Adly Pemimpin Humble Disukai Rakyat Pentadbirannya Dirindui



Adly tidak mahu dipayung,
enggan dilayan sebagai Vvip. BARANGKALI bukan saja saya yang merasai, tatkala Pengerusi PH Anwar Ibrahim mengumumkan nama Adly Zahari sebagai calon Ketua Menteri Melaka pada suatu majlis petang tadi, tetapi orang lain juga seperti pengumuman itu akan menjelma menjadi kenyataan selepas 20 November nanti.Pengumuman calon PH Dun Bukit Katil itu sebagai bakal Ketua Menteri disambut dengan tepukan bergemuruh yang hadir pada majlis pengumuman itu.
Tepukan berderai itu menunjukkan pemilihan dan pengumuman PH itu sebagai tepat.
Pemilihan Adly Zahari, 50 menurut Anwar dibuat secara konsensus di kalangan parti-parti PH, ertinya tidak ada dakwa dakwi lagi, dan pemilihan itu sepakat. Ada bersama dalam majlis peluncuran Manifesto PH bertemakan "Maju Bersama Harapan" itu ialah pimpinan tertinggi DAP, Lim Guan Eng dan juga Presiden Amanah, Mohamad Sabu. Beberapa pemimpin lain juga turut hadir. 
Dengan pengumuman itu menjadi PH parti yang pertama mengumumkan calon ketua menteri mereka. Walaupun BN telah membayangkan Sulaiman Md Ali sebagai calon ketua menteri, tetapi ia tidak dibuat secara rasmi seperti mana PH. Timbalan Presiden Umno Mohamad Hassan menyebut, Sulaiman hanya dijadikan sebagai poster boy sahaja. Itu bermakna BN masih belum memutuskan calon bakal Ketua Menteri mereka.  
Dalam pada itu belum ada kedengaran mana-mana individu bakal dilantik sebagai ketua menteri daripada PN. Apakah parti itu telah menyedari harapan mereka untuk menang sangat tipis? Walaupun Pas bersama mereka, tetapi parti itu tidak dapat dijadikan tempat menyandar harapan.
Pemilihan Adly yang juga naib presiden Amanah sebagai bakal ketua menteri adalah tepat. Sekaligus penamaan Adly itu menjadikan pengundi Melaka sudah tidak berkeluh kesah lagi untuk memastikan PH menang besar Pirane Melaka itu. Tentunya pemilihan bekas Ketua Menteri itu berpandukan kepada rekod perkhidmatan cemerlangnya selama 22 bulan menjawat jawatan itu. 

Adly seorang yang 
simple berpakaian.Seperti diketahui umum dan dirasai oleh rakyat Melaka, Adly telah berjaya menunjukkan prestasi sebagai ketua menteri memuaskan dan sekaligus membuktikan bahawa PH mempunyai pemimpin dan seorang ketua menteri terbaik. Walaupun pertama kali memegang jawatan itu tetapi Adly dapat melaksanakan dengan sempurna sehingga menjadi sebutan rakyat.Keterkenalan dan rasa senang terhadap beliau bukan sahaja dari kalangan rakyat Melaka, tetapi turut juga terhimbau ke negeri-negeri lain. Semasa PH memerintah kerajaan Persekutuan dan beberapa negeri, Adly disebut-sebut antara sebagai Ketua Menteri berjaya membawa aspirasi PH untuk rakyat.   

Beberapa polisi dan dasar serta pendekatan diperkenalkan olehnya, cukup disenangi rakyat justeru apabila kerajaan PH dikhianati sehingga tumbang ia dikesali. Rakyat Melaka khasnya terkilan dengan apa yang berlaku.
Ada rakyat yang menangis dan menyifatkan tindakan BN itu sebagai kejam dan menafikan hak dan suara rakyat. Rakyat Melaka belum puas menikmati pentadbiran Adly. Situasi itu menjadi rakyat berdendam dengan anasir yang mengkhianati dan mengganggu kerajaan Adly.  
Apabila nama Adly dicadangkan untuk menjadi ketua menteri, rakyat tentu berharap semoga calon Bukit Katil itu akan dapat menyambung tugas dan amanahnya yang ternafi kerana khianat BN sebelum ini. Semoga dan harapan rakyat untuk memastikan PH menang menjadi lebih berkobar-kobar lagi. 
Adly adalah pendatang baru dalam kepimpinan kerajaan. Beliau juga digolong dalam pemimpin muda, usianya 50 tahun. Tetapi dengan ilmu dan iltizam beliau sebagai pemimpin, beliau berjaya meletakkan dirinya dikenali dan setanding dengan pemimpin lain yang lebih senior.
Pendekatan sederhana, hidup penuh kehambaan antara sebab beliau disenangi.
Semasa menjadi KM beliau tidak tinggal di kediaman rasmi ketua menteri di Seri Bendahara sebaliknya kekal tinggal dirumahnya. Beliau juga tidak bersusah payah untuk menukar perabot baru atau membuat ubah suai kediaman itu, tetapi kekal dengan peralatan lama. Malahan kediaman rasmi ketua menteri itu dibuka untuk menjadi lokasi kunjungan rakyat. Langkah itu diambil adalah untuk tidak membazir dan menjimatkan perbelanjaan kerajaan. 
Selain itu pendekatan atau polisinya berjumpa rakyat pada setiap minggu sangat disukai rakyat. Beliau juga memperkenalkan minggu berjumpa rakyat. Menerusi program ini beliau berjumpa dan bermesra dengan rakyat pada setiap minggu melibatkan seluruh Melaka. 
Menerusi program ini beliau bersama pegawai kerajaan berintraksi dengan rakyat untuk mengetahui apakah permasalahan rakyat dan cuba mengatasinya. 
Dalam hidupnya tidak ada istilah protokol rakyat boleh berjumpa bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. Pintu rumahnya terbuka 24 jam. 
Saya merasai dan melihat sendiri akan kerendahan diri dan ketinggian budi Adly ini. Kebetulan suatu hari saya hadir ke majlis lawatan beliau ke bendang padi yang diubah sesuai menjadi ladang kenaf.
Semasa turun melawat ladang kenaf itu beliau selamba sahaja. Kedatangannya tidak disambut sedemikian biasa vvip hadir sehingga yang tidak pernah mengenalinya tidak sangka kalau dia adalah ketua menteri. Beliau tidak berkehendak begitu. Kebetulan ketika itu hujan turun renyai-renyai. Pihak penganjur telah menyediakan sekaki payung untuk melindunginya daripada ditimpa hujan tetapi ditolaknya. Beliau tidak dipayungi. Beliau melangkah turun ke bendang dan membiarkan kepalanya dititis hujan bersama rombongan lain.

Keselambaan Adly menyebabkan 
beliau disenangi rakyat.Ikut sama dalam lawatan itu Shamsul Iskandar Md Akin yang ketika itu Timbalan Menteri Komoditi. Lagak dan wataknya ketika di majlis itu sedikit pun tidak menggambarkan beliau vvip yang memerlukan layanan istimewa seperti pembesar lain. Walaupun pihak majlis cuba memberi sambutan tetapi ditolaknya. 

Sementara itu di kesempatan lain saya berjumpa dengan beliau di Pulau Pinang. Kebetulan kami menginap di hotel yang sama. Apa yang hendak saya sebut, baju yang dipakainya (Oren) adalah baju sama yang pernah saya lihat sebelum ini, semasa beliau belum menjadi ketua menteri lagi. 
Gambaran itu sudah menjelaskan akan kehambaan dirinya. Kalau kedudukan itu ditempat orang lain sudah pasti mereka tidak mengenakan baju yang sama, sesudah bergelar ketua menteri. Apa lagi ketua menteri ada peruntukan elaun khas untuk pakaian seperti menteri lain. Namun itu tidak berlaku kepada Adly. 
Kehambaan Adly inilah kita tidak berasa hairan kenapa rakyat Melaka sayang dan masih merindui kepimpinan dan pentadbirannya. Kerana Adly dapat memenuhi citarasa rakyat menjelmakan seorang pemimpin khas seperti ketua menteri. Yang hidup bergelumang dengan rakyat dan bukannya menjadikan jawatan dan kuasa untuk kepentingan diri sendiri. Sesungguhnya rakyat Melaka bertuah diberi kesempatan untuk memiliki Adly sebagai pemimpin. [wm.kl.9:19 pm 10/11/2021]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2021/11/adly-pemimpin-humble-disukai-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Jangan Bodoh Tolak Pemimpin Hipokrit

Rakyat Jangan Bodoh Tolak Pemimpin Hipokrit

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 135 hits
Rakyat Jangan Bodoh Tolak Pemimpin Hipokrit Please Share More cartoons www zunar my
Adly Zahari Calon Ketua Menteri Teruskan Dasar Pro Rakyat Di Melaka

Adly Zahari Calon Ketua Menteri Teruskan Dasar Pro Rakyat Di Melaka

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 407 hits
Pakatan Harapan menamakan Adly Zahari sebagai calon Ketua Menteri Melaka sekiranya gabungan itu diberi mandat memerintah oleh rakyat pada 20 November ini Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Adly dan kerajaan PH sekira...
Nizam Jentik Jentik Rakyat Melaka Ini 5 Tips Pilih Pemimpin

Nizam Jentik Jentik Rakyat Melaka Ini 5 Tips Pilih Pemimpin

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 218 hits
PRN Melaka nak dekat dah ni Kami ada sedikit tips kepada anda yang bakal mengundi Apa pun calon yang gila kita cuba elakkan terus
Stress Lol Janji Ditepati Edisi Rakyat

Stress Lol Janji Ditepati Edisi Rakyat

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 168 hits
Sudah ada parodi Lagu Janji Ditepati untuk Merdeka 55 muncul di Youtube hujung minggu lalu Setakat ini video Youtube tersebut merima ribuan dislike dan komen yang ditinggalkan rakyat hampir 80 negatif Dibawah ialah sebuah video parodi Janji...
Kerajaan Selangor Biarkan Rakyat Tak Basuh Berak

Kerajaan Selangor Biarkan Rakyat Tak Basuh Berak

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 192 hits
Kerajaan Selangor sengaja membiarkan rakyat hadapi masalah terencat bekalan air bagi timbulkan tidak puas hati kepada agensi tertentu Sebelum ini saya dah menulis didalam Kerajaan Selangor Berlepas Tangan Masalah Gangguan Air Kerajaan neger...
Adibah Noor Dilantik Ikon Rakyat Terbeban

Adibah Noor Dilantik Ikon Rakyat Terbeban

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 193 hits
Jangan terkejut Tajuk dan gambar di atas hanya sekadar hisasan sahaja Apa yang ingin penulis kongsikan ialah berita gembira seorang artis jelita yang juga usahawan berjaya di mana beliau telah dilantik menjadi Pengarah Bukan Eksekutif Bebas...
Cakap Tak Serupa Bikin Parti Konfius Rakyat

Cakap Tak Serupa Bikin Parti Konfius Rakyat

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 160 hits
Ada lagi ancaman buat Ketua Menteri Sarawak kali ini daripada Sutan Sinaro atau Yusuf Baharudin Gara gara tidak terpilih oleh pihak PKR untuk bertanding maka dia telah melepaskan kemarahan ke atas KM Sarawak yang tidak mungkin akan memilihn...
Senarai Bantuan Rakyat 2021

Senarai Bantuan Rakyat 2021

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 249 hits
SENARAI BANTUAN KERAJAAN UNTUK RAKYAT BELANJAWAN 2021 1 Permohonan Bantuan Telefon Pintar Percuma Golongan B40 http aorracer com 2fUi 2 Bantuan Khas Penjawat Awam RM 600 This is a content summary only Visit my website for full links other c...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation