.
Tuang terus dalam periuk agar-agar tadi, tambah sedikit esen vanilla dan kacau.
Biarkan agar-agar mendidih membuak-buak sampai permukaan periuk.
Tutup api dan tuangkan dalam loyang 8"×8" atau yang disukai. Biarkan beku/sejuk sebelum dipindahkan ke dalam peti ais.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziekitchen.com/2024/03/agar-agar-pandan-santan.html