Adakah Teknologi Ai Akan Membunuh Kerjaya Penulis


“Bolehkah teknologi Artificial Intelligence (AI) menjadikan atau mengubah semua orang menjadi seorang penulis yang hebat?”
 
Atau mungkinkah dengan kemunculan teknologi ini, ia sebenarnya bakal membunuh kerjaya seorang penulis?
 
Pada saya, teknologi AI ini sepatutnya dapat menjadikan penulis yang berbakat, jadi lebih hebat dalam menghasilkan karya penulisan mereka.
 
Bukannya membunuh kerjaya mereka.
 
Saya akui, pada waktu awal-awal kemunculan AI dulu, saya juga mempunyai tanggapan yang kurang tepat mengenai AI. Semuanya berpunca daripada kegagalan saya menjawab soalan ini dengan tuntas.
 
“AI ini sebenarnya adalah kawan ataupun musuh, bagi kerjaya penulis?”

 
Kalau kita lihat kepada tren sebelum ini, ada macam-macam AI mula muncul dipasaran. Antaranya
i. ChatGPT (https://chatgpt.com/)
ii. Claude (https://claude.ai/)
iii. Grok (https://x.ai/)
iv. Perplexity (https://www.perplexity.ai/)
iv. Deepseek (https://deepseek.com/)
 
Semua AI ini berupaya untuk menghasilkan karya penulisan yang hebat lagi dahsyat, hanya dengan semudah kita memasukkan beberapa kata arahan atau prompt.
 
Maka tak hairan kalau kebangkitan ini menimbulkan kerisauan dalam kalangan penulis.
 
Pelbagai persoalan mula timbul, antaranya
“Adakah AI akan menggantikan penulis manusia?”
“Kalau semua orang boleh guna AI, apa gunanya mengupah penulis lagi?”
“Bolehkah AI menjadikan atau mengubah semua orang menjadi penulis?”
 
Persoalan terakhir ini sangat menarik dan dekat dengan hati saya, kerana di satu sudut, saya sedar bahawa AI memang mampu menulis artikel, mencipta skrip, dan menghasilkan kandungan pemasaran (content marketing) dengan pantas.

 
Kemudian saya tersedar satu lagi hakikat.
 
Pada hari ini, boleh dikatakan semua orang ada akses kepada teknologi AI.
Tapi kenapa masih ada penulis yang menghasilkan artikel berkualiti rendah?
 
Pada satu sisi yang lain pula, saya mula mempertimbangkan satu lagi sudut pandang.
 
Bagaimana kalau sebenarnya AI bukannya ancaman kepada penulis tapi sebenarnya ia adalah satu alat untuk menjadikan penulis yang bagus jadi bertambah hebat!
 
Kalau topik ini menarik pada pandangan anda, apa kata anda teruskan pembacaan.
Kita nak cuba bongkar dan bincangkan topik ini, supaya ia semakin jelas.
 
Kelebihan dan kekurangan Teknologi AI kepada penulis Pertama sekali, saya nak kata begini.
 
AI adalah teknologi yang hebat tapi sebenarnya ia masih ada banyak kelemahan.
Ya, saya juga sebenarnya menggunakan bantuan AI dalam menghasilkan artikel di blog saya.
 
Disebabkan itu, saya boleh katakan, walaupun AI ini sangat membantu, namun ia sebenarnya masih mempunyai beberapa kekurangan.
 
Namun disebalik kekurangan yang wujud itu, AI sangat membantu saya dari segi
(1) Menjimatkan masa dalam kerja-kerja penyelidikan
Saya dah tak perlu susah payah untuk membaca pelbagai laman web berbeza, media sosial, buku dan sebagainya untuk mendapatkan input yang sesuai untuk dimuatkan dalam posting blog saya.
 
Saya hanya perlu beri arahan kepada AI untuk mencari informasi yang relevan untuk saya gunakan dalam penghasilan artikel blog saya. Ini sangat-sangat menjimatkan masa saya.
 
Kalau dulu, saya sangat bergantung kepada Google untuk mencari maklumat.
Kali ini proses mencari maklumat dapat dijimatkan dengan bantuan AI.
 
(2) Membantu saya menghasilkan draf artikel dengan pantas
Sebelum ini saya hasilkan draf artikel secara manual.
 
Saya perlu fikir sendiri,
i. Apakah ayat yang paling sesuai untuk digunakan dalam ayat pendahuluan?
ii. Poin yang mana satu yang saya perlu letakkan sebagai poin utama?
iii. Apa lagi input yang perlu saya masukkan supaya artikel saya jadi lebih bermanfaat?
 
Kali ini, saya minta bantuan AI untuk fikirkan untuk saya, sebarang input tambahan yang mungkin tak terlintas difikiran saya.
 
Kesannya, saya dapat hasilkan artikel yang lebih panjang dan padat dengan input.
Manakala pembaca saya boleh baca perkongsian yang lebih berkualiti.
 
(3) Memudahkan membina struktur ayat
AI juga membantu saya membina kerangka artikel yang lebih baik.
 
Bila ada kerangka artikel, saya hanya perlu menghasilkan penulisan mengikut kerangka yang telah dicadangkan, tanpa perlu risau saya akan terbabas dengan memasukkan input tambahan yang sebenarnya tak perlu dimasukkan dalam satu penulisan yang sama.
 
Jika ada sebarang input tambahan, saya boleh hasilkan artikel yang baru, supaya artikel asal tidak menjadi terlalu panjang berjela.
 
Kita dah bercerita mengenai kelebihan dan manfaat AI kepada penulis seperti saya.
 
Kali ini, kita akan sentuh serba sedikit mengenai kelemahan yang ada pada AI.
 
(1) Tiada emosi dan kreativiti
Konten yang dijana oleh AI sebenarnya hanyalah gabungan daripada pelbagai maklumat yang tersedia di dalam database miliknya.
 
Maklumat ini pula dibekalkan atau diambil dari pelbagai sumber lalu dikumpulkan dalam satu database yang sangat besar.
AI tidak mampu untuk menghasilkan sesuatu yang benar-benar original atau menyentuh emosi seperti mana yang dilakukan oleh penulis manusia.
 
(2) Tiada pengalaman
Artikel yang dijana oleh AI tidak mampu untuk bercerita dari sudut pengalaman. Maklumlah, AI ini tidak hidup dan tidak melalui pengalaman tertentu.
 
AI hanya dapat berikan draf berdasarkan kepada maklumat yang tersedia pada database miliknya.
 
Kalau AI ada sebut tentang pengalaman, ia boleh jadi diceduk dari pengalaman orang lain, yang pernah memberikan maklumat serupa dalam database.
 
(3) Kandungan lebih kurang sama
Bukan setakat kandungan yang dihasilkan oleh AI nampak lebih kurang sama, malahan kalau kita baca ayat-ayat yang dijana oleh AI, bunyinya macam robot.
 
Kalau ada 100 orang menulis topik yang sama, dan semua orang ini menggunakan AI sepenuhnya, kita akan nampak semua artikel yang disiarkan bunyinya lebih kurang sama.
 
Tak ada perasaan, tak ada elemen emosi, ayat terlalu skema dan ada juga penggunaan perkataan yang tak sesuai selain berulang-ulang.
 
(4) Fakta tidak sentiasa tepat
Sebarang fakta yang dibekalkan oleh AI, perlu disemak semula.
 
Adakalanya fakta tidak tepat, maklumat salah ataupun ia memberikan maklumat yang sudah lapuk, bergantung kepada bila kali terakhir database AI tersebut dikemaskinikan.
 
Lebih kurang sama macam manusia.
Sebarang input atau idea yang manusia tersebut akan berikan, kualitinya bergantung kepada informasi yang dia miliki.
 
Kadang-kadang kita juga akan tersilap atau hanya dapat memberikan maklumat yang sudah tidak relevan.
 
Bayangkan kalau seseorang itu, kali terakhir dia membaca buku adalah semasa dia bersekolah dulu.
Kini umur dia sudah menjangkau lewat 50an.
Orang ini, hanya menua tapi langsung tidak bertambah ilmu dan pengetahuannya.
Pengetahuan yang dia ada, hanya setakat perkara yang dia pelajari semasa zaman sekolah dahulu.
 
(5) AI tidak memahami konteks dan situasi
AI ini hanya akan menjawab soalan anda.
 
Dia tak mampu untuk memahami apa sebenarnya yang anda cuba sampaikan, apa perasaan anda dan sebagainya.
 
Walaubagaimanapun, saya percaya semua ini akan berubah tak lama lagi, dengan berkembangnya teknologi ini.
 
Apa pun, pada saat entri ini saya hasilkan, saya berpandangan AI masih belum boleh menggantikan penulis sepenuhnya.
 
Bagi mereka yang merasakan AI mampu untuk menggantikan penulis manusia, mereka ini mungkin terlepas pandang realiti ini.
 
Bolehkah AI Menjadikan Semua Orang Seorang Penulis? Secara teorinya, saya boleh katakan sesiapa sahaja boleh guna AI untuk menghasilkan karya penulisan.
 
Buka sahaja apps atau laman web AI, sama ada chatgpt, gemini atau claude, dan masukkan beberapa kata arahan.
Tekan enter.
Nah… satu draf artikel akan terpampang dihadapan mata anda.
 
Ada satu perkara terlintas di fikiran saya.
Adakah anda akan katakan, artikel itu adalah karya penulisan anda?
 
Hampir semua orang boleh lakukan perkara ini, tapi persoalannya ialah, adakah ini menjadikan mereka seorang penulis yang bagus?
Tidak semestinya.
 
Kita nak buat perbandingan seperti ini.
 
Bayangkan seorang pemuda yang baru bermula dalam dunia fotografi.
Suatu hari, pemuda ini diberikan sebuah kamera DSLR yang canggih.

Adakah dengan mempunyai kamera DSLR tersebut, pemuda itu terus menjadi seorang jurugambar profesional yang hebat?
 
Tidak semestinya.
 
Dia masih tetap perlu belajar tentang pencahayaan, komposisi, dan teknik fotografi yang betul.
 
Katakanlah, pada satu hari dia terlihat sebuah iklan yang menjual smartphone.
Smartphone ini dilengkapi dengan teknologi AI yang sangat canggih yang dapat membantu penggunanya merakam gambar dengan sangat hebat.
 
Adakah dengan berbekalkan kamera smartphone yang dilengkapi dengan teknologi AI itu tadi, telah mampu menjadikan dia seorang jurugambar yang hebat setanding dengan jurugambar profesional?
 
Sekali lagi, jawapannya ialah… tak semestinya.
 
Perkara yang sama berlaku dalam bidang penulisan.
AI hanyalah alat.
 
Kualiti artikel yang bakal dihasilkan itu nanti, masih tetap bergantung kepada bagaimana seseorang penulis itu menggunakan teknologi AI tersebut.
 
Buktinya?

Diluar sana ada ramai penulis yang menggunakan AI, tetapi yang peliknya mereka ini tetap menghasilkan artikel yang hambar, ada kesalahan ejaan, ayat yang berulang-ulang dan penulisan seperti robot.
 
Agak-agaknya kenapa perkara ini boleh berlaku?
Bukankah ini boleh dijadikan bukti, bahawa sekadar menggunakan AI masih belum mencukupi.
 
Kita juga perlu sedar, bahawa pembaca artikel kita adalah manusia!
Bukannya robot.
 
Cuba tanyakan pada diri kita sendiri.
“Kita ni sebenarnya nak menulis untuk audiens manusia, atau nak menulis untuk perisian AI?”
 
Penulis yang berbakat akan jadi lebih hebat apabila menggunakan AI Artificial Intelligence ini adalah suatu teknologi baru yang kita semua perlu pelajari cara untuk menggunakannya dengan bijak dan berkesan.
 
Sama ada kualiti penulisan kita akan jadi semakin baik, atau tidak ada sebarang kemajuan, semuanya bergantung kepada sejauh mana kita faham mengenai hakikat ini.
 
Ada sekurang-kurangnya 7 faktor yang akan memberi kesan kepada kualiti penulisan yang bakal dihasilkan.
 
(1) Kreativiti penulis
Seperti yang kita sedia maklum, AI hanya mampu untuk membantu kita menyusun maklumat berdasarkan kepada maklumat sedia ada dalam database milik mereka.
 
Tapi, kalau kita mahukan karya penulisan yang mempunyai idea yang segar, sudut pandang yang unik, mempunyai emosi serta ada suara penulis yang asli, itu semua perlu datang dari karya penulisan manusia.
 
Ya, AI mampu untuk “meniru” itu semua, bergantung kepada jenis kata arahan (prompt) yang anda gunakan.
 
Contohnya, kita berikan arahan seperti
“Imagine you are Robert Kiyosaki, and you are going to write an article about the danger of abusing credit card, please write the draft of the article…”
 
Anda akan dapat satu karya penulisan, yang seolah-olah ditulis oleh Robert Kiyosaki.
 
Tapi sebenarnya tidak.
Ia hanyalah satu karya tiruan yang mengajuk cara penulisan Robert.
 
(2) Kualiti prompt
Kehebatan output yang dijana oleh AI sangat bergantung kepada jenis arahan yang diberikan.
 
Jika prompt yang anda gunakan bersifat umum, agak kabur, maka jawapan balas yang bakal anda perolehi juga akan jadi kabur.
 
Penulis yang mahir, yang sanggup untuk meluangkan sedikit masa untuk mendalami ilmu menulis prompt, sepatutnya tahu cara bagaimana memberikan arahan yang tepat yang dapat memberikan hasil yang berkualiti tinggi.
 
(3) Cara menggunakan AI
Sebaik-baiknya, kita gunakan AI sebagai rakan pembantu, bukannya pengganti diri kita.
 
Kalau kita sendiri yang menggantikan karya penulisan asli kita dengan karya yang dijana oleh AI, nampak tak yang sebenarnya kita sendiri yang membunuh karier penulisan kita?
 
Penulis yang hanya “copy paste” output yang dijana oleh AI tanpa melalui proses suntingan, akhirnya akan menghasilkan kandungan yang hambar dan membosankan.
 
Situasi ni nampak sama, macam pemilik bisnes yang sebelum ini hanya bergantung seratus peratus dengan penulis freelance untuk menghasilkan konten penulisan bagi laman web milik perniagaannya.
 
Kali ini, nampak macam dah tak perlu bayar upah kepada penulis, sebab boleh guna AI.
Tapi masalahnya, artikel yang dijana oleh AI, sudah tidak mempunyai elemen emosi, seperti mana yang dihasilkan oleh penulis manusia.
 
(4) Suntingan
Sebenarnya, menulis artikel itu mudah.
 
Bahagian yang lebih mencabar adalah pada bahagian suntingan.
 
Pada bahagian suntingan inilah sebenarnya kita akan memperbaiki beberapa struktur ayat, menjadikan ayat tersebut seperti sebuah perbualan, dan menukarkan beberapa perkataan tertentu supaya ayat yang terhasil itu nanti tidak kedengaran seperti ayat dalam buku teks.
 
Sewaktu kita buat suntingan ini juga, kita akan masukkan “suara” dan “identiti” unik kita sendiri sebagai seorang penulis.
 
Inilah yang membezakan antara karya penulisan dari penulis yang berbeza.
Mereka mungkin menulis topik yang sama.
Tapi disebabkan gaya penyampaian yang berbeza, menjadikan karya mereka lebih menarik untuk dibaca.
 
(5) Memahami audiens
AI masih mempunyai kekangan dalam memahami siapakah sebenarnya audiens yang anda sasarkan.
 
Katakanlah anda ingin menghasilkan posting yang ditujukan kepada kawan baik anda dimedia sosial.

Penulis yang berpengalaman, tahu cara untuk menyesuaikan gaya bahasa dan nada untuk menarik perhatian pembaca.
 
Sebaliknya AI tak tahu, apakah nada, loghat dan style anda bercakap.
Ia akan terus mencadangkan draf artikel yang menggunakan bahasa yang standard.
 
Suka ataupun tidak, draf tersebut perlu diedit terlebih dahulu.
 
(6) Kemampuan menyemak fakta
AI boleh melakukan kesilapan dengan memberikan maklumat dan informasi yang tidak tepat.
 
Hal ini sebenarnya merupakan tanggungjawab anda sebagai penulis, untuk menyemak dan memastikan sebarang maklumat yang dijana oleh AI adalah tepat.
 
Jangan terlalu bergantung kepada AI, seolah-olah apa sahaja yang dilontarkan oleh AI adalah seperti sebuah wahyu yang kita tak boleh pertikaikan langsung.
 
Sepanjang saya menggunakan AI dalam penulisan, saya beberapa kali mempersoalkan output yang diberikan, hingga akhirnya AI tersebut meminta maaf dan memperbetulkan kesalahan yang dilakukan.
 
Ya, anda tak salah baca.
AI seperti ChatGPT juga akan meminta maaf apabila kita kata mereka buat salah, dan kita minta mereka perbetulkan fakta yang diberikan.
 
(7) Etika dan Strategi Penggunaan AI
Sama ada anda ingin menggunakan AI untuk tujuan yang baik, ataupun buruk, segalanya bergantung kepada anda.
 
Sebagai seorang penulis, saya nampak AI ini sangat berguna dalam membantu saya meningkatkan kualiti kerja, dan bukannya sebagai jalan pintas untuk hasilkan artikel baru di blog saya.
 
Walaupun saya kini kerap kali menggunakan AI, namun saya perhatikan, saya masih lagi memerlukan masa yang agak lama untuk menghasilkan artikel baru.
 
Kadang-kadang bila mood nak menulis tu tak ada, ada draf artikel yang disediakan oleh AI pun saya rasa tak memberikan apa-apa makna.
 
Pada saya, kalau saya sendiri tak suka baca artikel yang saya sendiri tulis, apatah lagi audiens saya nanti.
 
Sekali imbas mereka boleh nampak, ini semua hasil karya AI.
Jadi lepas ni, kalau mereka dah tak nak baca apa yang saya tulis pun, mereka tak rugi apa-apa.
 
Kesimpulan Sebagai penutup, saya nak katakan begini.
 
AI tidak akan membunuh kerjaya seorang penulis.
Tetapi yang akan membunuh kerjaya seorang penulis, adalah individu penulis itu sendiri yang tidak mahu berkembang dan belajar menggunakan teknologi ini dengan betul bagi menaiktaraf kualiti penulisan dirinya.
 
AI bukannya musuh.
Ia adalah suatu alat yang membantu penulis yang berbakat, jadi lebih hebat, lebih pantas dan lebih cekap dalam menghasilkan karya penulisan yang bermanfaat.
 
Namun, keistimewaan ini hanya akan dapat dinikmati oleh mereka yang tahu macam mana cara nak menggunakan teknologi ini dengan betul.
 
Jika penulis tersebut hanya mengharapkan AI tanpa meningkatkan kemahiran sendiri, maka merekalah sebenarnya yang akan menyebabkan kerjaya mereka musnah dengan sendirinya.
 
Justeru, sebagai penulis kita sebenarnya mempunyai pilihan.
i. Takut dan elak AI
Anda boleh anggap AI ini sebagai musuh anda. Ia menjadi punca kenapa kerjaya penulisan anda jadi terbantut akhir-akhir ini.
 
Namun tanggapan seperti ini, langsung tidak memberi sebarang manfaat kepada anda.
Semakin hari anda akan semakin ketinggalan.
 
ii. Belajar dan manfaatkan AI
Langkah yang lebih baik adalah kita belajar cara yang betul untuk menggunakan AI dalam penulisan.
 
Saya pasti selepas anda pelajari cara penggunaan yang betul, anda akan nampak manfaat yang lebih besar yang boleh anda perolehi dari hasil kerjasama dengan teknologi AI ini.
 
Ada banyak lagi yang saya ingin kongsikan mengenai topik penulisan dan artificial intelligence ini.
Namun atas kekangan masa, saya perlu berhenti dulu sampai disini.
 
Jika anda ingin tambah luaskan lagi pembacaan mengenai topik ini, saya syorkan anda baca juga topik mengenai cara untuk menjana pendapatan dalam matawang USD melalui artikel AI dipautan ini.
 
 
 
The post Adakah Teknologi AI akan Membunuh Kerjaya Penulis? appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/artificial-intelligence-membunuh-kerjaya-penulis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Menuju Negara Unggul Dalam Teknologi Cip

Malaysia Menuju Negara Unggul Dalam Teknologi Cip

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 117 hits
Kerajaan MADANI kini terus melangkah ke hadapan dalam industri teknologi tinggi dengan memeterai kerjasama strategik bersama gergasi reka bentuk seni bina cip iaitu ARM Holdings plc Perjanjian yang dimeterai ini bukan sekadar memperkukuh ke...
Landskap Teknologi Ai Semikonduktor Negara Akan Berubah Pmo

Landskap Teknologi Ai Semikonduktor Negara Akan Berubah Pmo

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 131 hits
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah ketika Taklimat Harian PMO pada 5 Mac 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 5 Mar Malaysia bakal melakar sejarah dalam industri teknologi global apabila Perdana Men...
Tv Samsung 2025 Dilengkapi Teknologi Audio 3d Dibangunkan Google

Tv Samsung 2025 Dilengkapi Teknologi Audio 3d Dibangunkan Google

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 133 hits
Samsung memperkenalkan TV baharu mereka yang kini dilengkapi dengan teknologi audio dibangunkan Google Eclipsa Audio Ia merupakan kerjasama 2 syarikat itu dalam usaha menghasilkan teknologi audio 3D terkini Eclipsa Audio menggunakan format ...
Bagaimana Manfaatkan Teknologi Ai Di Kalangan Anak Muda

Bagaimana Manfaatkan Teknologi Ai Di Kalangan Anak Muda

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 169 hits
Menguasai AI bukan hanya memberi nilali tambah kepada anak muda tetapi semakin banyak ilmu ditimba semakin tinggi nilai akhlak dan adab tersemat di dada mereka Foto Facebook Anwar IbrahimPENDAPAT 10 Mar Dewasa ini penggunaan kecerdasan buat...
Memanfaatkan Pengurusan Sisa Menggunakan Teknologi Sel Fuel Mikrob

Memanfaatkan Pengurusan Sisa Menggunakan Teknologi Sel Fuel Mikrob

papar berkaitan - pada 15/3/2025 - jumlah : 113 hits
Penulis Mimi Hani Binti Abu Bakar Lim Swee Su Muhammad Nabil Alias Kartik Raj A L Chandran Wan Syaidatul Aqma Binti Wan Mohd Noor Nurul Huda Binti Abd Karim Muhamad Ramdzan Bin Buyong4 Institut Sel Fuel UKM Kolej Yayasan UEM Fakulti Sains T...
Menteri Digital Program Berteraskan Teknologi Bakal Perkasakan Sektor Pertanian Di Bentong

Menteri Digital Program Berteraskan Teknologi Bakal Perkasakan Sektor Pertanian Di Bentong

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 143 hits
BENTONG Sektor pertanian di Bentong Pahang yang terkenal dengan hasil pertanian seperti durian dan halia bakal diperkasakan melalui beberapa program berteraskan teknologi bagi menambah baik kecekapan operasi dan meningkatkan lagi hasil tana...
Kad Grafik Amd Rx 9070 Xt 9070 Dilancar Seni Bina Rdna 4 Teknologi Fsr 4

Kad Grafik Amd Rx 9070 Xt 9070 Dilancar Seni Bina Rdna 4 Teknologi Fsr 4

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 115 hits
AMD hari ini secara rasmi memperkenalkan siri kad grafik Radeon RX 9000 yang menggunakan seni bina baharu RDNA 4 Dua model pertama dalam siri ini Radeon RX 9070 XT dan Radeon RX 9070 hadir dengan 16GB memori GDDR6 peningkatan ketara dalam p...
Umno Membunuh Diri Sendiri

Umno Membunuh Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 14/3/2025 - jumlah : 133 hits
harakahdaily netMarch 13 2025MENURUT sejarah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu berasal daripada gabungan parti parti politik bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan Melayu Islam dan bumiputera yang merupakan penduduk asal Tanah Melayu Tujuan p...
Sijil Veterinar Malaysia Bidang Kerjaya Syarat Permohonan

Sijil Veterinar Malaysia Bidang Kerjaya Syarat Permohonan

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 159 hits
Salah satu sijil yang boleh diambil oleh individu yang meminati bidang veterinar adalah Sijil Veterinar Malaysia Lepasan Sijil Veterinar Malaysia berpeluang untuk bekeria sama ada di sektor awam atau swasta atau menjadi usahawan ternak golo...
Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

The Benefits And Considerations Of Whole Life Insurance

Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Loko Pemuda Chord

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Bull Ring A Taurine Triumph Bonneville Scrambler From Spain

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Syawal Ke 4 Adik Beradik Dan Keluarga Sa

Mmasa Jadi Kerajaan 33 Bulan Tak Mampu Pikir Pun Sibuk Bab Lain