Ag Terlebih Biadab Reezal Merican


Saya mengambil masa yang agak lama untuk melihat dan mendengar hujah baru pihak kerajaan dalam mempertahan pandangan keperluan meratifikasi Statut Rom. Kekhuatiran saya secara peribadi, jika isu ini mahu "diperinci" semula pihak kerajaan, ia seakan menyanggah langsung keputusan Duli Tuanku Majlis Raja-Raja sebelum ini.

Nyata, kerajaan kelihatan amat bersungguh untuk mempengaruhi pandangan awam untuk menerima semula ratifikasi Statut Rom seperti yang dirancang sebelum ini. Kehadiran Peguam Negara, watak penting dan amat signifikan kepada usaha meratifikasi Statut Rom dalam beberapa siri penerangan memberikan bayangan bahawa usaha ini akan kembali di atas landasan dasar kerajaan.

Sewajarnyalah, kabinet mengarahkan polemik yang berkaitan Statut Rom ini dihentikan serta merta. Bilamana ia diteruskan, kita akan mendengar sindiran pedas dan pahit kepada institusi Raja Berperlembagaan. Kecualilah, memang niat sebenar pihak tertentu mahukan institusi Raja dihina dan disindir semahunya.


Sepertimana isu ekonomi, jalan pintas yang paling digemari adalah menyalahkan kerajaan lama. "Usaha ratifikasi ini sudah bermula di zaman BN", kata mereka. Soalnya, apakah BN yang mengelirukan para Duli Tuanku? Apakah BN yang hanya melaksana "sembah maklum" tanpa menyantuni pandangan Duli Tuanku?

Peguam Negara tidak seharusnya menggunakan forum terbuka untuk menyerang keputusan konsensus Majlis Raja-Raja. Tommy Thomas tidak sewajarnya menggunakan nada sinis dan bercakap tentang hilangnya kekebalan Raja-Raja. Bukan itu isu pokoknya.


Saya beranggapan, Peguam Negara terlebih biadab, penuh helah dan menghampiri garis derhaka. Peguam Negara tidak sewajarnya tampil mempertahan "kelemahan" diri sendiri dalam mengemukakan hujah serong. Duli Tuanku sudah bertitah. Keputusan konsensus Majlis Raja-Raja muktamad. Siapa Peguam Negara ingin membangkitkan isu ini semula?

Hak keistimewaan Agong

Saya ingin mengulas sedikit, bahawa kenyataan Peguam Negara berkenaan kuasa isytihar perang misalnya adalah amat serong dan terkhilaf. Daripada segi teknikal undang-undang berdasarkan kepada Perkara 39, 74, 80 dan butiran 2(e) Jadual Kesembilan yang jelas memberikan kuasa kepada parlimen untuk mengisytiharkan peperangan.

Berdasarkan kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Utama bagi Persekutuan [Fasal (1) Perkara 32(1)], juga mempunyai kuasa mempunyai kuasa eksekutif Persekutuan [Perkara 39], merupakan pemerintah tertinggi angkatan tentera [Perkara 41] dan adalah salah satu daripada tiga tonggak utama yang membentuk Parlimen Malaysia [Perkara 44].


Bersendikan kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan itu tadi, amat mudah difahami, perkara 32, 39, 74, dan 44 jelas menunjukkan bahawa YDPA merupakan antara individu yang memainkan peranan dan mempunyai kaitan langsung dengan proses membuat keputusan/undang-undang tersebut dan memberikan untuk melaksanakan keputusan/undang-undang tersebut dalam kapasiti sebagai ketua negara, parlimen dan kuasa eksekutif.

Oleh yang demikian, Yang di-Pertuan Agong bukan sekadar simbol di dalam Perlembagaan Persekutuan malahan dilihat sebagai entiti yang mempunyai peranan yang sangat jelas dalam pentadbiran dan urusan undang-undang negara. Oleh itu, hujah bahawa hak dan keistimewaan Yang di-Pertuan Agong tidak terkesan sama sekali dengan penyertaan Statut Rom adalah amat longgar Dan tidak tepat.

Pemahaman AG terlalu liberal

Kalaupun mahu mempertahan hujah, Tommy Thomas perlu menggunakan fakta yang lebih padu dan ampuh. Jangan menyalahkan "fake news", jika AG sendiri mempunyai pemahaman perlembagaan yang longgar dan terlalu liberal. Kerajaan dan kabinet bertanggungjawab untuk meletakkan titik noktah kepada kekeliruan yang kian berlanjutan ini.

Wujud pandangan pihak tertentu bahawa, bukan setakat Statut Rom yang mahu digembar-gembur; ada niat lebih besar kepada semua ini. Jangan marah dan memberi amaran jika ada suara yang "menentang arus" pendirian kerajaan.

Pandangan umum rakyat terhadap apa yang berlaku mutakhir ini tidak wajar dianggap "pekak" dan "tuli". Pandangan Mufti juga tidak layak disindir perli sebagai "pekak". Yang sebenarnya pekak adalah mereka yang menganggap diri mereka "baik" dan hebat sepanjang masa. Wujudkah ancaman? Selagi "nilai" mereka; nilai "liberal" keluarga mereka; nilai "harta" kroni dan cukong yang menjaga kepentingan mereka terpelihara; maka tiadalah ancaman apa pun jua.


Yang nyata, seorang Peguam Negara yang celupar dan gagal menyantuni pendirian YDP Agong dan Majlis Raja-Raja sudah tidak layak berada di jawatan itu. Berundurlah dari jawatan jika kesetiaan dan kejujuran tidak lagi dapat diberikan kepada Raja-Raja dan Perlembagaan Negara. Tindakan peguam negara yang menyeleweng Perlembagaan mengikut kehendak sendiri semata-mata mahu memusnahkan martabat institusi perundangan negara.

DATUK SERI REEZAL MERICAN NAINA MERICAN ialah anggota Majlis Tertinggi Umno merangkap anggota parlimen Kepala Batas - MalaysiaKini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/05/ag-terlebih-biadab-reezal-merican.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setelah Didesak Dia Mengaku Menghantar Mesej Itu Pemandu Grab Buat Laporan Polis Terhadap Penumpang Biadab

Setelah Didesak Dia Mengaku Menghantar Mesej Itu Pemandu Grab Buat Laporan Polis Terhadap Penumpang Biadab

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 246 hits
Seorang pemandu Grab Car membuat laporan polis terhadap penumpang yang melemparkan kata kata kesat berunsur penghinaan kepada agama dan bangsa atas motif yang tidak diketahui Terdahulu pemandu Grab berkenaan Murshid 37 menerima tempahan dar...
Dah Jodoh Dia Kau Mengelabah Kenapa Netizen Selar Individu Biadab Kutuk Pasangan Pengantin Baharu Ini

Dah Jodoh Dia Kau Mengelabah Kenapa Netizen Selar Individu Biadab Kutuk Pasangan Pengantin Baharu Ini

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 287 hits
Viral di media sosial gambar gambar perkahwinan pasangan pengantin baharu yang mana pengantin lelaki berasal dari Guinea Afrika menarik perhatian netizen nbsp Difahamkan Adama Camara menyambung pengajiannya di Malaysia namun tidak menyangka...
Anning Terus Biadab Imigresen Islam Punca Serangan Di Christchurch

Anning Terus Biadab Imigresen Islam Punca Serangan Di Christchurch

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 281 hits
FRASER ANNING mengumumkan untuk meletakkan ahli Parti Konservatif Kebangsaan bagi kerusi Cook yang dipegang oleh Perdana Menteri Scott Morrison di Dunningham Park Cronulla Sydney Australia Anning Terus Biadab SYDNEY 27 April Selepas dihempu...
Faezah Elai Tidak Kental Komen Biadab Netizen

Faezah Elai Tidak Kental Komen Biadab Netizen

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 391 hits
Pelakon Faezah Elai memilih untuk hidup tanpa simbahan populariti kerana mengakui kehidupan seorang selebriti pada zaman sekarang lebih mencabar berbanding dahulu Apatah lagi dengan kewujudan media sosial yang menghubungkan semua orang dari...
Pas Biadab Kata Anwar Bekas Banduan

Pas Biadab Kata Anwar Bekas Banduan

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 316 hits
KUALA LUMPUR Kenyataan Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana status beliau sebagai bekas banduan adalah biadab dan celuparTimbalan Ketua Pemuda Amanah Faiz Fa...
Berpolitik Dalam Masjid Perbuatan Biadab Tidak Beretika Sultan Johor

Berpolitik Dalam Masjid Perbuatan Biadab Tidak Beretika Sultan Johor

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 303 hits
Sultan Johor bertitah perbuatan Ahli Parlimen Labis Pang Hok Liong yang berucap dalam Masjid Tenang Stesyen Labis pada 10 Mei lalu sebagai baidab tidak beretika dan tidak boleh diterima sama sekali Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah pe...
Biadab Remaja Tarik Kopiah Jatuhkan Motor Warga Emas Buat Netizen Panas

Biadab Remaja Tarik Kopiah Jatuhkan Motor Warga Emas Buat Netizen Panas

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 525 hits
Viral di media sosial video sekumpulan remaja membuli seorang lelaki warga emas di Sijangkang Selangor mengundang kemarahan warga netizen Dalam kejadian itu sekumpulan remaja itu terutamanya remaja berbaju hitam merampas kopiah milik mangsa...
Ini Penyebab Mengapa Diabetes Biasa Menyerang Kaki Terlebih Dahulu

Ini Penyebab Mengapa Diabetes Biasa Menyerang Kaki Terlebih Dahulu

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 217 hits
Diabetes adalah penyakit dalam darah Darah mengitar ke seluruh bagian tubuh kita Otak mata semua bisa ungkap spesialis penyakit dalam dr Bhanu SpPD dalam sebuah konferensi pers
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

The Evolution Of Adult Entertainment

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Cerita Hari Jumaat

Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe

Datuk Beraksi Di Pentas Peragaan Pada Usia 88 Tahun

Pemilik R R Didenda Rm30 000 Jual Petrol Bersubsidi Kepada Rakyat Thailand