Adakah Umno Bersaing Dalam Ruang Politik Yang Sesak


 
MUSTAFF K ANUAR


Jika ada keperluan untuk perpaduan orang Melayu, ia patut berlegar di sekitar prinsip penting melibatkan keadilan, kepercayaan, belas ihsan serta kasih kepada orang miskin dan tertindas






Parti Kuasa Rakyat yang dilihat merentasi kaum serta berideologi sosialis dilancarkan baru-baru ini manakala tokoh Umno Tengku Razaleigh Hamzah pula cuba untuk menghidupkan semula Umno Lama.

Perkembangan ini cukup mengkhuatirkan timbalan presiden Umno, Mahdzir Khalid kerana beliau merasakan ruang politik di Malaysia sudah terlalu banyak parti berasaskan Melayu.

Menteri luar bandar ini gusar ia akan membahagi serta memecahkan perpaduan Melayu, yang, pada fikirannya, tidak baik kepada keseluruhan masyarakat.

Parti Kuasa Rakyat dipimpin oleh abang kepada Ismail Sabri Yaakob iaitu Kamarazaman Yaakob.

Melayu, pada Mahdzir, hanya memerlukan Umno, bagi meneruskan dan mempertahankan kepentingan mereka seperti yang seringkali dilaungkan.

Namun, begitulah lumrah demokrasi dengan kebebasan untuk keterlibatan, yang bermakna sesiapa pun dapat membentuk parti politik jika mereka mempunyai sumber untuk melakukannya.

Di dalam ‘pasar’ politik inilah parti akan bersaing untuk memenangi minda dan hati pengundi bagi memenuhi kemahuan mereka untuk memegang tampuk kuasa.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter

·         Become an Aliran member

Begitulah, secara teorinya. Muda yang baru dibentuk masih berusaha untuk didaftarkan secara sah oleh Jabatan Pendaftaran, yang jatuh di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri. Menafikan partinya untuk wujud dan bersaing di lapangan pengundian sesuatu yang tidak demokratik.

Berlatarbelakangkan hal ini, pujian perlu diberikan kepada anggota jawatankuasa pusat Umno Mohd Puad Zarkashi yang menyatakan kerajaan perlu meluluskan pendaftaran Muda.

Beliau menambah bahawa kerajaan tidak patut gentar kepada presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Ia patut membenarkan parti baru ini untuk mencari tapak di lapangan politik Malaysia.

Berkongsi pendapatnya, Mahdzir nampak tegas menyatakan secara tersirat bahawa Umno patut mempunyai monopoli terhadap sokongan politik dan kesetiaan masyarakat Melayu pada ketika ini.

Atau dengan kata lain, Melayu perlu dilihat seperti apa adanya, atau secara salahnya, sebuah kolektif monolitik.

Seperti komuniti etnik lainnya, jelas bahawa kerencaman wujud di dalam masyarakat Melayu itu sendiri.

Umno sendiri yang terpecah, merupakan contoh jelas, apatah lagi sekarang, bahawa tiada makna terhadap perpaduan Melayu yang digembar-gemburkan itu.

Misalnya, terdapat orang Melayu yang termakan dengan nasionalisme etno-keagamaan manakala ada yang dilihat terbuka pada kerencaman etnik dan inklusif. Ada juga yang suka songlap manakala ramai yang menolak kelakuan sebegitu.

Jika ada keperluan untuk perpaduan orang Melayu, ia patut berlegar di sekitar prinsip penting melibatkan keadilan, kepercayaan, belas ihsan serta kasih kepada orang miskin dan tertindas, seperti pada kebebasan.

Prinsip sebegini juga pastinya dapat menyatukan warga Malaysia dari pelbagai etnik – pendekatan perpaduan merentas kaum. Ini menjelaskan mengapa terdapat ahli politik Melayu yang memimpin atau menyertai parti yang tertarik kepada idea ke-Malaysia-an yang sejagat.

Apa yang ditanggapi sebagai kesesakan dalam ruang politik, tidaklah begitu sesak seperti yang digambarkan sebenarnya kerana, secara kualitatif dan ideologinya, kebanyakan parti berasaskan Melayu mempunyai jampi yang sama iaitu “Melayu, agama dan tanah air”.

Dalam kata lain, Umno terpaksa bersaing dengan parti lain yang juga mahu mempertahankan Melayu – cuba bernafas dengan yang lain dalam kolam yang sama.

Terlalu banyak yang dah disebut dan dilakukan atas nama Melayu selama ini, yang seringkali meninggalkan Melayu tetap miskin, serta juga bumiputera lainnya, mengakibatkan mereka terpinga-pinga mengapa mereka masih tertinggal secara sosioekonominya.

Kerana itulah jika mereka mahu terus hidup secara politiknya, parti seperti Umno seperti mahu membezakan diri mereka dari yang lainnya dengan berusaha untuk membawa suara mereka yang miskin dan terpinggir, bukannya elit yang berkuasa dan kaya.

Apatah lagi, ramai yang terdesak dan terdedah sekarang dapat membezakan politikus yang benar-benar dan acah-acah mahu berkhidmat kepada rakyat Malaysia dalam keadaan epidemik Covid.

Barangkali, ia sesuatu yang berguna jika kita dapat memerhati adakah lapangan politik itu sebenarnya sesak dengan politikus yang meletakkan kepentingan peribadi mereka berbanding rakyat. – The Malaysian Insight

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/adakah-umno-bersaing-dalam-ruang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Perjuangan Umno Sudah Lapok Dan Ketinggalan Zaman

Adakah Perjuangan Umno Sudah Lapok Dan Ketinggalan Zaman

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 125 hits
Umno ditubuhkan 75 tahun dahulu pada 1946 untuk menentang rancangan British yang ingin mewujudkan Malayan Union Masa itu tidak terlintas di dalam pemikiran orang Melayu tentang hendak memperjuangkan merdeka Semenejak itu seluruh dunia sudah...
Bersatu Hanya Seteru Politik Umno

Bersatu Hanya Seteru Politik Umno

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 166 hits
Kita sentiasa menghulurkan tangan tetapi PAS kena buat keputusan sama ada mahu bersama PERIKATAN NASIONAL atau dengan Muafakat Nasional Kita minta PAS buat keputusan jangan pula UMNO dilihat sebagai yang tidak mahu Sebenarnya kita sudah kat...
Prn Melaka Pas Akan Bincangkan Keputusan Umno Mahu Jalin Kerjasama Politik Ahad Ini

Prn Melaka Pas Akan Bincangkan Keputusan Umno Mahu Jalin Kerjasama Politik Ahad Ini

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 346 hits
MELAKA PAS akan membincangkan mengenai keputusan UMNO untuk menjalinkan kerjasama politik dalam Pilihan Raya Negeri Melaka pada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat Ahad ini Pesuruhjaya PAS Melaka Datuk Kamarudin Sidek berkata setakat ini pihak...
Adakah Pas Bersekutu Dengan Umno Dalam Diam

Adakah Pas Bersekutu Dengan Umno Dalam Diam

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 173 hits
Adakah PAS Bersekutu Dengan UMNO Dalam Diam Oleh yieMEGADEMAM Pilihan Raya Umum yang ke 14 semakin jelas terasa semakin hari terasa semakin dekat dengan detik keramat negara kita itu Bermacam macam isu timbul dari 1MDB Persempadanan Semula ...
Ulama Pas Harap Umno Kalah Agar Boleh Belajar Politik Jujur

Ulama Pas Harap Umno Kalah Agar Boleh Belajar Politik Jujur

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 252 hits
malaysiakini comDiterbitkan Nov 6 2021 7 39 PMPRN MELAKA Selepas pemimpin Bersatu mengajak pengundi Melaka mengajar Umno BN petang ini ulama PAS pula menyuarakan pandangan yang sama Sambil bersumpah untuk menegaskan sayangnya kepada Muafaka...
Gegak Gempita Konon No Bersatu Realitinya 3 Juta Ahli Umno Hidup Hidup Kena Tipu

Gegak Gempita Konon No Bersatu Realitinya 3 Juta Ahli Umno Hidup Hidup Kena Tipu

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 229 hits
Cissss sembang kari dan gebang lebih saja UMNO selama ini rupanya Konon tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu dan sedia berlawan dengan parti itu dalam PRN Melaka hakikatnya semua itu hanya tipu dan propa saja Realiti yang tersembunyi UMNO ...
Pemimpin Umno Dedah Kenapa Bersatu Beriya Iya Nak Pas Guna Logo Pn

Pemimpin Umno Dedah Kenapa Bersatu Beriya Iya Nak Pas Guna Logo Pn

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 388 hits
October 31 2021 Pada PRU 14 PAS telah mendapat lebih kurang 15 peratus undi Melayu di Melaka Oleh kerana faktor Dr Mahathir PH pula telah mendapat 20 peratus undi Melayu bertambah 10 peratus daripada undi Melayu yang diperoleh oleh PH berba...
Prn Melaka Tentera Siber Umno Mula Kempen Fitnah Muhyiddin

Prn Melaka Tentera Siber Umno Mula Kempen Fitnah Muhyiddin

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 236 hits
AGENDA DAILY Tentera siber UMNO memuat naik fitnah di laman media sosial masing masing menuduh Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin menyogok pengundi di Melaka Gambar FB Tentera siber UMNO mula menabur fitnah terhadap Perik...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Resipi Cheese Tart

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Hoya Pro1 Uv Filter

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One