Agak Agaklah Tuan Ibrahim Kalau Ia Pun Masih Nak Pertahankan Sanusi




Sementara Hadi Awang masih berdiam diri, manakala Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin menegur Sanusi Mohd Nor agar menjaga mulut ketika berucap di pentas politik, Timbalan Presiden parti itu, Tuan Ibrahim Tuan Man sebaliknya tampil mempertahankan kelakuan Menteri Besar Kedah yang dilihat memperlekehkan Sultan Selangor.


Selain mengatakan ucapan Sanusi telah diputar belit media, beliau juga seakan setuju dengan kata-kata Pengarah Pilihanraya PN itu yang menyentuh isu perlantikan Menteri Besar oleh Sultan Selangor.


“Kita lihat serangan khusus soal peribadi yang berlaku dalam ucapan Menteri Besar Kedah… Soal pelantikan Menteri Besar bukan nak hina Raja-Raja, Sultan Selangor atau negeri-negeri lain.


“Tidak timbul pun.. ini soal percaturan politik bukan melibatkan pihak istana tetapi cuba dikaitkan dengan istana. Berita itu ‘dispin’ (putar belit),” katanya.


Tuan Ibrahim juga berkata, serangan bertali arus dilakukan terhadap Sanusi adalah berikutan Menteri Besar Kedah itu seorang yang hebat dari segi kepimpinannya mentadbir negeri.


Disebabkan itu, dakwa beliau, Pakatan Harapan (PH) memberi tumpuan yang lebih kepada negeri Jelapang Padi itu dan tidak menumpukan kempen mereka di negeri lain seperti Kelantan atau Terengganu yang turut berlangsung PRN.


“Serangan dilihat bertali arus terhadap Sanusi ini, siang malam (Sanusi) seorang saja kena serang.


“Seolah pilihan raya ini Sanusi seorang. Pasal apa? soalnya.


Kepada Tuan Ibrahim, adalah tidak benar ucapan Sanusi yang didakwa memperlekehkan Sultan Selangor itu adalah hasil cetusan putar belit media.


Kalau didengar, memang ucapan Sanusi bermaksud demikian, walaupun nama Sultan Selangor tidak disebut dalam ucapannya.


Kalau dia mempertikaikan Menteri Besar Selangor iaitu Amirudin Shari yang dilantik ke jawatan itu adalah seorang yang “cokia”, bukankah ia dengan mudah difahami sebagai mempertikaikan kebijaksanaan Sultan Selangor dalam membuat perlantikan?


Tambahan lagi, dalam ucapannya itu, Sanusi jelas membandingkan dengan Sultan Kedah yang didakwanya hanya melantik pemimpin hebat seperti dirinya sebagai Menteri Besar.


Siapa pun yang mendengar ucapan Sanusi itu, tidak dapat disanggah lagi ia adalah perlekehan yang terang lagi nyata terhadap Sultan Selangor.


Oleh yang demikian, tidak perlu, bahkan memalukan saja bagi Tuan Ibrahim sebagai pemimpin nombor dua sebuah parti Islam jika tidak dapat memahami maksud ucapan Sanusi itu.


Budak sekolah pun rasanya tidak ada masalah untuk memahaminya?


Selain itu, hujah pembelaan Tuan Ibrahim bahawa isu yang disentuh Sanusi hanya berkaitan perkiraan politik semata-mata dan tidak terkait dengan Istana adalah juga tidak benar, tidak tepat serta menyeleweng daripada fakta.


Harus beliau tahu dan sedar, soal perlantikan Menteri Besar adalah merupakan hak, budi bicara serta atas kebijaksanaan Sultan atau Raja di sesebuah negeri itu dan ia telah lama termaktub dalam perlembagaan.


Tidakkah dengan mempertikaikan mengapa seseorang yang “cokia” dilantik sebagai Menteri Besar, ia bermakna memperlekehkan kuasa yang melantik itu?


Lebih-lebih lagi jika dibanding-bandingkan dengan Sultan negeri yang lain.


Buat Tuan Ibrahim, agak-agaklah kalau ia pun masih nak mempertahankan Sanusi yang celupar dan biadap itu? – ShahbudinHusin 16/07/2023.


https://shahbudindotcom.net/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/07/agak-agaklah-tuan-ibrahim-kalau-ia-pun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biasalah Politik Tentulah Tuan Ibrahim Kena Pertahan Sanusi

Biasalah Politik Tentulah Tuan Ibrahim Kena Pertahan Sanusi

papar berkaitan - pada 16/7/2023 - jumlah : 271 hits
Tuan Ibrahim pertahan Sanusi Ini soal percaturan politik tak berkaitan istana Shakira BuangTuan Ibrahim Tuan Man tampil mempertahankan menteri besar sementara Kedah Sanusi Md Nor selepas pemimpin PAS itu dikritik dan dilapor kepada pihak be...
Sanusi Kalau Nak Tangkap Saya Tak Mau Pi

Sanusi Kalau Nak Tangkap Saya Tak Mau Pi

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 153 hits
MalaysiakiniMenteri besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md Nor hari ini mengakui dia telah diminta oleh Bukit Aman untuk hadir ke balai polis namun mengelak daripada ditangkap Dia juga mendakwa sedar telah wujud komplot tertentu untuk men...
Terkini Jawapan Sanusi Di Mahkamah Masih Dengan Sombong Keangkuhannya

Terkini Jawapan Sanusi Di Mahkamah Masih Dengan Sombong Keangkuhannya

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 131 hits
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang di Kuala Lumpur atas satu pertuduhan mengeluarkan kata kata menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dalam satu ceramah politik minggu lalu S...
Jawab Lah Macamana Pun Tapi Surat Ni Nak Jawab Lagu Mana Pulak Sanusi

Jawab Lah Macamana Pun Tapi Surat Ni Nak Jawab Lagu Mana Pulak Sanusi

papar berkaitan - pada 17/7/2023 - jumlah : 267 hits
PH MALAYSIA GROUPTERBONGKAR Dokuman surat mohon pas lawatan istimewa untuk import tenaga kerja dari China untuk urusan REE Sidang Media KP PTG Kedah tak jawab isu yang dibangkitkan dia cuma guna candu agama untuk memukau pendengar Persoalan...
Apakah Persamaan Kes Sanusi Dengan Kes Anwar Ibrahim Yang Dulu

Apakah Persamaan Kes Sanusi Dengan Kes Anwar Ibrahim Yang Dulu

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 274 hits
Pendakwaan Sanusi kepada pilihanraya negeri nanti mungkin mempunyai kesan yang berbeza beza bergantung kepada persepsi dan reaksi pengundiMenurut Sanusi sendiri pendakwaan itu adalah bertujuan untuk menjejaskan peluang beliau dalam PRN kela...
Tiktok Dipadam Sanusi Dakwa M Sia Nak Jadi Korea Utara

Tiktok Dipadam Sanusi Dakwa M Sia Nak Jadi Korea Utara

papar berkaitan - pada 16/7/2023 - jumlah : 169 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jul 16 2023Selepas akaun TikTok miliknya dipadam Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa Malaysia sedang bergerak menjadi seperti negara Korea Utara di bawah pemerintahan Pakatan Harapan Menurutnya ia...
Apa Barang Sanusi Puuihhh Penakut Nak Mampoih Cilaka Betoi Penakut Rupanya

Apa Barang Sanusi Puuihhh Penakut Nak Mampoih Cilaka Betoi Penakut Rupanya

papar berkaitan - pada 15/7/2023 - jumlah : 275 hits
Sanusi minta ampun daripada Sultan Selangor Tau dia menggelupur Inilah akibat bila lidah bergerak tanpa dipandu oleh otak dan iman Tuan Sultan boleh ampunkan Tapi aku harap pihak berkuasa jangan hentikan siasatan Manusia begini mesti diberi...
Tuan Ibrahim Senarai Tular Calon Pas Kelantan Palsu

Tuan Ibrahim Senarai Tular Calon Pas Kelantan Palsu

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 363 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan senarai nama calon parti itu bagi PRN Kelantan yang tular di media sosial sejak semalam palsu Apa yang saya boleh katakan senarai berkenaan tidak betul sama ...
Mukhriz Hauls Anwar Irb To Court Over Rm5m Tax Assessment

Pkr Coalition Partners Should Challenge Anwar Over Najib

As Jan 6 Najib Rally Heats Up Istana Negara Issues Reminder For All To Respect Federal Constitution Law

Inventory And Supply Chain Matters

Benefits Of Crab Soup As High Fever Antidote

Hafiz Suip Biodata Kerjaya Keluarga Kes Penceraian

Enam Cara Untuk Mencegah Ketagihan Vape Dan Dadah Dikalangan Murid Sekolah

Free Parking In Penang Until App Outage Is Fixed Says State Govt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro

Siapa Boleh Jawab Ayam atau Telur Yang Mana Wujud Dahulu

5 Perkara Buruk Yang Normal Dalam Politik Malaysia


Cara Membuat Origami Ddakji Permainan Tradisional Membalikkan Kad Ala Korea

Hmpv Situasi Terkini Tanda Gejala Pencegahan Rawatan

Jetblue Fined 2 Million For Chronic Delays

Kenyataan Media Umno Pas Gagal Tipu Umno

Susulan Titah Agong Kpn Bagi Amaran Jangan Sertai Sebarang Perhimpunan

Tiket Group Vs Fit Mana Satu Pilihan Terbaik Untuk Perjalanan Anda