Adakah Ph Masih Miliki Nombor Dan Harapan



MUKADDIMAH

PH kembali bekerja kuat setelah mereka ‘diruntuhkan’ oleh anasir dalaman mereka sendiri. Kali ini, PH bekerja kuat untuk menjatuhkan kerajaan TS Muhyiddin dan PN. Tun Mahathir dan DS Anwar dilihat sentiasa dalam ‘mode’ bermesyuarat dan bersidang media sejak sebelum Ramadan. Jentera siber DAP dan PAN pula sentiasa dalam ‘mode’ menyerang, menghentam dan mengungkit setiap sejarah silam yang pedih antara komponen-komponen PN.

Hanya Abang Mat Sabu saja yang belum turun ke jalanan.

Pertukaran kerajaan
Sepanjang dua minggu ini, setiap hari kita mendengar PH akan kembali berkuasa esok atau lusa. Namun seperti kita ‘dikencing’ lagi untuk kesekian kalinya, jika kita memilih untuk mempercayainya.

Buktinya, sehingga hari ini Kerajaan PN masih di Putrajaya seperti biasa. ‘Nombor’ yang diberikan hanyalah akrobatik politik semata-mata. Terakhir 107 untuk PH, kata DS Anwar.

Mewakili PH di media
Jika dilihat daripada kenyataan yang sering dipetik media sebagai mewakili PH, Tun M dan DS Anwar adalah pada ranking pertama. Ajaibnya, ranking kedua diisi oleh Khalid Samad dan Salahuddin Ayub. Seterusnya Syed Saddiq, Datuk Kadir Jasin dan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak. Seterusnya pimpinan-pimpinan lain.

Tiada daripada DAP, kecuali melalui Lim Kit Siang. Theresa Kok, Hannah Yeo dan Anthony Lok sekali sekala ada juga muncul mengkritik Kerajaan PN, dan memuji Kerajaan PH terdahulu.

Tiada daripada Tuan Lim Guan Eng, kecuali kenyataan membela dirinya daripada cuba campur tangan dalam kes yang diuruskan oleh Pejabat Peguam Negara. Desas-desus campur tangan itu sehingga terpalit kepada Tun Mahathir sendiri.

PAN komponen paling vokal mewakili PH
Kesimpulan melulu yang boleh kita buat daripada keadaan ini ialah, tanpa Tun Mahathir dan DS Anwar, PAN mungkin akan mengemudi PH sebagai komponen tonggak. Ini kerana, setakat ini pimpinan PAN dilihat paling bersemangat mempertahankan PH. PAN juga sentiasa menyerang PAS, Umno, Muafakat Nasional dan PN. PAN sentiasa dalam posisi menyerang dan bertahan.

Bersediakah kita menerima Abang Mat Sabu, Khalid Samad atau Salahuddin Ayub sebagai PM ke-9? Mungkinkah Hanipa Maidin?! Jangan bimbang. Sebetulnya mereka sendiri pun terkejut jika mereka dicalonkan sebagai PM ke-9. Mereka memang tidak bersedia dan tidak berharap.

Hakikatnya, walaupun merupakan komponen yang paling banyak ‘berpeluh’ demi PH, PAN tiada akar umbi yang kuat seperti PKR dan DAP. Jika bersendirian, ia adalah lebih lemah daripada Tun Mahathir bersendirian. Lebih lemah daripada PKR bersendirian. Dan pastinya lebih lemah daripada DAP bersendirian. PAN sentiasa perlukan pelampung untuk kesinambungan hidup.

Setakat ini PH adalah pelampung itu. Jika PH turut berkubur, atau berpecah menjadi lebih kecil, ia sangat menjejaskan ‘kesihatan politik’ PAN.

PH menolak PRU dalam tempoh terdekat
Setelah DS Najib membuat kenyataan Umno perlu bersedia untuk berhadapan PRU, tindak balas PH ialah PRU tidak perlu. Ia membazir wang kerajaan, keadaan COVID-19 masih belum selesai ditangani dan beberapa alasan lain yang diberi.

Sebelum itu, beberapa alasan tidak mahu mengadakan PRU telah diberikan oleh PN. Ia menyebabkan PN diserang oleh media PH daripada segenap sudut. Ajaibnya, ia berakhir dengan pengisytiharan PH pun berpendapat PRU adalah tidak perlu. Hanya PH tidak sebutkan secara lantang, ‘mandat rakyat yang baru adalah tidak perlu’.

Akhirnya, kita dapati ada juga titik sepakat antara PH dan PN. Sekalipun PH tidak henti-henti mengkritik apa jua langkah yang diambil oleh Kerajaan PN dalam menguruskan wabak COVID-19.

Apa lagi pilihan untuk PH ambil alih kerajaan?
Nampaknya satu-satu pilihan yang ada untuk PH ialah ‘permainan nombor’, sama ada melalui Usul Undi Tidak Percaya di Parlimen, atau membuktikan TS Muhyiddin telah kehilangan sokongan majoriti di Parlimen kepada SPB YDP Agong.

Nampaknya terpaksa menghadap SPB YDP Agong jugak, walaupun tidak pernah bersetuju dengan keputusan baginda sebelum ini.

‘Permainan nombor’ ialah berusaha mempengaruhi sejumlah Ahli Parlimen pendokong kerajaan agar tidak lagi menyokong kerajaan. PH menuduh PN sebagai ‘kerajaan pintu belakang’ kerana mereka menuduh PH bermain ‘permainan nombor’ sehingga menjatuhkan kerajaan PH.

