Adakah Wajib Pakai Topeng Muka Elak Covid 19
Situasi wabak sememangnya telah menimbulkan pelbagai isu, antaranya adalah topeng muka yang mahal, berikutan tindakan pembelian panik yang terjadi pada fasa awal wabak virus Covid-19 dan walaupun ramai yang berpusu-pusu ke pasar raya dan farmasi membeli topeng muka, timbul persoalan yang ingin dibangkitkan kali ini.
Gambar hiasan
Adakah wajib bagi setiap individu untuk memakai topeng muka sekiranya ingin mengelakkan jangkitan Covid-19?
Topeng muka mahal dan menjadi rebutan, perlu ke pakai?
Penggunaan topeng muka, walaupun boleh mengelakkan penularan wabak jika dipakai oleh individu yang sakit, tidak begitu efektif jika tidak disertakan dengan amalan mencuci tangan secara kerap.
Bekalan topeng yang dijual di pasaran juga semakin berkurangan, dengan pihak pengeluar sedang berusaha keras untuk menghasilkan lebih banyak topeng muka.
Terdapat kilang yang kini beroperasi selama 24 jam bagi memastikan jumlah permintaan alat perlindungan ini dapat dipenuhi.
Dan perkara tersebut pasti akan menyebabkan kenaikan kos operasi dan seterusnya, maka harga topeng muka yang mahal akan dijual kepada pengguna, lama-kelamaan stoknya pun akan berkurangan.
Hakikatnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan panduan pemakaian topeng muka di laman sesawangnya untuk rujukan orang ramai.
Panduan Yang Betul Pemakaian Topeng Muka:
Individu sihat tidak perlu memakai topeng muka. Ia hanya perlu dipakai sekiranya individu tersebut menjaga orang sakit.Jika anda mengalami simptom batuk dan bersin, pakai topeng muka.Pastikan anda mencuci tangan secara kerap menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer yang mempunyai kepekatan alkohol setinggi 60% dan ke atas. Penggunaan topeng muka hanya efektif sekiranya dua amalan ini digandingkan bersama.Pakai dengan cara yang betul dan buang setelah pakai. Jangan guna semula topeng muka yang telah dipakai.
Tidak Perlu Memakai Topeng Muka
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, turut memberikan nasihat dalam sidang media COVID-19 supaya orang sihat tidak memakai topeng muka.
Amalan jarak sosial dan cuci tangan secara kerap sudah cukup bagi menghindari wabak tersebut.
Tiada kajian sokongan keberkesanan topeng muka
Terdapat percanggahan pada isu kepentingan memakai topeng muka dalam kalangan pakar sendiri.
Menurut Dr William Schaffner, Profesor Penyakit Berjangkit di Universiti Vanderbilt, topeng muka tidak memberikan perlindungan yang mutlak kepada pengguna kerana lazimnya, mereka yang memakai topeng muka tidak menggunakannya dengan betul.
Jika pemakaian topeng diwajibkan kepada semua individu, maka pekerja kesihatan frontliner akan menghadapi masalah bekalan kelak.
Dan tidak banyak kajian yang menunjukkan keberkesanan topeng muka dalam menghindarkan penyakit yang melibatkan saluran pernafasan.
Keutamaan seharusnya diberikan kepada sektor kesihatan berbanding dengan penggunaan kasual dalam komuniti setempat.
Amalan basuh tangan dan jarak sosial sudah mencukupi untuk menghindarkan jangkitan Covid-19.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
Ketahui 4 Jenis Topeng Muka Paling Sesuai Dipakai Ketika Darurat KesihatanSenarai Harga 5 Jenis Topeng Muka (Barangan Terkawal) Di Malaysia
sumber: hellodoktor
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sentiasapanas.com/2020/03/wajib-pakai-topeng-muka-elak-covid-19.html