Dari Mana Durian Musang King Dapat Nama Cara Nak Kenal Buah Betul


Siapa ‘hantu’ durian di sini?
Jika anda seorang peminat tegar raja buah itu, anda tentu sangat meminati durian jenis yang paling tinggi tarafnya dalam keluarga buah durian, iaitu Musang King.
Rasa manisnya tiada tandingan, isinya yang banyak, warna kuning keemasan yang sangat menggoda serta baunya yang cukup ‘padu’, segalanya ada pada sebiji Musang King itu.
Penulis juga amat menggemari buah durian, semua jenis durian akan ‘disebat’ tanpa mengira jenis.
Tapi kalau dapat Musang King, cukuplah rasa enaknya boleh menepis segala kenikmatan durian-durian yang lain.
Namun, tahukah anda, di sebalik kemegahan namanya bertaraf ‘king’ itu serta harganya yang jauh lebih mahal, ada sejarah dahulu kala yang mungkin anda sendiri tidak pernah mengetahuinya.
Halaman Facebook Durian Monthong Tani pernah berkongsi tentang sejarah asal-usul kenapa ia dinamakan sebagai Musang King.
Mari baca perkongsian berikut.
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Google) Sejarah Durian D197 – Musang King Durian Musang King atau nama asalnya Raja Kunyit berasal dari Kelantan, Malaysia.
Pohon induk asalnya tumbuh di Pulau Raya, sebuah pulau ditengah tengah Sungai Kelantan berdekatan dengan Pekan Tanah Merah.
Mengikut Chung Ting Bun dari Pulau Raya, pohon durian Raja Kunyit ditanam oleh moyangnya sekitar tahun 1800.
Moyang Chung Ting Bun ialah Chung Chun Seng yang berhijrah dari Selatan Cina ke Pulau Raya pada tahun 1790.
 
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Google) Pohon induk Raja Kunyit hidup di Pulau Raya sehingga mati dipanah petir pada tahun 1974.
Sebelum mati dipanah petir seorang peladang, Wee Chong Beng, sempat mengambil dan membiak mata tunas Raja Kunyit.
Wee Chong Beng mula menanam Raja Kunyit seluas 2 hektar pada tahun 1970.
Pada mulanya, selepas mengeluarkan hasil, Raja Kunyit hanya di pasarkan oleh Wee Chong Beng disekitar Tanah Merah dan Kota Bharu, Kelantan.
Kebanyakan pembeli durian Raja Kunyit ialah kaum cina kerana rasanya yang begitu pahit.
Pada tahun 80an durian Raja Kunyit mula ditanam oleh pekebun durian di Pahang dan Gua Musang.
Sementara itu Wee Chong Beng telah berusaha untuk mendaftarkan Raja Kunyit dengan Jabatan Pertanian Malaysia.
Sumber: Google Hanya selepas hampir 20 tahun, baru durian Raja Kunyit dapat didaftarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia sebagai D197 pada tahun 1993.
Setelah kebun di Pahang dan Gua Musang mengeluarkan hasil, durian Raja Kunyit mula dipasarkan di Kuala Lumpur dan bandar bandar utama Malaysia.
Pekebun pekebun dari Gua Musang telah menukar nama dan mempromosikan durian Raja Kunyit sebagai ” Musang King”.
Dengan nama baru ini dan dengan peningkatan hasil dan kualiti buah, akhirnya durian Musang King atau Raja Kunyit menjadi begitu popular di rantau ini termasuk Singapore, Hong Kong, Brunei, China dan Indonesia.
Difahamkan, antara kaedah nak kenal jenis Musang King adalah kewujudan ‘tapak Sulaiman’ di permukaan luar buah tersebut. Sumber: Google Cara Nak Kenal Musang King Memetik perkongsian di Mytaniaga, terdapat empat ciri-ciri asas yang boleh kita perhatikan dalam mengenal pasti apakah benar durian tersebut adalah daripada jenis Musang King, iaitu:
Durinya yang berbentuk piramid yang bersegi Mempunyai batang induk (mahkota) yang tidak berduri dan agak botak serta berwarna coklat Kelihatan seakan tapak Sulaiman (lima ke enam bucu) di pangkal buah Bentuk buahnya bujur seakan bola ragbi dan ada juga yang berbentuk seakan buah pinggang Sumber: Durian Monthong Tani, Mytaniaga
The post Dari Mana Durian Musang King Dapat Nama & Cara Nak Kenal Buah Betul appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/06/09/dari-mana-durian-musang-king-dapat-nama-cara-nak-kenal-buah-betul/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Susu Time Tapi Macam Mana Cara Nak Bangunkan Bayi Untuk Menyusu Cuba Cara Ni

Susu Time Tapi Macam Mana Cara Nak Bangunkan Bayi Untuk Menyusu Cuba Cara Ni

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 361 hits
Eh dah pukul 1 petang sudah waktu penyusuan tetapi si comel masih tidur Hmmm perlu ke bangunkan bayi untuk menyusu atau tunggu sehingga dia bangun sendiri sahaja Waktu penyusuan Bayi yang baru lahir perlu menyusu setiap 2 hingga 3 jam tetap...
Cara Kenal Jenis Jenis Buah Mangga Yang Popular Dan Laris Di Malaysia

Cara Kenal Jenis Jenis Buah Mangga Yang Popular Dan Laris Di Malaysia

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 2147 hits
Jenis Mangga yang Popular Jika kita menyebut Murr Mangifera Indica L kepada sesiapa sahaja pasti terlopong dan terkesima tanpa faedah orang tersebut Cara Kenal Jenis Buah Mangga PopularAkan tetapi apabila mengungkapkan perkataan buah mangga...
Kena Tipu Penjual Durian Musang King Gred C Tapi Dijual Harga Gred A Ini Tipsnya

Kena Tipu Penjual Durian Musang King Gred C Tapi Dijual Harga Gred A Ini Tipsnya

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 1359 hits
Musim durian kembali lagi pada tahun 2020 muncul pada waktu yang sesuai selepas virus convid19 berjaya di atasi penularannya Namun virus ditipu oleh penjual durian lebih teruk berbanding virus Corona disebabkkan pembeli yang tidak minat men...
4 Ciri Khas Durian Musang King Yang Tersohor

4 Ciri Khas Durian Musang King Yang Tersohor

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 1081 hits
Durian kini menjadi rebutan dan pilihan pengguna baik didalam negara mahupun di luar negara Bagi penggemar durian yg bercadang utk merasai keenakan durian musang king ini pastikan anda mengenali ciri cirinya terlebih dahulu
Tiga Cara Mudah Kenal Pasti Durian Masak Atau Tidak Jangan Sampai Kena Tipu Dengan Penjual

Tiga Cara Mudah Kenal Pasti Durian Masak Atau Tidak Jangan Sampai Kena Tipu Dengan Penjual

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 741 hits
Durian raja buah disukai lapisan masyarakat tak kira Melayu Cina India Iban mahu pun pelancong asing Musimnya umpama pesta perang harga di antara penjual kita jangan tahu makan je ilmu memilih durian kena ada kalau tak kena ketuk la dengan ...
Jangan Buang Merata Rata Ini 4 Cara Yang Betul Nak Lupuskan Face Mask

Jangan Buang Merata Rata Ini 4 Cara Yang Betul Nak Lupuskan Face Mask

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 532 hits
Memakai penutup hidung dan mulut atau Face Mask ketika ini sudah menjadi norma baharu dalam kehidupan seharian kita sejak penularan wabak pandemik Covid 19 Ramai petugas kesihatan Kementerian Kesihantan Malaysia dan pengamal perubatan menga...
Belajarlah Sesuatu Dari Durian Musang King

Belajarlah Sesuatu Dari Durian Musang King

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 1129 hits
Kenapa durian Musang King sangat mahal dan kenapa ia dinamakan King Ada yang mengatakan ia adalah raja segala rasa durian Tak percaya cubalah dulu seulas lepas tu baru anda tahu betapa tingginya langit Gambar hiasan Durian nombor dua terbai...
Video U Turn Sini U Turn Sana Nak Pergi Ke Mana Harga Minyak Bagaimana

Video U Turn Sini U Turn Sana Nak Pergi Ke Mana Harga Minyak Bagaimana

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 321 hits
Mekanisme itu kemudian diganti dengan mekanisme harga tetap RM2 20 seliter bagi RON95 dan RM2 18 seliter bagi diesel bermula 7 Jun 2018 Di bawah mekanisme ini kerajaan memberi subsidi untuk mengekalkan harga itu kepada pengguna Ini bermaksu...
Dekat Mana Nak Cetak Atas Botol

Dekat Mana Nak Cetak Atas Botol

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 658 hits
Assalamualaikum Salam sejahtera Pernah dengar Silkscreen printing Pernah biasanya dekat kilang buat baju kan okey processnya hampir sama Apa itu silkscreen Bahasa mudahnya adalah cetakan pada produk material menggunakan silk sebagai medium ...
Lirik Lagu Terapi Percuma Aepul Roza Sharul Kamal

Designing Easy Websites And Apps

Malaysiakini S Sabah Expos Ronald Asks If Govt Members Have Different Rules

Euro Dibawah Tekanan

Petronas Iktiraf Petros Sebagai Agregator Gas Sarawak Tidak Termasuk Ln

One Way To Get To Know The Locals In Britain Stay In A Pub

Aktiviti Perbincangan Ppim Bersama Pkns Ppim 05 02 2025

10 Kereta Elektrik Terbaik Tahun 2025


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Kids Diy Pizza Pulai Spring Resort

Time For A Harmony Committee To Deal With Racial Religious Issues

Zakir Had Perlis Mufti S Permission To Give Ceramah

Malaysia Health Ministry Orders Supplier To Replace Substandard Fabric Likened To Shrouds For Nurse Uniforms

Loji Solar Danau Tok Uban

Kari Ikan Sedap Kebabom