Adakah Zahid Kembali Semata Mata Demi Bossku


Pada 1 Julai 2019oleh Lim Kit Siang
Dalam gaya penuh dramatik, Ahmad Zahid Hamidi semalam, mengumumkan kembali menerajui UMNO selaku presiden setelah bercuti selama enam bulan. Adakah beliau akan mengalas semula tugas Ketua Pembangkang Parlimen atau mengakui bahawa Presiden UMNO tidak semestinya perlu menjadi pemimpin UMNO di Parlimen?
Tiga perkara yang perlu diberi perhatian tentang berita kembalinya Zahid daripada bercuti, seperti berikut:
Pertama, Zahid kembali mengemudi UMNO beberapa hari selepas beliau dikenakan tuduhan rasuah yang baharu, sekaligus menempa nama dalam sejarah perundangan Malaysia apabila dikenakan 87 pertuduhan jenayah berkaitan rasuah;Kedua, penentangan pemimpin UMNO terhadap keputusan Zahid untuk menamatkan cutinya, seperti yang ditunjukkan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang dilapor berkata bahawa Zahid perlu terlebih dahulu meminta pandangan Majlis Tertinggi (MT) UMNO sebelum kembali menjalankan tugas presiden; dan Ketiga, campur tangan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak yang menolak suara-suara penentangan dan membuka jalan seluas-luasnya untuk Zahid kembali menjadi Presiden, malah bertegas bahawa Zahid tidak memerlukan keizinan MT UMNO untuk kembali menerajui UMNO kerana segala keputusan tertaluk secara mutlak kepada kehendak Zahid. Adalah menarik untuk kita singkap semula peristiwa yang menyebabkan Zahid mengambil cuti sebagai Presiden UMNO pada enam bulan lalu. 
Zahid merujuk syarat-syarat “hukuman” yang dikenakan terhadap UMNO dan penghinaan yang terpaksa dilaluinya dalam beberapa mesyuarat yang beliau hadiri.
Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi menempa nama dalam sejarah perundangan Malaysia apabila dikenakan 87 pertuduhan jenayah berkaitan rasuah. – Foto oleh Hasful Zainuddin.Katanya: “Bukan penolakan secara literal tetapi penolakan untuk penghinaan dan juga suatu tindakan untuk seolah UMNO ini berada di dalam najis mughallazah. Najis ini paling berat sekali, seolah seperti najis binatang-binatang haram,” katanya.
“Ada dua permintaan. Pertama UMNO mesti dibubarkan, ahli-ahli UMNO mesti melompat ke sebuah parti baru. 
“Ertinya sejarah UMNO selama tujuh dekad itu mahu dipadamkan dan oleh kerana kononnya semua rakyat benci kepada UMNO. ‘UMNO rasuah, perompak, penyamun’.”
Akibatnya, beliau terpaksa membayar harga yang mahal kerana bertegas UMNO tidak boleh dibubarkan.
Adakah Zahid kini sudah sedar bahawa segala penghinaan yang diterima itu sebenarnya disebabkan oleh kerja-kerja kotor yang dilakukan oleh pemimpin UMNO sendiri, apabila mereka menggagalkan UMNO dan Malaysia serta bersengkongkol dengan bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dalam skandal pengubahan wang haram 1MDB dan skandal rasuah lain membabitkan Tabung Haji, Felda, Felcra dan MARA, yang mana membawa malu dan keaiban kepada Malaysia kerana digelar di seluruh dunia sebagai kleptokrasi global?
Adakah Zahid kini memimpin UMNO untuk menunjukkan bahawa pemimpin UMNO sudah menyesal dan bertaubat di atas tindakan keji, malah khianat yang mereka lakukan terhadap negara!
Atau beliau hanya kembali untuk memastikan UMNO kekal sebagai perkakas “Bossku” dan memainkan peranan sebagai proksi “Bossku”, lebih-lebih lagi setelah “Bossku” kini dapat menghidu yang beliau mungkin semakin hilang kawalan ke atas UMNO
Dalam beberapa jam akan datang, rakyat Malaysia akan mengetahui sama ada Zahid akan kembali menjadi Pemimpin Pembangkang Parlimen dan konfigurasi pembangkang baharu di Parlimen! 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/07/adakah-zahid-kembali-semata-mata-demi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Kembali Adakah Umno Bakal Bergegar

Zahid Kembali Adakah Umno Bakal Bergegar

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 570 hits
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan beliau kembali menggalas jawatan Presiden UMNO dan menamatkan cuti berkuat kuasa serta merta Beliau mengumumkan perkara tersebut pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Bagan Datuk pada Ahad Sa...
Wanita Tak Perlu Berkiblatkan Perkahwinan Semata Mata

Wanita Tak Perlu Berkiblatkan Perkahwinan Semata Mata

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 186 hits
Usia sudah manganjak 33 tahun sudah tentu ramai yang akan bertanyakan soalan cepumas mengenai perkahwinan dan jodoh buat pelakon Sharifah Amani Tidak The post appeared first on
Tinggalkanlah Perjuangan Kalau Semata Mata Kerana Individu Najib

Tinggalkanlah Perjuangan Kalau Semata Mata Kerana Individu Najib

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 278 hits
Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam hantaran di Facebooknya dengan tegas memberi beberapa pesanan dan peringatan kepada ahli ahli parti Tinggalkanlah perjuangan kalau semata mata kerana individu Lupakanlah persengketaan sesama kita ...
Umno Kelantan Sambut Baik Zahid Kembali Terajui Parti

Umno Kelantan Sambut Baik Zahid Kembali Terajui Parti

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 352 hits
Ahmad Jazlan YaakobKUALA LUMPUR Seluruh kepimpinan UMNO peringkat akar umbi di Kelantan menyambut baik keputusan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk kembali menerajui parti Pengerusi UMNO negeri Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata keputusan d...
Zahid Kembali Umno Tertimbus

Zahid Kembali Umno Tertimbus

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 313 hits
Zahid kembali Umno tertimbus Posted By on July 02 2019Usahlah bertempik di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra jika pemimpin atasan Umno enggan mendesak Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya berundur daripada jawatannya sebagai presiden kata be...
Hari Hari Awal Zahid Kembali Teraju Parti Aura Kemenangan Pru15 Makin Dirasai

Hari Hari Awal Zahid Kembali Teraju Parti Aura Kemenangan Pru15 Makin Dirasai

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 526 hits
Hari ini hari ketiga Zahid kembali menjadi Presiden selepas enam bulan berehat ekoran desakan dalaman parti yang mahukan beliau berbuat demikian Meskipun pada awal desakan mahu beliau berundur oleh Pemuda UMNO dijawab dengan kenyataan tegas...
Zahid Kecam Pihak Pertikai Keputusan Kembali Pimpin Umno

Zahid Kecam Pihak Pertikai Keputusan Kembali Pimpin Umno

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 288 hits
July 7 2019 1 46 PMPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan untuk kembali memimpin adalah hak beliau yang dipilih sebagai presiden parti itu yang sah IPOH Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini menempelak kenyataan pihak yang m...
Apakah Agenda Tersembunyi Zahid Kembali Memimpin Umno

Apakah Agenda Tersembunyi Zahid Kembali Memimpin Umno

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 579 hits
ULASAN DAN ANALISAAhmad Zahid HamidiSAYA telah membaca dan menganalisa semua komen komen mengenai Ahmad Zahid Hamidi yang menamatkan cuti sabatikal daripada menjalani tugas dan tanggungjawab sebagai presiden Umno Tindakan Zahid itu ada pro ...
Ph Tidak Terjejas Walau Zahid Kembali Terajui Umno

Ph Tidak Terjejas Walau Zahid Kembali Terajui Umno

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 358 hits
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Pakatan Harapan tidak terjejas walaupun Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kembali memegang jawatan sebagai Presiden Umno Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata keputusan Ahmad Zahid itu menun...
Honey Trap When Seduction Meets Spycraft In The Shadows Of Power

Klia S Aerotrain System Operational Next Month Loke

Pn Mp S Call To Restore Judicial Independence Timely

Rafizi Apa Guna Kekal Dalam Kabinet Jika Hilang Kebebasan Bersuara

Upsi Oriental Daily 19 06 2025

Power Rate Exemptions For Low Usage Consumers

Loke Klia Aerotrain Delays Due To Safety Tests

Siti Nurhaliza Bisakah Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Benda Hibah Sebenarnya

Duit Selalu Sangat Takk Cukup Korang Mesti Reset Mindset Korang

Improvement Personality

Lirik Lagu Aku Ikhlas Melepaskanmu Shandy Pagalla

Awie Riez Luka Chord

Revealed The Hyper Exclusive Mv Agusta Superveloce 1000 Ago