Hakikat sebenarnya ialah PH meruntuhkan kerajaan mereka sendiri, bukan melalui permainan nombor. Kekosongan kerajaan setelah keruntuhan Kerajaan PH lantaran peletakkan jawatan Tun Mahathir, telah memaksa semua pihak untuk menunjukkan ‘nombor’ yang mereka miliki sebagai bukti merekalah yang paling layak membentuk kerajaan.

Ia telah diadili dengan saksama oleh SPB YDP Agong. Kerajaan PN telah dibentuk.

Penutup
Yang berlaku sekarang adalah amat pelik sekali. PH sedang bermain nombor untuk cuba menjatuhkan Kerajaan PN melalui ‘pintu belakang’ ‘yang amat keji itu’. PH sedang menggalakkan proses ‘melompat’ dalam kalangan Ahli Parlimen untuk menjatuhkan kerajaan semasa.

Rundingan PKR dan ‘Plus’, iaitu kumpulan Tun Mahathir yang telah kehilangan parti setakat ini, sedang berada pada tahap paling kritikal.

Siapa akan menjadi PM jika PH Plus kembali berkuasa, Tun Mahathirkah? Atau DS Anwarkah? Adakah akan ada pelan peralihan kuasa fasa kedua? Adakah kem Tun Mahathir akan menyokong DS Anwar? Adakah kem DS Anwar berupaya lagi mendokong Tun Mahathir?

PN pula tentulah akan bertahan dengan serangan PH. Kata ahli strategi, ada kalanya pertahanan yang terbaik ialah dengan cara ‘menyerang’, dan bukan sekadar ‘bertahan’.

‘Acid Test’ ialah pada sidang Parlimen selama 25 hari bermula 17 Julai ini.

ZAKARIA ISMAIL
Marang, 15 Jun 2020

 – HARAKAHDAILY 15/6/2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/06/adakah-ph-masih-miliki-nombor-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Pakatan Harapan Bersedia Untuk Kembali Memimpin

Adakah Pakatan Harapan Bersedia Untuk Kembali Memimpin

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 277 hits
Kerajaan Pakatan Harapan yang mendapat mandat sah daripada rakyat hanya mampu bertahan selama 22 bulan sebelum dikhianati sekumpulan penyangak bernafsu serakah melalui Langkah Sheraton Langkah tersebut jelas merupakan satu penghinaan kepada...
Masih Ada Sinar Harapan Untuk Gelandangan Bandar

Masih Ada Sinar Harapan Untuk Gelandangan Bandar

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 351 hits
Oleh Shanika AbdulLatibKUALA LUMPUR 16 JUN Di sebalik kegawatan penularan wabak Covid 19 jelas terpancar rasa gembira pada wajah 166 orang gelandangan yang selama ini hidup tanpa arah tujuan termasuk merempat di kota metropolitan Kuala Lump...
Maksud Setiap Nombor Dalam Budaya Cina Dan Kaitannya Dengan Kehidupan

Maksud Setiap Nombor Dalam Budaya Cina Dan Kaitannya Dengan Kehidupan

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 1254 hits
Masyarakat Cina percaya dengan memiliki nombor pendaftaran tertentu yang popular sesuatu tuah boleh diperoleh dan disebabkan itu juga mereka sanggup membelanjakan wang yang sangat banyak untuk sesetengah nombor yang dianggap bertuah Kuasa d...
Kedai Nombor Dah Dibenarkan Buka Dimana Pemuka Pas

Kedai Nombor Dah Dibenarkan Buka Dimana Pemuka Pas

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 1683 hits
Bhai DeeDee semua Hari nih semua kedai judi nombor ekor dah dibenarkan dibuka dibenarkan beroperasi ikut penjarakan sosial Huhuhu kedai Magnum 4D Kedai Damacai kedai Sport Toto semua dah on hari nih ramai pulak orang yang dah berkunjung ke ...
Hiburan Mira Filzah Gembira Anak Buah Dapat Tawaran Sekolah Nombor Satu Di New York

Hiburan Mira Filzah Gembira Anak Buah Dapat Tawaran Sekolah Nombor Satu Di New York

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 758 hits
Berkongsi berita gembira apabila anak saudaranya yang dikenali sebagai Umar mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di The Anderson School Citywide Gifted Talented di New York Amerika Syarikat pelakon popular tanah air Mira Filzah zahir rasa...
Hasilkan Link Whatsapp Untuk Pelanggan Mesej Tanpa Save Nombor Telefon

Hasilkan Link Whatsapp Untuk Pelanggan Mesej Tanpa Save Nombor Telefon

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 407 hits
Bagi peniaga online link WhatsApp ni sangat penting kerana ianya memudahkan pelanggan untuk terus direct mesej penjual untuk bertanyakan berkenaan produk jualan kita Pelanggan tidak perlu untuk save terlebih nombor penjual semata mata hanya...
Miliki 3 Laboratorium Pcr Kaltim Kini Lakukan Periksa Swab Mandiri

Miliki 3 Laboratorium Pcr Kaltim Kini Lakukan Periksa Swab Mandiri

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 241 hits
Pengoperasian laboratorium hari ini melengkapi ketersediaan dan pengoperasian 2 laboratorium PCR sebelumnya di RSUD AW Syachranie di Samarinda serta di RS Pertamina Balikpapan
Malaysia Miliki Kredibiliti Haramkan Arak

Malaysia Miliki Kredibiliti Haramkan Arak

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 271 hits
Negara berhak zahirkan keislaman serta melarang kemungkaranTiada kompromi dan toleransi perlu diberikan kepada arak bahkan ia sepatutnya diharamkan di negara ini kerana menjadi punca kemalangan jalan raya serta keruntuhan rumah tangga Timba...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation