Nak Tenaga Extra Joymix Awake Serbuk Ekstrak Buah Anggur Semula Jadi
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Walaupun Maha kerja buat masa ni hanya dari rumah tapi tetap aktif bergerak dan juga melalukan kerja rumah macam seorang suri rumah. Lepas sahaja buat kerja pastu memasak, mengemas dan juga membasuh kadang-kadang penat dan rasa macam tak cukup tenaga. Itu lah yang dihadapi oleh golongan ibu-ibu dan juga bapa-bapa yang bekerja tak kira dirumah mahupun kat luar
Belum lagi mereka yang bekerja 24 jam seperti frontliner macam doktor, jururawat, polis, bomba dan ramai lagi. Semua tu memang memerlukan tenaga tambahan agar mereka dapat mengekalkan kecergasan dalam tempoh bertugas. Korang yang aktif bersuka seperti menyertai marathon, berbasikal, main gym juga perlukan sumber bekalan tenaga semulajadi bukan ambil daripada ubat atau bahan terlarang.
Sebab tu sekarang ni Maha tengah mengamalkan satu produk serbuk untuk tambah tenaga. Produk yang Maha maksudkan tu adalah JoyMix Awake. Ia bukanlah produk ubatan ia adalah serbuk semula jadi yang dibungkus dengan kebaikan buah anggur. Ia mengandungi ekstrak daripada kulit, isi dan biji anggur. Ramai tahu yang buah anggur memang banyak khasiat sebab tu kita digalakkan mengambil buahan ini.
Anggur adalah buah penuh khasiat yang kaya dengan Vitamin C dan antioksidan. Ini meningkatkan imuniti, mengurangkan radikal bebas, dan membuat korang tetap cergas dan sihat. Setiap serbuk JoyMix Awake rasanya segar dan menyegarkan. Maha firstime ambil produk ni memang akan rasa sedikit masam dan tajam menyengat kulit anggur tapi bila dah amalkan setiap hari dah mula biasa
Kebaikan JoyMix Awake
Mengekalkan Tahap Aktif - JoyMix Awake adalah serbuk tenaga semula jadi yang membuat korang sentiasa cergas sehingga 5 jam. Ia secara sementara dapat menghalang hormon Adenosine agar berinteraksi dan tidak tidur di dalam badan, menjadikan korang aktif dan bertenaga dalam tempoh tersebut
Meningkatkan Aliran Darah - JoyMix Awake meningkatkan aliran darah dengan melebarkan saluran darah. Ia berpotensi meningkatkan pengangkutan nutrien dan oksigen oleh darah
Bebas dari Kafein - JoyMix Awake bebas dari kafein. Ia tidak meningkatkan kadar pengepaman jantung manusia, tidak seperti kopi atau minuman tenaga yang mengandungi kafein. Mengonsumsi kafein dalam jumlah yang tinggi dapat mengurangkan kadar aliran darah. Ia boleh menyebabkan komplikasi yang berkaitan dengan kesihatan dalam jangka masa panjang. Disebabkan ia bebas kafein, JoyMix Awake lebih selamat dan lebih sihat daripada kopi atau minuman tenaga berkafein
Tanpa Gula Tambahan - Tidak mengandungi gula tambahan dan dapat diamalkan dengan selamat oleh orang-orang yang bersukan, peka terhadap kesihatan, atau menjalani diet ketat
Kaya dengan Vitamin C - Setiap hidangan JoyMix Awake mempunyai 200mg Vitamin C. Ia lebih daripada jumlah harian yang disyorkan untuk orang dewasa (90mg) dan wanita yang menyusui (120g). JoyMix Awake meningkatkan imuniti anda dan menjadikan anda sihat
Bagaimana Mengambil JoyMix Awake
Maha amalkan produk ni sebab bukan nak kurus tau tapi nak tenaga kerana kerja yang banyak. Satu kotak ni ada 30 sachet yang boleh diambil satu bungkus sehari. Sachet pun tak besar hanya saiz kecil 3gram dan senang dibawa dalam beg atau pun dalam kocek juga senang diminum
Cara pengambilan JoyMix Awake:
1) Potong atau koyakkan satu sachet JoyMix Awake.
2) Sedut atau tuang perlahan JoyMix Awake terus dari sachet ke dalam mulut dan membiarkannya mencair atau korang boleh kemam perlahan-lahan.
Dah siap senang sangat nak ambil tidak perlu nak bancuh dalam air suam atau panas. Jadi bila-bila masa dan tempat korang boleh ambil serbuk ini. Kalau Maha setiap pagi lepas bangun dan sarapan tu sebelum mula kerja akan ambil satu sachet untuk terus kekal tenaga. Rasa sedap anggur tak ada rasa ubat pun memang sesuai untuk semua golongan dewasa. Kalau korang nak cuba dan rasai kelainan produk ni boleh beli online kat https://www.joypremix.com/products/awake hanya RM70 untuk satu kotak tu. Selamat mencuba semua
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2020/06/nak-tenaga-extra-joymix-awake-serbuk-ekstrak-buah-anggur.html