Adam50 Guaneng50 Maszle50 Matsabu50


Bekas Perdana Menteri Najib Razak berharap kerajaan membatalkan keputusan menghentikan Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50), menyifatkan program itu insentif yang baik untuk rakyat.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata amat sedih dengan pengumuman tentang perkara itu yang dibuat Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

"ADAM50 merupakan dana pertama dalam sejarah negara untuk menggalakkan simpanan peribadi untuk ibu bapa muda.

"Satu lagi bantuan dan insentif yang baik untuk rakyat telah dimansuhkan oleh kerajaan PH," katanya.

Secara menyindir, beliau berkata kerajaan boleh saja menukar nama program itu, asalkan ia diteruskan.

"Kalau tak suka nama ADAM50, boleh jenamakan semula kepada GuanEng50, Maszlee50, atau MatSabu50. (Tetapi) Janganlah mansuh," katanya lagi.

Menerusi program itu, bayi yang lahir pada 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2022 akan menerima simpanan awal RM200 melalui unit ASB (untuk Bumiputera) dan AS1M (untuk bukan Bumiputera) dan hanya boleh dikeluarkan selepas mencapai usia 18 tahun.

Hari ini, Zeti berkata program itu tidak akan diteruskan bermula tahun depan atas sebab kurang mendapat sambutan - iaitu hanya 25 peratus bayi yang dilahirkan pada 2018 didaftarkan untuk program itu.

Zeti berkata kedudukan kewangan negara buat masa ini juga menyebabkan kerajaan tidak dapat memperuntukkan dana tambahan.

Najib mendakwa kerajaan sekali lagi menggunakan apa yang menurutnya sebagai "cerita dongeng hutang negara RM1 trilion" sebagai alasan menamatkan program oleh pentadbiran BN.

"Ramai orang kita yang tidak menjangka keperluan kita dan anak kita pada masa depan.

Bila sudah ada akaun ASB atau AS1M, ibu bapa boleh menyumbang berdikit-dikit dan lama-kelamaan ianya akan bertambah sehingga cukup untuk menampung keperluan kewangan apabila anak mereka masuk universiti," kata anggota parlimen Pekan itu lagi.

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/12/adam50-guaneng50-maszle50-matsabu50.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Tak Suka Nama Adam50 Tukar Jadi Guaneng50 Atau Matsabu50 Tapi Jangan Mansuh

Kalau Tak Suka Nama Adam50 Tukar Jadi Guaneng50 Atau Matsabu50 Tapi Jangan Mansuh

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 542 hits
Kalau Tak Suka Nama ADAM50 Tukar Jadi GuanEng50 atau MatSabu50 Tapi Jangan Mansuh Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa sedih apabila inisiatif Amanah Dana Anak Malaysia yang diperkenalkannya akan dimansuhkan bermula...
Najib Minta Kerajaan Teruskan Adam50

Najib Minta Kerajaan Teruskan Adam50

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 320 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Najib Razak berharap kerajaan membatalkan keputusan menghentikan Amanah Dana Anak Malaysia menyifatkan program itu insentif yang baik untuk rakyat Menerusi hantaran di Facebook hari ini beliau berkata amat...
Sekurang Kurangnya Hadkan Adam50 Pada Keluarga M40 Dan B40 Bukan Terus Mansuh Kj Tempelak Ph

Sekurang Kurangnya Hadkan Adam50 Pada Keluarga M40 Dan B40 Bukan Terus Mansuh Kj Tempelak Ph

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 461 hits
SHAH ALAM Keputusan kerajaan untuk menghentikan inisiatif Amanah Dana Anak Malaysia bermula tahun depan terus mendapat kritikan pemimpin pembangkang Kali ini giliran Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin pula menghentam kerajaan dan menyif...
Tiada Sambutan Punca Adam50 Ditamatkan

Tiada Sambutan Punca Adam50 Ditamatkan

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 187 hits
Tiada Sambutan Punca ADAM50 ditamatkan Hanya 12 bulan je Program Amanah Dana Anak Malaysia berkuatkuasa Ia akan ditamatkan pada 31 Disember ini berikutan tiada sambutan Macamana pun untuk pendaftaran bayi yang lahir sepanjang tahun 2018 ini...
Temporary Road Closure In Bukit Bintang For I Lite U Launch

Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah

Tarikh Penting Hari Perlawanan 14 Pada Ahad 28 Disember 2025

Bayaran Perkeso 2026 Jadual Bayaran Faedah

Pemimpin Pas Mengamuk Kawan Sudah Pilih Untuk Jadi Lawan Kata Ahmad Fadhli

Panduan Beli Rumah Pertama Tahun 2026

Makluman Motac Dan Tourism Malaysia Tidak Terlibat Dalam Penganjuran Acara Miss Amp Mister Celebrity International 2025

Pendapatan Pasif Jangka Panjang Cara Bina Income Stabil Konsisten Untuk Masa Depan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Santai Makan Di Gazebo Atau Anjung Seri Di Laman Sendiri Ayam Masak Kurma Suri Hati

Best Recipetin Beef Ribs

Makan Kenduri Di Sana Sini

Aktiviti Sembang Akhir Tahun 2025 Kopi Ukhwah Ppim 26 12 2025

4fingers For Lunch

Tips Lengkap Dan Mudah Cara Berniaga Kek Coklat Moist Bermula Dari Rumah