Akui perjuangan politik Anwar jadi inspirasi
"Jiwa besar Datuk Seri Anwar dalam memaaf dan menerima kembali orang yang pernah masukkan beliau dalam penjara merupakan hal yang membuka mata dan fikiran saya," kata Afdlin Shauki. - Gambar fail Dalam masa sama, seniman itu menjelaskan, nilai perjuangan dan semangat kental Anwar sebagai pemimpin juga banyak mendorong beliau untuk mendekati rakyat.
Jiwa besar Datuk Seri Anwar dalam memaaf dan menerima kembali orang yang pernah masukkan beliau dalam penjara merupakan hal yang membuka mata dan fikiran saya. Kata Afdlin, jiwa besar dan dedikasi Anwar dalam perjuangan politik di sebalik jerit perih yang dilaluinya juga banyak mencetus keinsafan dalam dirinya.
Kata Afdlin, keputusannya menyertai PKR selepas pernah berjuang di bawah parti UMNO semuanya atas kemahuan dirinya sendiri. “PKR adalah parti yang menjaga semua kaum walaupun ketuanya orang Melayu. Inilah wadah yang saya dambakan. Orang Melayu menjadi ketua tanpa mengabaikan hak serta kebajikan kaum-kaum lain. |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |