Adam Lee Tiada Rahsia Lagi Akui Selesa Bersama






Serasi, secocok, sepadan. Itu antara istilah dan butir-butir kata yang acap kali meniti di bibir peminat dan juga pengikut bagi pasangan pelakon Adam Lee dan Sweet Qismina.

Semuanya gara-gara selepas kedua-duanya bergandingan menerusi drama yang kini hangat menjadi bualan netizen yang berjudul Adam Chempaka bagi slot Lestari terbitan TV3.

Ibarat menikmati mi samyang pedas, tetapi enak. Begitu juga tatkala menyaksikan telatah watak Adam dan Chempaka sebagai suami isteri yang berjaya membangkitkan rasa ghairah peminat K-Pop terutamanya untuk menonton drama cinta versi anak muda itu.

Keserasian antara mereka turut menjadi bualan hangat dan gosip dalam kalangan netizen khususnya pengikut setia drama arahan Idora Abdul Rahman tersebut. Manakan tidak, ramai yang menebak cinta lokasi pasti akan berputik dalam kalangan mereka berdua.

Bagi Adam Lee atau nama sebenanrya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, 25, memang tidak dinafikan bahawa keserasian dan keakrabannya bersama pelakon cantik yang selesa dipanggil Sweet ini sering menjadi bualan ramai sejak drama tersebut mula disiarkan.

Menurutnya, bukan setakat dalam kalangan para penonton dan peminat sahaja, malah ia turut mendapat perhatian saudara-mara terdekat, sahabat handai serta yang dekat dengannya.

“Jujur saya katakan, langsung tidak pernah terlintas untuk berlakon dan berkongsi pentas arena lakonan bersama Sweet.

“Namun, peluang dan rezeki tersebut hadir dengan sendiri. Sampai sekarang pun, saya masih tidak percaya dan berasa seperti satu mimpi,” katanya sambil tertawa kecil mengenang sambutan yang diterimanya menerusi drama tersebut.

Cinta berputik

Bagi anak jati kelahiran Kuala Lumpur itu, memang tidak dapat dinafikan, pada awal mengenai Sweet, perasaan itu biasa-biasa sahaja dan tidak lebih daripada seorang kawan.

"Tapi, perlu saya terus-terang, selepas digandingkan bersama dalam naskhah Adam Chempaka lebih-lebih lagi memerlukan kami untuk menjayakan watak utama sebagai suami isteri, keakraban serta keselesaan itu mula timbul secara sendiri.

“Kebiasaannya, selepas habis sesi penggambaran, kami akan keluar bersama. Jika tidak bersama teman-teman lain, kami akan keluar berdua sahaja.

“Dalam proses mengenali antara satu sama lain itu, banyak persamaan yang kami rasakan ada pada diri kami berdua. Sebagai contoh, dari soal kerjaya, masa hadapan, minat dan keluarga,” tuturnya.

Menurut Adam, sejak daripada situ, hubungan antara mereka semakin akrab dan dekat selain mula berani untuk saling memberikan nombor telefon peribadi masing-masing.

Bagi Sweet pula, dia bersyukur kerana dapat mengenali Adam dan mengakui lelaki tersebut sebagai seorang yang sangat memahami akan kerjaya, diri dan keluarganya.

“Saya selesa apabila berada dan bersama dengannya. Saya juga berasa selamat tiap kali dia ada bersama dengan saya. Dia seolah-olah pengganti kepada mama yang sentiasa ada bersama saya.

“Paling menarik, Adam turut mempunyai ciri-ciri seorang lelaki yang saya suka dan impikan,” katanya ringkas sambil mengukirkan sekuntum senyuman.

Ujar Sweet lagi, hubungan cintanya bersama Adam baharu sahaja di peringkat awal dan masih memerlukan banyak masa untuk masing-masing mengenali dan memahami antara satu sama lain.

“Kami masih lagi dalam proses mengenali antara satu sama lain. Kami pun baru sahaja kenal dan cuba untuk serasikan diri terlebih dahulu.

“Doakan sahaja yang terbaik buat kami berdua. Saya tahu ramai yang inginkan dan berharap agar kami bercinta dan bersatu sebagai pasangan suami isteri secara realiti dan bukan hanya dalam lakonan selepas menonton drama tersebut,” tutur Adam.

Kerjaya

Tutup soal cinta, hati dan perasaan, Adam dan Sweet turut berkongsi kisah mengenai perjalanan dan perkembagan karier serta kerjaya mereka sebagai anak seni.

Bagi Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 22, dia bersyukur kepada Allah kerana rezeki masih berpihak dan tidak pernah putus dikurniakan kepadanya sejak dia menceburkan diri dalam kancah lakonan.

“Nak cakap soal lakonan, mungkin ramai yang tahu saya mula berlakon sejak dari umur lapan tahun dan di bangku sekolah rendah lagi.

“Alhamdullilah, rezeki yang dikurniakan-Nya bertahan dan masih ada hingga ke hari ini. Saya percaya, selagi bakat yang dikurniakan ini masih diperlukan, selagi itu jugalah saya akan terus berada dalam industri seni,” ujarnya.

Kongsi Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular itu lagi, selepas habis daripada penggambaran Adam Chempaka bersama kekasihnya, dia kini sedang sibuk menjalani satu lagi penggambaran bagi sebuah filem genre seram bergandingan bersama pelakon kacak, Syafiq Kyle dan Mimi Lana yang akan mula ditayangkan hujung tahun nanti.

Tambahnya, dia turut bersyukur apabila banyak stesen televisyen dan pengarah mula mempercayai dirinya untuk membawa pelbagai watak yang lebih mencabar dan bukan hanya terhad sebagai watak kanak-kanak sahaja.

Berlainan pula dengan Adam, menyentuh soal perkembangan kerjaya, dia turut seakan-akan tidak percaya akan kejayaan yang dikecapinya hingga kini.

“Saya mula berlakon pada umur 19 tahun dan pada masa itu hanya sekadar memegang watak-watak tambahan dan sampingan. Namun begitu, saya bersyukur atas rezeki yang sudah tertulis buat saya.

“Alhamdulillah, walaupun pernah setahun saya tidak mendapat sebarang tawaran lakonan dan hampir ‘cuci tangan’ dalam industri, namun berkat kesabaran dan rezeki yang diberikan, saya mula diterima semula hingga ke hari ini,” ujarnya.

Menurut lelaki yang pernah bekerja sebagai pelatih peribadi di salah sebuah pusat kecergasan di ibu kota itu, dia bersyukur dan berterima kasih dengan segala kepercayaan yang diberikan terhadapnya.

Adam kini sudah mula sibuk dengan penggambaran bagi drama 30 episod terbitan TV Al-Hijrah yang mana turut menampilkan pelakon berbakat besar, Syafie Naswip.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/07/adam-lee-tiada-rahsia-lagi-akui-selesa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun M Akui Beliau Bertuah Kerana Adanya Tun Siti Hasmah

Tun M Akui Beliau Bertuah Kerana Adanya Tun Siti Hasmah

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 245 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau sangat bertuah kerana memiliki isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang sentiasa berada disisi Beliau juga bersyukur kerana isterinya seorang doktor yang boleh menjaganya JOHORTIMES ...
Mawar Karim Akui Jumpa Peguam Rujuk Pejabat Agama

Mawar Karim Akui Jumpa Peguam Rujuk Pejabat Agama

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 554 hits
Kebelakangan ini pergolakkan rumah tangga pasangan Fizo Omar dan Mawar Karim sering menjadi bahan bualan Tampil berterus terang Mawar mengakui ada bertemu The post appeared first on
Anwar Akui Tersinggung Dengan Laporan Media Berhubung Proses Peralihan Kuasa Pm

Anwar Akui Tersinggung Dengan Laporan Media Berhubung Proses Peralihan Kuasa Pm

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 344 hits
George Town Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengakui tersinggung dengan cara penulisan laporan media yang terlalu memberikan keutamana kepada proses peralihan kuasa antara beliau dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad...
Sylvester Stallone Akui Escape Plan 2 Filem Paling Teruk Yang Beliau Pernah Terlibat

Sylvester Stallone Akui Escape Plan 2 Filem Paling Teruk Yang Beliau Pernah Terlibat

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 424 hits
Filem pertama Escape Plan yang dibintangi Sylvester Stallone dan Arnold Schwarzenegger boleh dianggap sukses apabila berjaya meraih kutipan sebanyak 137 3 juta dolar berbanding modal pembikinan sebanyak 54 juta Bukan itu sahaja filem yang b...
Guru Pelajar Dirotan Berdamai Masing Masing Akui Kesilapan Mohon Maaf

Guru Pelajar Dirotan Berdamai Masing Masing Akui Kesilapan Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 327 hits
Keluarga pelajar dan guru yang terbabit dalam kes rotan sehingga berbirat kerana dipanggil Cikgu Pondan akhirnya telah berdamai Exco Pendidikan Johor Aminolhuda Hassan berkata pertemuan di antara kedua dua pihak itu berlangsung di PPD Johor...
Nur Sajat Bengang Produk Let S Bengkung Diciplak Akui Alami Kerugian Besar

Nur Sajat Bengang Produk Let S Bengkung Diciplak Akui Alami Kerugian Besar

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 495 hits
Baru baru ini Nur Sajat atau nama sebenar Muhammad Sajjad Kamaruzzaman mengalami kerugian teruk sejak tahun lalu gara gara tiga produk keluarannya telah diciplak oleh pihak tidak bertanggungjawab BACA Nur Sajat mendakwa Produk Let s Bengkun...
Bpn Prabowo Akui Sulit Buktikan Kecurangan Pilpres Dalam Waktu Singkat

Bpn Prabowo Akui Sulit Buktikan Kecurangan Pilpres Dalam Waktu Singkat

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 178 hits
Menurutnya mustahil dalam waktu satu hari menghadirkan jutaan barang bukti tersebut
Romahurmuziy Akui Terima Tas Hitam Isi Duit Rp 250 Juta Dari Kakanwil Kemenag Jatim

Romahurmuziy Akui Terima Tas Hitam Isi Duit Rp 250 Juta Dari Kakanwil Kemenag Jatim

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 332 hits
Waktu itu memberikan satu tas hitam yang diakuinya sebagai uang Karena saya tidak membuka kata Rommy
Menag Akui Uang Dolar As Di Meja Kerjanya Pemberian Atase Kedubes Arab Saudi

Menag Akui Uang Dolar As Di Meja Kerjanya Pemberian Atase Kedubes Arab Saudi

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 197 hits
Teka teki uang dolar Amerika Serikat yang ditemukan Komisi Pemberantasan Korupsi di meja kerja Menteri Agama Lukman Hakim Saifuddin akhirnya terungkap Saat bersaksi di Pengadilan Tipikor Rabu Menag Lukman mengaku uang tersebut berasal dari ...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai