Tiktok Dipadam Sanusi Dakwa M Sia Nak Jadi Korea Utara


malaysiakini.com
Diterbitkan: Jul 16, 2023
Selepas akaun TikTok miliknya dipadam, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa Malaysia sedang bergerak menjadi seperti negara Korea Utara di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH)

Menurutnya, ia akan menyebabkan pihaknya sukar untuk menjawab mengenai isu-isu semasa dan serangan dilemparkan pihak lawan Perikatan Nasional (PN).

“Selepas daripada ini akan datang kepada tuan-tuan berita-berita yang sangat mengerikan, sangat menakutkan. Hari ini saja saya kena ‘tembak’ lima kali.

“Macam-macam kes, kes banglo, kes itu kes ini, malam ini kes REE (nadir bumi) pula. Semua itu ada jawapan, tapi depa (mereka) padam TikTok saya.

“Buka TikTok tengok dah tak ada. Kita baru tengah popular kan, tapi itulah medan kita nak jawab habislah. Kita tak boleh masuk televisyen depa tak bagi, tak boleh masuk radio.

“Kita pakai TikTok dengan Facebook saja. Facebook budak-budak tak tengok dah sekarang mereka kata itu untuk orang tua,” katanya dalam satu rakaman video dimuat naik Twitter HakarahDaily, hari ini.

Dia memaklumkan perkara itu melalui hantaran ringkas di Facebook, malam tadi.

“Darai dah barai,” katanya ringkas disusuli tangkap layar yang akaun TikTok berkenaan.

Perkataan ‘darai’ digunakan Sanusi itu merupakan slanga atau dialek Kedah membawa maksud ‘seorang lelaki berperawakan atau berpakaian seperti wanita’, manakala ‘barai’ difahamkan membawa maksud ‘musnah atau hancur lebur’.
Semakan Malaysiakini mendapati akaun TikTok milik Sanusi masih ada namun segala hantaran yang dibuat sebelum-sebelum ini sudah tidak dapat diakses.

Sanusi antara lain turut berkata, pihak kerajaan takut terhadap kebebasan media.

“Takutnya mereka kepada media yang bebas, mereka padam habis, 5.2 juta (kesukaan) dah koman-koman pun, pengikut pun berjuta juga.

“Nak buat (akaun) lain nak cari seorang-seorang (pengikut) payah juga kan? Lambat. Itulah zaman pemerintahan PH ini, negara Malaysia sedang bergerak menjadi Korea Utara.

“Korea Utara ini negara komunis, dia sekat semua media tak bagi rakyat tahu apa-apa, dengar dan patuh saja,” ujarnya.

Terdahulu Sanusi terpalit dengan dakwaan menghina Sultan Selangor yang dilihat membandingkan pelantikan menteri besar di Kedah - merujuk kepada dirinya sendiri - dengan Selangor dan mengaitkan proses itu dengan pihak istana kedua-dua negeri.

Dalam ucapan sama, timbalan pesuruhjaya PAS Kedah itu juga melabel menteri besar sementara Selangor Amirudin Shari sebagai ahli politik cokia.

Ia mengundang protes pelbagai pihak. Media melaporkan lebih 30 laporan polis dibuat ke atas Sanusi.

Selain itu Ahli Dewan Diraja Selangor pula merujuk Pengarah Pilihan Raya PAS dan PN itu kepada polis.

Dalam aduannya, ahli Dewan Diraja Selangor Mohamad Adzib Mohd Isa menganggap kenyataan dibuat Sanusi beberapa hari lalu sebagai sangat tidak bertanggungjawab.

Ia juga katanya boleh mencetuskan keresahan dan kekecohan dalam kalangan masyarakat khususnya di Selangor sekali gus meminta supaya pihak berkuasa menyekat media sosial milik Sanusi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/07/tiktok-dipadam-sanusi-dakwa-msia-nak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sanusi Mohon Ampun Pada Sultan Selangor Dakwa Ucapan Diputarbelit

Sanusi Mohon Ampun Pada Sultan Selangor Dakwa Ucapan Diputarbelit

papar berkaitan - pada 15/7/2023 - jumlah : 277 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jul 15 2023 9 30 AMMenteri Besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md Nor memohon ampun dan maaf kepada Sultan Selangor berhubung kenyataannya baru baru ini yang didakwa menghina baginda Pemimpin PAS itu bagaimanap...
Sanusi Kalau Nak Tangkap Saya Tak Mau Pi

Sanusi Kalau Nak Tangkap Saya Tak Mau Pi

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 200 hits
MalaysiakiniMenteri besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md Nor hari ini mengakui dia telah diminta oleh Bukit Aman untuk hadir ke balai polis namun mengelak daripada ditangkap Dia juga mendakwa sedar telah wujud komplot tertentu untuk men...
Dakwa Kpn Menipu Pemimpin Keadilan Cabar Sanusi Buat Laporan Polis

Dakwa Kpn Menipu Pemimpin Keadilan Cabar Sanusi Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 199 hits
Oleh Abdullah ZaidMenteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi dicabar untuk membuat laporan polis berhubung dirinya yang tidak menerima sebarang makluman berkenaan penahanan berkaitan pendakwaan kes menghina Sultan Selangor di Mahkamah S...
Mereka Mahu Bunuh Saya Sanusi Dakwa Ucapan Diputar Belit

Mereka Mahu Bunuh Saya Sanusi Dakwa Ucapan Diputar Belit

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 518 hits
Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor mendakwa ucapannya dalam ceramah di Selayang Selasa lalu diputar belit pihak tertentu untuk mendapatkan laba politik PETALING JAYA Sanusi Md Nor mendakwa ucapannya diputar belit dan digunakan pihak tertentu...
Mamat Ni Dakwa Sanusi Bohong

Mamat Ni Dakwa Sanusi Bohong

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 288 hits
Kepada hang sanusi bodoh aku nak beri tahu sikit dkt hang sikit aku juga pernah juga kerja sebagai diver Dan pernah menjadi konterkter ambik job menyelam di dalam air atau di laut tapi aku tak mampu nak buat Rumah yang semewah itu kadang2 a...
Maryam Tekad Nak Besarkan Anak Ikut Adat Melayu Kalau Budaya Korea Cukuplah Dia Tahu Sejarah

Maryam Tekad Nak Besarkan Anak Ikut Adat Melayu Kalau Budaya Korea Cukuplah Dia Tahu Sejarah

papar berkaitan - pada 9/7/2023 - jumlah : 275 hits
Pempengaruh media sosial Maryam Younare memaklumkan dia ingin membesarkan anaknya Rina mengikut adat dan budaya bangsa Melayu Walaupun berasal dari Korea Selatan Maryam berkata cukuplah anaknya mengetahui tentang serba sedikit tentang sejar...
Nak Badan Ideal Seperti Artis Korea Ikuti Tips Mudah 6 Selebriti Popular Ini

Nak Badan Ideal Seperti Artis Korea Ikuti Tips Mudah 6 Selebriti Popular Ini

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 273 hits
Selebriti Korea sentiasa kelihatan cantik sepanjang masa tetapi sebenarnya mereka banyak berkorban dan bekerja keras untuk mengekalkan penampilan cantik itu Apabila ia berkaitan dengan penurunan berat badan tiada jalan pintas untuknya ARTIK...
Isu Kecurian Nadir Bumi Di Sik Saifudin Dakwa Sanusi Terima Surat Kompaun Rm500 000

Isu Kecurian Nadir Bumi Di Sik Saifudin Dakwa Sanusi Terima Surat Kompaun Rm500 000

papar berkaitan - pada 17/7/2023 - jumlah : 295 hits
GURUN Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini meminta penjelasan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sama ada Menteri Besar Kedah itu telah menerima surat kompaun berjumlah RM500 000 berhubung dakwaan berlaku kecuri...
Sinar Pn Selangor Kini Malap Angkara Sanusi Dakwa Bekas Adun Bersatu

Sinar Pn Selangor Kini Malap Angkara Sanusi Dakwa Bekas Adun Bersatu

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 212 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang bekas Adun Bersatu Selangor mengakui ucapan melampau segelintir pemimpin Perikatan Nasional di pentas ceramah telah menyukarkan usaha gabungan itu menarik undi atas pagar Pemimpin enggan dinamakan itu berk...
Outpouring Of Tributes For Sumo Salad Founder Jane Lee Amid Mom S Inquiry Into Alleged Fake Injury Claim

Budak Kilat

Itinerary Kami Perth Day 1 Caversham Swan Valley Dfo Belmont Hotel

Perth Day 2 Perth Cbd London Court Kmart Chemist Warehouse Hay St Mall Woolworths Dengan Bas

Selamat Datang Victor Einar Gy Keres Ke Arsenal Fc

Sambal Tempoyak Masak Atau Kokek Tempoyak

What Unity Govt When Dap Always Attacking Us Says Gps Man

Waspada Taktik Penipuan Yang Menjana Video Ai Dengan Menggunakan Wajah Kdymm Spb Yang Di Pertuan Agong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bagaimana Syarikat Design Printing Membantu Branding Produk Anda

User Generated Content For Marketing

Roti Pandan

From Research To Reality Encouraging Innovation For Sustainability At Qassim University

15 September Hari Kelepasan Am Tambahan L 23 Julai 2025 Sinar Harian

Join The Movement Global Initiative Launches For World Brain Day 2025