Adakah Wan Azizah Dengar Doa Norhayati


 

Perihal berita bahawa peguam kerajaan mencelah bagi membantah isteri dan keluarga Amri Che Mat beroleh kebenaran di sebalik kehilangan aktivis itu sangatlah seperti halilintar memetir dan sabung menyabung gempitanya dalam dada setiap pencinta keadilan dan kebenaran. Amri hilang tanpa berita. Suhakam mengatakan mereka dihilangkan secara paksa, maka apa haknya kerajaan menafikan maklumat ini untuk keluarganya?
Saya pernah tuliskan, jika kerajaan ini – Kerajaan Perpaduan – menafikan kerabat mangsa kehilangan paksa untuk mendapat pengetahuan apa yang terjadi; ketahuilah kerajaan ini akan runtuh. Allah tidak bersama-sama penindas. Saya pernah menuliskan di sini yang Allah tahu Amri dimangsai. Jika kerajaan memilih untuk memendam apa yang sudah berlaku ketahuilah maka petaka dan bencana akan menyapa. Lambat-laun, yang madani akan menjadi mungkiri, setiap yang mungkir berakhir mungkar.
Masyarakat madani perlu diberi petunjuk bahawa negara ini bukan negara polis yang hidup kita sangat penuh gerun dan khuatir. Hal ini bukan keterlaluan kerana ada banyak sebab kita perlu berasa ragu.
Pertamanya, ketakutan adanya sang mata-mata sedang mengawasi kita sudah pun bersarang dalam diri rakyat sekian lama.
Jika kita membaca buku Muslihat Mahathir (2023) karya Barry Wain terjemahan Mardhiyyah Abadan dan Badrul Hisham Ismail yang diterbitkan IBDE, kita akan terkejut mengetahui bagaimana Cawangan Khas digunakan untuk menebas musuh-musuh politik menteri dalam negeri iaitu Ghazali Shafie pada 1970-an. Buku itu terjemahan Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times.
Ghazali yang bercita-cita menjadi perdana menteri menyasarkan siapa sahaja yang merencat di laluannya, dengan menuduh mereka itu sebagai komunis. Nama-nama yang diheret, ditahan, dipaksa, dan diseksa nama-nama besar. Ahli politik, sasterawan, seniman, ahli akademik, ada yang merupakan menteri, dan itu tidak menjadi halangan buat Cawangan Khas untuk mengerjakan mereka. Buku itu juga menelanjangkan fakta bagaimana Syed Husin Ali ditahan semata-mata agar dia dapat menuduh orang tertentu dengan label yang telah dipasangkan.
Barry Wain (yang diterjemahkan IBDE) menukilkan begini:
“Selaku menteri dalam negeri yang bertanggungjawab menjaga keselamatan negara, hal ini ibarat bulan jatuh ke riba buat Ghazali Shafie. Selain cita-citanya yang tinggi itu, dia memang tidak menyukai Abdullah Ahmad yang telah membantu mengatur kekalahannya semasa pemilihan naib yang dipertua parti pada 1975. Senjata Ghazali ialah polis Cawangan Khas, satu unit risikan yang turut memerhati musuh Umno dan kerajaan di samping kerja rasminya menyiasat musuh negara. Lebih jahat lagi, Ghazali menggunakan Cawangan Khas untuk mencantas musuhnya dalam Umno atas nama mengancam keselamatan negara.
Ads by Kiosked“Pada Jun 1976 iaitu lima minggu selepas dikurniakan anugerah tertinggi sastera negara oleh perdana menteri, Samad Ismail ditahan kerana disyaki menjadi ahli Parti Komunis yang telah diharamkan. Dia ditahan tanpa bicara setelah penangkapan dua orang wartawan akhbar Melayu di Singapura yang mengakui mereka sebahagian daripada gerakan komunis yang diketuai oleh Samad. Selepas Samad membuat pengakuan di siaran televisyen tahanan politik ketika itu disyaratkan untuk mengaku jika mereka mahu dilepaskan bahawa dia telah bertahun-tahun menggerakkan usaha menjatuhkan kerajaan atas arahan ejen komunis dari luar negara.
“Ghazali kembali mendapat perhatian dalam politik. Dia jadi wira dalam perhimpunan agung Umno pada tahun ini. Ghazali diberikan tepukan gemuruh sebaik sahaja dia berucap menjamin pertarungan melawan komunis telah selesai dan berjaya.”
Berdasarkan petikan dari buku di atas, amatlah wajar untuk rakyat mengetahui adakah negara kita mempunyai pasukan sebegini yang kerja mereka boleh dimanipulasi untuk agenda tertentu. Jika itu berlakunya di zaman Ghazali menjadi menteri dalam negeri, maka kita perlu tahu apakah yang berlaku di zaman Amri diculik.
Amri dihilangkan secara paksa pada malam 24 Nov 2016. Beliau keluar dari rumahnya untuk menemui seseorang, sebaik melangkah keluar rumah, lima buah kenderaan menghalang pergerakan kereta Amri. Ia berlaku hanya kira-kira 550m dari rumahnya di Bukit Chabang, Perlis. Beliau diculik tanpa sebab diketahui. Dalam masa terdekat juga ada kecenderungan serupa yang menculik Pastor Raymond Koh pada siang 13 Februari 2017 di Jalan SS4B/10, kurang 100m dari kompleks perumahan polis di Kelana Jaya.
Kedua-dua kes di atas sudah dirumuskan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) sebagai kehilangan paksa dalam satu inkuiri panjang bermula Oktober 2017. Suhakam membuat kesimpulan bahawa Cawangan Khas bertanggungjawab terhadap kehilangan mereka. Pesuruhjaya Suhakam tatkala itu, Mah Weng Kwai, percaya individu atau kumpulan yang beroperasi dengan sokongan ejen negara terbabit dalam penculikan tersebut.
Dalam laporan akhir inkuiri, panel Suhakam yang menyiasat kes kehilangan Amri mendakwa polis melakukan “usaha untuk mengaburkan” dan ini berkait dengan bekas pekerja kontrak Cawangan Khas itu.
Ads by KioskedApa gerangan kerajaan madani ini berebut dengan keluarga Amri untuk menutup kebenaran? Tidakkah isteri Amri berhak mengetahui apa yang berlaku?
Kerajaan perpaduan hari ini dipimpin oleh seorang perdana menteri yang pernah dipukul dalam lokap polis dengan cara boleh menyebabkan kematian. Anwar dibiarkan pengsan dan tidak mendapat rawatan selama beberapa hari. Hal ini semua menjadi episod yang tidak boleh dilupakan oleh generasi 1997 dan sudah difilemkan dalam Anwar: The Untold Story. Adalah malang jika kerajaan yang dipimpin oleh seorang mangsa keganasan polis begini ingin merebut fail yang menyimpan segala rahsia dan maklumat kehilangan Amri dari tangan isterinya, Norhayati Mohd Ariffin.
Jika Wan Azizah berasa galau dan resah selama lima hari tidak mendapat khabar berita mengenai Anwar, maka rasanya apakah perasaan cikgu Norhayati selama tujuh tahun ini? Apakah hak Norhayati dan anak-anaknya tidak setanding dengan hak Wan Azizah dan anak-anak beliau?
Bukan sahaja keluarga Amri berhak mengetahui apa yang berlaku, kita seluruh rakyat mahukan ketelusan agar negara ini tidak akan berdepan lagi dengan manipulasi jahat pihak tertentu khusus menteri dalam negeri atau perdana menteri.
Itulah sebabnya saya mengatakan, jika kerajaan yang tertubuh atas nama madani ini mungkir, maka apa bezanya dengan kerajaan Najib dan Muhyiddin?
Yang kerajaan perpaduan harus takuti bukanlah kesepakatan cela Mahathir dan Hadi Awang atas nama Melayu. Yang kerajaan Anwar harus geruni ialah doa isteri Amri dan Pastor Koh. Tidakkah kalian pernah mendengar kata-kata bahawa Tuhan akan akur doa orang tertindas? - FMT
Ads by KioskedArtikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/06/adakah-wan-azizah-dengar-doa-norhayati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baru Merasa Ada Anak Perempuan Lama Idam Baby Girl Rupanya Fiza Frizzy Tak Lepas Kirimkan Doa Dari Kawan Kawan

Baru Merasa Ada Anak Perempuan Lama Idam Baby Girl Rupanya Fiza Frizzy Tak Lepas Kirimkan Doa Dari Kawan Kawan

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 225 hits
Walau sudah punya dua orang cahaya mata lelaki namun impian untuk memiliki anak perempuan tetap menjadi misi buat pengacara Fiza Frizzy dan suaminya Berkongsi kisah throwback kelahiran anak ketiganya yang merupakan seorang perempuan akui Fi...
Zikir Doa Sebelum Tidur

Zikir Doa Sebelum Tidur

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 178 hits
Bagaimanakah bacaan zikir dan doa sebelum tidur Panduan ini akan menerangkan secara lengkap bacaan zikir dan doa yang digalakkan sebelum kita tidur agar kita terlindung dari gangguan syaitan Apa yang penting Bacaan bacaan ini telah saya per...
Niat Dan Doa Solat Witir

Niat Dan Doa Solat Witir

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 274 hits
Bila sebut pasal solat witir selalunya Juju akan kaitkan dengan solat terawih Yelah selalu kita dengar lepas solat terawih kena buat solat witir 3 rakaat atau 1 rakaat Juju pun sebelum ni kurang ambil maklum mengenai solat witir ni Tapi set...
Syukur Dan Terima Kasih Kepada Segala Ucapan Dan Doa Terbaik Di Birthday 2023

Syukur Dan Terima Kasih Kepada Segala Ucapan Dan Doa Terbaik Di Birthday 2023

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 178 hits
SYUKUR DAN TERIMA KASIH KEPADA SEGALA UCAPAN DAN DOA TERBAIK DI BIRTHDAY 2023AlhamdulillahirobbilAlamin Syukur dan terima kasih kepada segala ucapan dan doa yang terbaik Tahun tok adalah remarkable birthday di kala PRU15 2022 Semoga doa doa...
Mahkamah Kuantan Dengar Permohonan Orang Asli Batalkan Status Peluk Islam

Mahkamah Kuantan Dengar Permohonan Orang Asli Batalkan Status Peluk Islam

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 164 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di Kuantan akan mendengar permohonan oleh 137 Orang Asli daripada etnik Bateq Mayah yang mencabar untuk membatalkan status Islam mereka berikutan penukaran agama beramai ramai yang didakwa menyalahi undang undan...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint