Afif Jika Diberi Peluang Saya Sedia Tanding Sebagai Calon Pn


Adun Seberang Jaya Dr Afif Bahardin berkata beliau bersedia untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-15 sebagai calon Perikatan Nasional sekiranya diberikan peluang.
“Kalau diberi peluang, saya bersedia untuk bertanding sebagai calon Perikatan Nasional,” katanya ketika ditemu bual oleh Malaysiakini di Mona by Jibril di Publika, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Afif yang kini merupakan Adun Bersatu berkata demikian ketika ditanya mengenai peluang bertanding dalam PRU15 sebagai calon Bersatu atau beliau melihat dirinya sebagai platform baru yang memperjuangkan idea politik berbilang kaum.
Bekas ketua pemuda PKR yang dipecat parti pada Mei lalu, kini merupakan pengasas dan pengerusi sebuah badan NGO, Pemuda Negara berkata pertubuhan itu diwujudkan untuk memperjuangkan politik pelbagai kaum yang menumpukan kepada isu kepentingan rakyat secara keseluruhan.
Bagaimanapun katanya, penentuan calon PN yang akan bertanding nanti ditentukan oleh kepimpinan.
Tak mahu politik lama orang tua
Menurutnya, bagi pemimpin muda, kepentingan negara perlu diletakkan melebihi kepentingan individu di mana calon yang terbaik perlu menduduki kerusi parlimen di sesuatu tempat itu dan bukannya “politik lama orang tua.”
“Kita tak mahu lagi politik lama orang tua yang masih lagi bercakap soal jawatan, soal itu soal ini – Umno dah lama kita patut bertanding sini, PAS kata kita banyak jentera patut bertanding sini.
“Jangan. Mari kita piih individu yang terbaik untuk mengetuai sesuatu kerusi parlimen itu atau untuk berkhidmat dalam kabinet apa pun kerajaan yang bakal dibentuk.
“Sebab saya rasa itu lebih penting. Rakyat merasakan kami layak mendapatkan ahli politik yang lebih baik dari apa yang kami ada sekarang,” katanya.
Meskipun perkara itu bukan mudah untuk dicapai, tetapi kata Afif rakyat perlu terus mempersoalkan ahli parlimen sedia ada mengenai prestasi dan perkhidmatan mereka.
Tambahnya, ketua pimpinan perlu mempunyai kewajipan untuk menampilkan pemimpin-pemimpin muda yang mampu melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik dan adil.
“Ini tuntutan yang bagi saya perlu ada. Anda mahu nilai saya, nilai prestasi saya.
“Adakah saya akan menawarkan diri? Jika diberi peluang sudah tentu saya akan menawarkan diri saya.
“Sebab saya merasakan begini, bila saya buat Pemuda Negara, saya mahu mengajak seramai mana anak muda yang boleh (menyertainya). Kita nak lebih ramai orang baik duduk dalam politik,” katanya.
Tak tahu dipecat sebab apa
Menyentuh mengenai pemecatannya dalam PKR sebelum ini, Afif yang juga merupakan bekas exco Pulau Pinang berkata beliau tidak pernah sekali pun dipanggil oleh mana-mana mesyuarat atau lembaga disiplin untuk menjelaskan tentang kedudukannya ketika itu.
Dalam Notis Tunjuk Sebab PKR bertarikh 20 Feb dan ditandatangani Pengerusi Lembaga Displin PKR, Afif didakwa melakukan aktiviti sabotaj dengan mencetus dan/atau bersekutu untuk menimbulkan rusuhan dan pergolakan pada Kongres Nasional AMK 2019 yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, pada 6 Dis tahun lepas.
Katanya, beliau telah menjawab surat tunjuk sebab yang dikatakan menyebut dirinya sebagai pencetus kepada rusuhan yang berlaku pada Kongres Angkatan Pemuda tahun lalu.
“Jadi, kalau tanya saya sekarang ni adakah saya dipecat oleh itu (kongres) atau dipecat kerana selepas apa yang berlaku (pada) Langkah Sheraton, saya tak tahu sehinggalah saya dapat surat pemecatan,” katanya.
Katanya, susulan daripada pemecatan tersebut, beliau menjalankan tugas seperti biasa sebagai Adun di kawasannya sebagai pembangkang di Pulau Pinang walaupun semua peruntukan dan kemudahan yang diterima oleh Adun kerajaan negeri terbatal.
Afif meletakkan jawatan sebagai exco Pulau Pinang pada awal Mac lalu selepas beliau mendapat surat tunjuk sebab daripada PKR atas dakwaan mensabotaj parti dalam kongres parti itu Disember tahun lepas.
Katanya, ketika dalam PKR dan sehingga kini, beliau masih berpegang kepada prinsip politik pelbagai kaum dan menolak politik kelompok.
“Tetapi menjadi … saya boleh katakan minoriti dalam parti (PKR), tak ramai pemimpin yang berani ke depan, berjiwa besar untuk cakap pasal ini – meletakkan ketepi perbezaan.
“Saya lihat itu antara sebab bila mesej saya tu mungkin tidak disenangi oleh sesetengah mereka yang memegang kepimpinan dalam parti selepas pemilihan 2018, (mereka) merasakan saya ini satu ancaman atau satu suara sumbang untuk mereka kerana saya mengajak mereka untuk bersatu padu. Sebab itu saya rasa saya diambil tindakan,” katanya.
Langkah Sheraton tercetus apabila kumpulan yang berpihak kepada bekas timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali bertemu dengan ahli parlimen Umno dan PAS di sebuah hotel di Petaling Jaya pada malam 23 Februari.
Susulan pertemuan di hotel itu, berlaku rantaian peristiwa yang mengakibatkan keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan dan sekaligus perubahan pemerintahan yang membentuk kepada Perikatan Nasional.
The post Afif: Jika diberi peluang, saya sedia tanding sebagai calon PN appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/27/afif-jika-diberi-peluang-saya-sedia-tanding-sebagai-calon-pn/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Sedia Tanding Semua Kerusi Parlimen Dan Negeri Di Terengganu

Umno Sedia Tanding Semua Kerusi Parlimen Dan Negeri Di Terengganu

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 285 hits
Pengerusi Umno Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata Umno sedia bertanding kesemu kerusi di Terengganu iaitu lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri di negeri itu Kalau Pas boleh kata mereka mahu tanding enam kerusi Par...
Gugur Calon Blackout Tanding Pemilihan Tak Sah Kata Tun M

Gugur Calon Blackout Tanding Pemilihan Tak Sah Kata Tun M

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 301 hits
Pengguguran calon daripada kumpulan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Blackout yang bertanding pada pemilihan parti dibuat tanpa mengikut perlembagaan parti itu kata bekas Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad Beliau berkata pengguguran it...
Soalnya Bersediakah Mahathir Menyokong Anwar Sebagai Calon Pm Ph Plus

Soalnya Bersediakah Mahathir Menyokong Anwar Sebagai Calon Pm Ph Plus

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 229 hits
Kenyataan bersama Mohamad Sabu Presiden Parti Amanah Negara dan Lim Guan Eng Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik pada 27hb Julai 2020 Jalan ke depan ialah dengan memberikan peluang pertama kepada Datuk Seri Anwar dan sekiranya beliau...
Tak Benar Musa Tidak Disenarai Sebagai Calon Prn Kata Bung Moktar

Tak Benar Musa Tidak Disenarai Sebagai Calon Prn Kata Bung Moktar

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 259 hits
KOTA KINABALU Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin menafikan membuat kenyataan bahawa bekas ketua menteri Musa Aman tiada dalam senarai calon Umno bagi pilihan rya negeri Sabah seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal berita tempatan Me...
Mahathir Dakwa Guan Eng Yang Namakan Shafie Sebagai Calon Pm Tetapi Buat U Turn Akhirnya

Mahathir Dakwa Guan Eng Yang Namakan Shafie Sebagai Calon Pm Tetapi Buat U Turn Akhirnya

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 297 hits
Guan Eng cadangkan Shafie sebagai calon PM kata Dr M Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng adalah individu yang mencadangkan agar Shafie Apdal dipilih sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad ...
Rumput Yang Kucing Makan Sebagai Ubat

Rumput Yang Kucing Makan Sebagai Ubat

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 2857 hits
Nama rumput ini ialah rumput pendul Kalau ada kucing yang sakit Parvo selsema atau demam boleh berikan air rebusan rumput ni pada kucing tersebut Kucing yg hilang selera makan atau tanak makan langsung pun boleh diberikan air rebusan rumput...
Beragama Katolik Chicharito Anggap Nabi Muhammad Sebagai Manusia Terbaik

Beragama Katolik Chicharito Anggap Nabi Muhammad Sebagai Manusia Terbaik

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 220 hits
Eks striker Manchester United Javier Hernandez alias Chicharito ternyata seorang pengagum Nabi Muhammad SAW Hal ini dirinya sampaikan dalam wawancaranya bersama CNN News beberapa waktu lalu Kekaguman pemain asal Meksiko ini terbilang cukup ...
Setahun Lebih Saya Pikul Tanggunjawab Sebagai Bapa Saya Tak Halang Dia Tengok Anak Pun Lufya Omar

Setahun Lebih Saya Pikul Tanggunjawab Sebagai Bapa Saya Tak Halang Dia Tengok Anak Pun Lufya Omar

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 439 hits
Meskpipun mahligai yang dibina hanya bertahan selama empat tahun setengah selepas bercerai talak satu pada jun lalu pelakon Lufya Omar bagaimanapun menafikan dia menghalang bekas suaminya Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum dari bertemu anak ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities