Adik Najib Bersuara Bidas Isu 1mdb Skandal Paling Ekstrem


Bekas Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Mohamed Nazir Razak menegaskan di Malaysia tidak wujud ekonomi sebaliknya yang ada hanyalah politik ekonomi

Menurutnya, beliau menyatakan demikian kerana kerap diajukan persoalan tentang ekonomi Malaysia

Kongsinya, beliau pernah melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang ekonomi dan politik secara serentak, namun tidak menyangka kedua-dua bidang itu saling berkaitan dan mempunyai jalinan yang kuat di negara ini

"Kita mempunyai unsur ekonomi yang luas tetapi sering meletakkan kedudukan atau diri sebagai salah satu pasaran kapitalis bebas

"Adalah sangat berbahaya untuk anda berpura-pura menjadi sesuatu yang bukan diri anda yang sebenar,” katanya menerusi ruangan kolumnis My Say oleh Nazir Razak bertajuk 'Making a Better Malaysia' di portal The Edge Markets

Ia juga merupakan petikan ucapan Mohamed Nazir pada forum kepimpinan Alumni Chevening bertajuk 'Making a Better Malaysia' pada 16 November 2020

Mengulas lanjut, Mohamed Nazir berkata, beliau juga melihat penglibatan kerajaan amat besar dalam ekonomi negara
 Beliau berkata, ia jelas terutamanya dalam aspek penganugerahan lesen dan kuota bermula era pemerintahan British, pelaksanaan dasar tindakan afirmatif era 1970-an sehingga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mendominasi 40 peratus permodalan pasaran dana pelaburan saham Bursa Malaysia dan kerajaan menguasai pasaran modal

"Amalan politik wang yang berleluasa juga sering dilihat mempengaruhi keputusan mengenai peraturan, dasar, perolehan dan tindakan GLC

"Ia memerlukan pengalaman barisan hadapan untuk melihat sepenuhnya bahawa sistem yang ada banyak penyimpangan dan membawa kerosakan," katanya
 Tambahnya, sepanjang karier beliau di CIMB bermula pada tahun 1989, beliau sering berfikir sudah mempunyai pegangan moral yang cukup baik tetapi mengakui pada waktu-waktu tertentu dirinya lebih rela menjadi pelakon

"Jika saya melihat ada perkara yang bertentangan moral berlaku dalam sistem, saya akan menegur namun kebanyakan waktunya saya lebih banyak bersikap 'ia bukan urusan saya'

"Rata-rata yang berada dalam sistem tersebut biasanya mengambil pendekatan sebegitu dan sewaktu saya bersuara dan menentang dalam isu 1MDB (1Malaysia Development Berhad) dan Felda (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan), tekanan yang diterima amat tinggi

“Saya tak mahu bercerita panjang lebar tentang hal tersebut di sini tetapi cukup untuk mengatakan bahawa pemusatan kuasa yang berlebihan di pejabat Perdana Menteri telah memburukkan lagi ketidakfungsian sistemik kerana kurangnya aspek elemen semak dan imbang ke atas pembuat keputusan," katanya

Mohamed Nazir berkata, isu 1MDB adalah salah satu contoh ketidakfungsian sistemik yang turut disifatkannya sebagai contoh paling ekstrem.
Menurutnya, ia merupakan dana kekayaan negara yang mendapat sokongan kerajaan dan digunakan untuk meraih berbilion dolar untuk projek pembangunan dan pembiayaan politik
 Lebih memburukkan katanya, berlaku kebocoran dana secara besar-besaran untuk tujuan jahat

Selain itu, Mohamed Nazir turut memberi beberapa contoh lain termasuk berkait skandal kewangan model pertama iaitu Bumiputra Malaysia Finance (BMF) yang berlaku pada awal 80-an

SinarHarian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/11/adik-najib-bersuara-bidas-isu-1mdb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jho Low Salahkan Najib Kerana Di Dakwa Tidak Nampak Sebarang Kesalahan Skandal 1mdb

Jho Low Salahkan Najib Kerana Di Dakwa Tidak Nampak Sebarang Kesalahan Skandal 1mdb

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 230 hits
KUALA LUMPUR Rakaman perbualan ahli perniagaan buruan Low Taek Jho dengan pegawai kerajaan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan disiarkan sebuah dokumentari Al Jazeera Dalam klip yang mengandungi 2 bahagian siasatan khas bertajuk Jho Low Hu...
Najib Cuba Dapatkan Dokumen 1mdb Dari Goldman Bekas Eksekutif

Najib Cuba Dapatkan Dokumen 1mdb Dari Goldman Bekas Eksekutif

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 225 hits
Najib Razak berkata Goldman Sachs dan bekas pengerusinya Asia Tenggaranya Tim Leissner mungkin mempunyai dokumen untuk membuktikan beliau dilibatkan secara salah dalam skandal 1MDB NEW YORK Bekas perdana menteri Najib Razak meminta mahkamah...
Najib Dakwa Jangan Tuduh Beliau Menghasut Rakyat Sangkal Dulu Isu Kwsp Moratorium

Najib Dakwa Jangan Tuduh Beliau Menghasut Rakyat Sangkal Dulu Isu Kwsp Moratorium

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 259 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Razak menegaskan beliau bukan menghasut atau mempermainkan rakyat apabila terus memperjuangkan isu pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan lanjutan moratorium pinjaman sebagai syarat untuk Barisan Nasion...
Isu Rakyat Diperjuangkan Najib Dan Bn Di Dewan Rakyat

Isu Rakyat Diperjuangkan Najib Dan Bn Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 236 hits
Oleh Dr Asyraf Wajdi SUARA RAKYAT YANG MAHU PENGELUARAN AKAUN 1 KWSP RM10 000 SECARA ONE OFF DAN LANJUTAN MORATORIUM 6 BULAN SECARA PUKAL DIPERJUANGKAN DATUK SERI NAJIB DAN BN Terima kasih kepada Pembahas Utama Datuk Seri Najib Razak yang m...
Najib S 1mdb Trial To Resume On Dec 14

Najib S 1mdb Trial To Resume On Dec 14

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 421 hits
Former prime minister Najib Razak faces 25 charges of abuse of power and money laundering over alleged 1MDB funds amounting to RM2 28 billion deposited into his bank accounts KUALA LUMPUR The High Court has fixed four days from Dec 14 for t...
Perbicaraan 1mdb Najib Disambung 14 Dis

Perbicaraan 1mdb Najib Disambung 14 Dis

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 201 hits
Najib Razak berdepan 25 pertuduhan penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang membabitkan RM2 28 bilion dana 1MDB yang didakwa dimasukkan ke akaun AmBanknya pada Februari 2011 dan Disember 2014 KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ni men...
Mahkamah Tinggi Tetapkan Perbicaraan 1mdb Najib Akan Di Sambung Pada 14 Disember Ini

Mahkamah Tinggi Tetapkan Perbicaraan 1mdb Najib Akan Di Sambung Pada 14 Disember Ini

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 227 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ni menetapkan 4 hari mulai 14 Dis ini untuk meneruskan perbicaraan 1MDB Datuk Seri Najib Tun Razak yang terjejas akibat pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat Timbalan Pendakwa Raya Ahmad...
Jho Low Claims King Abdullah Donated Small Sum To Najib But Abu Dhabi Govt Complicit In 1mdb Scandal

Jho Low Claims King Abdullah Donated Small Sum To Najib But Abu Dhabi Govt Complicit In 1mdb Scandal

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 265 hits
Al Jazeera said its sources in Malaysia and Macau confirmed that Low has been living in a house owned by a senior member of the Chinese Communist Party in Macau since at least February 2018 Picture via FacebookKUALA LUMPUR Nov 17 In the fir...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi