Malaysia Menuju Negara Unggul Dalam Teknologi Cip


 


Kerajaan MADANI kini terus melangkah ke hadapan dalam industri teknologi tinggi dengan memeterai kerjasama strategik bersama gergasi reka bentuk seni bina cip iaitu ARM Holdings plc. Perjanjian yang dimeterai ini bukan sekadar memperkukuh kedudukan Malaysia dalam sektor semikonduktor dan kecerdasan buatan (AI), tetapi juga menandakan era baharu di mana Malaysia bukan lagi hanya bertindak sebagai hab pembuatan cip, sebaliknya turut menjadi peneraju dalam inovasi dan pembangunan teknologi tersebut di rantau ini.










Melalui inisiatif ini, Malaysia bakal menyaksikan lahirnya mikrocip ‘Made by Malaysia’, suatu pencapaian yang mencerminkan keupayaan serta daya inovasi anak watan dalam bidang berteknologi tinggi. Ia bukan sekadar satu lonjakan ke hadapan, tetapi bukti bahawa negara kita mampu berdiri seiring dengan kuasa besar dunia dalam industri semikonduktor.


Walhasil, perjanjian ini merangkumi komitmen untuk melahirkan 10,000 jurutera litar bersepadu (IC) dalam tempoh empat tahun, satu langkah penting dalam membina tenaga kerja berkemahiran tinggi yang akan menjadi tulang belakang kepada kemampanan industri ini. Sementalahan, syarikat tempatan turut berpeluang mengakses teknologi serta portfolio harta intelektual (IP) milik ARM, sekali gus membolehkan mereka bersaing di peringkat global dengan keupayaan inovasi yang lebih mantap.


Apa yang lebih bermakna adalah kerjasama ini akan memperkukuh ekosistem industri semikonduktor negara dengan membangunkan rantai bekalan tempatan yang lebih utuh dan mampan. Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bakal mendapat manfaat besar menerusi peluang penyertaan dalam industri berteknologi tinggi ini, membuka ruang bagi lebih banyak produk semikonduktor yang bukan sahaja direka bentuk di Malaysia tetapi juga dipasarkan ke peringkat antarabangsa.


Dengan langkah ini, Malaysia sedang meletakkan asas kukuh untuk menjadi hab inovasi teknologi yang disegani di rantau ini. Insya-Allah, dengan kepakaran, kesungguhan, dan dukungan padu semua pihak, negara akan terus mara ke hadapan sebagai pemain utama dalam arena semikonduktor dan AI di peringkat global.


#MalaysiaMADANI 
#MADANIBekerja
#MadeByMalaysia








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/03/malaysia-menuju-negara-unggul-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pavilion Malaysia Di Mwc 2025 Serlah Komitmen Perkasa Agenda Pendigitalan Negara

Pavilion Malaysia Di Mwc 2025 Serlah Komitmen Perkasa Agenda Pendigitalan Negara

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 354 hits
Para delegasi Malaysia diketuai Mohammad Fauzi dan Annuar Zaini bergambar ketika perasmian Pavilion Malaysia sempena Mobile World Congress 2025 di Barcelona Sepanyol pada 3 Mac 2025 BARCELONA 3 Mar Penyertaan Malaysia dalam Mobile World Con...
Miti Siasat Dakwaan Cip Ai Nvidia Dipindahkan Dari Singapura Ke Malaysia

Miti Siasat Dakwaan Cip Ai Nvidia Dipindahkan Dari Singapura Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 290 hits
Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri berkata ia sedang menyiasat dakwaan cip kecerdasan buatan Nvidia dalam pelayan yang dikaitkan dengan kes penipuan dialihkan dari Singapura ke Malaysia Kami akan mengeluarkan kenyataan sebaik s
Makin Diminati Insya Allah Negara Kita Malaysia Bakal Masuk Senarai P

Makin Diminati Insya Allah Negara Kita Malaysia Bakal Masuk Senarai P

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 229 hits
Berkata kepada agensi berita Interfax Ketua ROSOBORONEXPORT Alexander Mikheev menyatakan bahawa pelanggan eksport pertama pesawat pejuang Su 57E itu akan menerima dan mengoperasikan pesawat pejuang pelbagai guna canggih itu pada tahun ini P...
Siri Xiaomi Pad 7 Tiba Di Malaysia Skrin 3 2k Cip Snapdragon Harga Serendah Rm1 299

Siri Xiaomi Pad 7 Tiba Di Malaysia Skrin 3 2k Cip Snapdragon Harga Serendah Rm1 299

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 331 hits
Xiaomi turut memperkenalkan siri Xiaomi Pad 7 terdiri daripada Xiaomi Pad 7 Pro dan Xiaomi Pad 7 yang direka untuk meningkatkan produktiviti dan hiburan Tablet ini menampilkan skrin 11 2 inci 3 2K dengan kadar segar semula 144Hz empat pembe...
Landskap Teknologi Ai Semikonduktor Negara Akan Berubah Pmo

Landskap Teknologi Ai Semikonduktor Negara Akan Berubah Pmo

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 273 hits
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah ketika Taklimat Harian PMO pada 5 Mac 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 5 Mar Malaysia bakal melakar sejarah dalam industri teknologi global apabila Perdana Men...
Malaysia Bakal Lakar Sejarah Meterai Kerjasama Dengan Syarikat Pereka Cip Terbesar Dunia

Malaysia Bakal Lakar Sejarah Meterai Kerjasama Dengan Syarikat Pereka Cip Terbesar Dunia

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 267 hits
SITI NUR ZAWANIMarch 5 2025Malaysia bakal melakar sejarah dalam industri teknologi global di mana Kerajaan Malaysia akan memeterai kerjasama strategik dengan syarikat pereka cip terbesar di dunia yang berpengkalan di United Kingdom petang i...
Konsep Negara Bangsa Fokus Bentuk Masyarakat Malaysia Bersatu

Konsep Negara Bangsa Fokus Bentuk Masyarakat Malaysia Bersatu

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 233 hits
Kementerian Perpaduan Negara berkata konsep negara bangsa bertujuan membentuk masyarakat bersatu padu menghormati perbezaan dan berkongsi identiti sebagai rakyat Malaysia KUALA LUMPUR Kementerian Perpaduan Negara memilih tema Harmoni Dalam ...
Bila Perut Tak Tenang

Practical Guide To Hair Loss Treatment In Kl Malaysia

Hotel Kucing Spa Kinrara Masih Beroperasi

Pengasas Azmy Burger Azmy Bin Sanusi Meninggal Dunia

Simple Yummy Beef Meatball Recipe

Kelantan Bapa Tiri Didakwa Tiga Pertuduhan Amang Seksual

Donald Trump Mendarat Di Malaysia Lawatan Rasmi Menandakan Hubungan Diplomatik Yang Kuat

Cotton Candy Dreams A 1977 Harley Shovelhead Chopper From Wales


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Fam Sambut Kehadiran Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa

Operasi Penyelamatan Kapal Kabel Mackay Bennett Dalam Misi Mengembalikan Mayat Titanic

Hilang Tiba Tiba Trump Dijangka Tinggalkan Malaysia Esok Pagi

Maiwp Tv Alhijrah Meterai Memorandum Persefahaman Lahirkan Projek Bangkit Sebagai Platform Transformasi Usahawan

Caning Not A Complete Solution To Discipline Issues Said Rafizi Who Suggests Japan As An Example

Malaysians Urged To Wear Only Black White Or Dark Attire In Thailand To Honour Late Queen Mother Sirikit