Agar Agar Buah Buahan Koktel
Juita menyediakan Agar Agar buah Buahan Koktel hari ini selepas saya menerima komen dari 2-3 orang yang menulis komen yang agar agar yang saya kongsikan di SINI tidak menjadi, jadi lembik walaupun ikut resepi betul betul. Ye ke ikut resepi betul betul? Ikut pengalaman saya, mereka akan claim ikut betul betul, sedangkan mereka tidak membaca resepi pun.
Untuk membuktikan resepi tersebut bukan sekadar resepi propa, saya buat sekali dengan siap video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Sebenarnya sebelum menggunakan mana mana resepi yang belum pernah saya cuba, saya akan baca write up, baca resepi sehingga komen komen untuk resepi tersebut juga saya akan baca untuk faham betul betul. Setelah berpuashati, baru saya buat.
Saya perhatikan ada yang nak buat business pun, baca resepi sekali lalu sahaja. Bila tak menjadi, baru nak menanya itu dan ini. Seharusnya difahami teknik teknik dan cara memasak sebelum mula memasak. Dah tahu teknik, baru saya tengok resepi. Itu cara saya lah. Maklumlah saya bukan pakar dalam semua benda.
Memasak memerlukan praktis dan saya sendiri jarang ke dapur pun sewaktu remaja saya. Arwah Bonda tidak menekan anak anak perempuan pandai memasak tapi mesti pandai di sekolah. Memasak sekadar boleh makan mengisi perut. Kami makan simple simple jer. Percaya tak, kalau saya katakan yang saya tak pernah pun makan sambal tumis di rumah kami, rendang semua memang tak kenal pun semasa zaman di kampung sehinggalah saya tamat pengajian dan bekerja di Bank Negara Malaysia.
Tapi walaupun tak pernah merasai semua masakan tersebut, saya telah menpunyai keinginan untuk pandai memasak selepas selalu melihat resepi di majalah wanita yang dibeli oleh kakak. Sejak itu, saya mula mengumpul duit, beli bahan membuat kek dan mula membuat kek sendiri. Di bakar dalam periuk dan diletak sabuk kelapa di atas tudung periuk. OK sekarang kita balik semula pada agar agar buah buahan koktel.
Saya dan anak anak sangat suka agar agar buah buahan koktel yang kenyal kenyal sedikit. Jika suka rasa yang masam manis, boleh digunakan sedikit air buah buahan tadi. Jika mahu menggunakan banyak pun, boleh tapi kenalah kurangkan sedikit sukatan air. Takut jadi macam mereka yang komen di blog, agar agar tak mahu keras, jadi lembik.
Setiap kali masuk ke dapur, buka peti ais dan ambil seketul seketul. Sehingga habis, barulah berhenti. Haa boleh bayangkan tak, betapa nyaman dan sedap agar agar ini bila makan sejuk sejuk.
Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...
Agar Agar Buah Buahan KoktelOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:10 gram serbuk agar agar
650 ml air
150 gram gula kaster
250 ml susu cair
1 tin buah buahan koktel - tapis buah sahaja
Cara cara:Masak air bersama serbuk agar agar dan gula kaster sehingga gula larut. Masukkan susu cair dan kacau sehinggga mendidih.
Setelah mendidih, tutup api. Masukkan buah buahan koktel dan kacau rata. Nota: jika suka, boleh juga dimasukkan sedikit air buah buahan koktel untuk rasa manis dan masam buah.
Tuang ke dalam bekas atau loyang yang disukai. Biarkan sehingga hampir mengeras, baru dipindahkan ke dalam peti ais.
Setelah keras dan sejuk, boleh dipotong dan hidangkan. Nota: agar agar lebih sedap dimakan ketika sejuk sejuk.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziekitchen.com/2020/06/agar-agar-buah-buahan-koktel.html