Adakah Pakatan Harapan Bersedia Untuk Kembali Memimpin


oleh CHANG LIH KANGJune 4 , 2020 
Kerajaan Pakatan Harapan yang mendapat mandat sah daripada rakyat hanya mampu bertahan selama 22 bulan, sebelum dikhianati sekumpulan penyangak bernafsu serakah melalui “Langkah Sheraton”. Langkah tersebut jelas merupakan satu penghinaan kepada sistem demokratik negara kita.Pengkhianat-pengkhianat yang merencanakan muslihat tersebut bukan sahaja mengkhianati parti politik mereka, tetapi juga amanah yang diberikan oleh pengundi.Rakyat berasa sangat marah. Mereka merasakan undi mereka dalam pilihan raya umum yang lalu sia-sia begitu sahaja. Jika kemenangan dalam sesebuah pilihan raya boleh diperkotak-katikkan oleh sekumpulan penyangak politik, apa perlunya lagi untuk rakyat bertungkus-lumus turun mengundi? Malah, segala reformasi kini tergendala dan tiada sesiapa yang boleh dipertanggungjawabkan kerana kerajaan sekarang tidak mendapat mandat rakyat dalam pilihanraya.Justeru, kita harus memikul tanggungjawab untuk kembalikan kerajaan PH yang sah ke tampuk kepimpinan negara.Namun, adakah PH bersedia untuk kembali mengemudi negara?Seperti ramai penyokong tegar, saya juga menaruh harapan tinggi agar kerajaan PH kembali mentadbir negara. Namun sebelum itu, kita wajar merenung kembali kesilapan dan kekhilafan kita pada masa silam. Selain daripada strategi untuk menewaskan musuh, muhasabah diri yang mendalam perlu dilakukan demi memastikan kita kembali sebagai kerajaan “Pakatan Harapan 2.0” yang lebih baik.Mekanisme pengambilan keputusan yang berat sebelahSemasa Pakatan Harapan berkuasa, salah satu isu yang sering dibangkitkan adalah mekanisme pengambilan keputusan. Banyak keputusan penting di peringkat kerajaan atau PH dibuat secara sebelah pihak tanpa perbincangan yang mencukupi. Sebagai contoh, lantikan menteri kabinet tidak mencerminkan hasrat parti-parti komponen gabungan tersebut. Lantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga mencetuskan perdebatan hangat di kalangan ahli-ahli PH.Isu yang diketengahkan bukan kelayakan calon-calon tetapi proses pengambilan keputusan. Mungkin ada yang berhujah bahawa lantikan-lantikan itu adalah kuasa Perdana Menteri. Namun, perkataan kuasa tersebut merujuk kepada “punca kuasa” dalam istilah pentadbiran. Perbincangan dan muafakat adalah amalan biasa dalam politik gabungan, melainkan parti Perdana Menteri memenangi pilihan raya secara bersendirian tanpa bantuan parti-parti lain.Selain daripada lantikan kerajaan, sesetengah keputusan penting yang memberi kesan kepada PH juga dibuat tanpa permuafakatan. Salah satunya adalah adalah pusingan-U berkaitan operasi kilang nadir bumi Lynas di Kuantan, Pahang. Ia bukan sekadar ‘satu keputusan’ semata-mata tetapi ia adalah salah satu daripada janji utama pilihan raya Pakatan Harapan! Sebahagian besar daripada pemimpin PH berkempen kepada rakyat sebelum pilihan raya dengan tekad menutup kilang Lynas apabila diberikan mandat. Namun, keputusan untuk memungkiri janji tersebut dibuat tanpa perbincangan di kalangan ahli-ahli parlimen PH. Jika pun kerajaan terikat dengan obligasi kontrak atau sebab-sebab yang lain, kontrak tersebut harus didedahkan untuk dinilai oleh rakyat sendiri.Mekanisme pengambilan keputusan yang berat sebelah itu telah merosakkan integriti PH. Rakyat hilang kepercayaan pada PH kerana apa jua janji yang dibuat secara bersama boleh dimungkiri begitu sahaja.Jika PH kembali berkuasa dalam masa yang akan datang, satu mekanisme pengambilan keputusan yang jauh lebih baik daripada yang lama perlu diwujudkan.Komunikasi yang lemahDalam tempoh singkat 22 bulan, penyokong-penyokong Pakatan Harapan berdepan dengan kesukaran kerana masalah komunikasi kerajaan pusat. Kami gagal menyebarkan maklumat tentang polisi-polisi progresif yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan. Sebaliknya, kita menghabiskan masa dan sumber untuk bertarung dengan berita-berita palsu dan ucapan berbaur kebencian. Contohnya, makanan percuma untuk pelajar sekolah gagal menjadi wacana nasional tetapi warna kasut sekolah menjadi bahan jenaka. Tiada siapa bersuara tentang kejayaan penstrukturan semula Tabung Haji, tetapi semua orang merungut tentang dividen terendah dalam sejarah sebanyak 1.25%.Berulang kali kerajaan PH gagal bertindak terhadap berita-berita palsu dengan segera. Apabila berita palsu disebarkan dengan marak dalam media sosial, kerajaan langsung tidak berbuat apa-apa seolah-olah semuanya terkawal. Apabila PH mula sedar bahawa persepsi orang ramai sudah terbentuk berdasarkan maklumat yang palsu, nasi telah pun menjadi bubur.Malahan, kerajaan pada masa itu juga turut terheret ke dalam kancah politik identiti. Pembangkang pada masa itu berjaya memutarbelitkan fakta pengiktirafan ICERD (International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination) lalu mencetuskan pertembungan antara masyarakat Melayu dan bukan Melayu. Mereka berjaya menggambarkan ICERD sebagai satu ancaman kepada kedudukan orang Melayu dan Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun, pengiktirafan ICERD sebenarnya hanya iltizam kerajaan untuk menghapuskan diskriminasi kaum, yang langsung tidak sentuh tentang perkara yang dibangkitkan oleh pembangkang.Malangnya, maklum balas kerajaan pada masa itu amat tidak memuaskan. PH gagal dalam penjelasan isu kepada rakyat, walaupun media rasmi berada dalam kawalan kerajaan. Kegagalan yang sama berulang kembali dalam kes Zakir Naik dan kekecohan di Kuil Seafield.Adakah PH telah insaf dan mengambil iktibar daripada kejadian-kejadian ini?Kaji semula manifesto dan laksana dengan ikhlasAkhir sekali, Pakatan Harapan perlu kaji semula manifesto sebelum kembali ke tampuk kuasa dengan terburu-buru. PH diberikan mandat membentuk kerajaan kerana sebahagian besar rakyat percaya dengan janji-janji reformasi dalam manifesto kami. Namun, rakyat mempunyai pengalaman yang pahit dengan kerajaan PH dalam pelaksanaan manifesto sendiri. Sebahagian kekecewaan disebabkan oleh komunikasi yang lemah; sementara sebahagian besar yang lain adalah kerana PH memungkiri janji-janji sendiri.Antara janji-janji yang dimungkiri termasuk Lynas, lantikan jawatan-jawatan utama yang perlu disahkan oleh Parlimen, mengehadkan tempoh Perdana Menteri kepada dua penggal, dan lain-lain. Keyakinan rakyat kepada PH merosot apabila pimpinan utama memberi alasan-alasan lemah seperti “manifesto bukan kitab suci’, “kami tidak sangka akan menang apabila menyediakan manifesto”, “sukar untuk melaksanakan manifesto tanpa majoriti dua pertiga”, dan sebagainya.Maka, satu manifesto yang praktikal perlu dibentangkan semula kepada rakyat sekiranya Pakatan Harapan berhasrat untuk membentuk semula kerajaan. Manfaatkan pengalaman selama 22 bulan sebelum ini untuk memperbaiki mana-mana kandungan yang kurang sempurna dan bentangkan kepada rakyat Malaysia dengan penuh kejujuran. Yakinkan mereka bahawa “Langkah Sheraton” telah menjadikan PH sebuah gabungan yang lebih baik. Ini adalah satu-satunya cara untuk memikat semula kepercayaan rakyat.Jika PH merampas balik Putrajaya dengan sikap dan mekanisme yang lama, tiada siapa yang akan mendapat manfaat daripada perubahan tersebut melainkan mereka yang kembali ke pejabat menteri masing-masing.
Penulis adalah Ahli Parlimen Tanjong Malim dan Naib Presiden Keadilan   



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/adakah-pakatan-harapan-bersedia-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Is Pakatan Harapan Prepared To Helm The Gov T Again

Is Pakatan Harapan Prepared To Helm The Gov T Again

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 230 hits
MP SPEAKS The legitimately elected Pakatan Harapan government lasted barely two years before being toppled by rapacious political bandits via the infamous Sheraton Move The coup is treacherous and unscrupulous to say the least It is the gra...
Pakatan Harapan S Shortcomings From A Policy Standpoint

Pakatan Harapan S Shortcomings From A Policy Standpoint

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 235 hits
In 2018 Pakatan Harapan won the 14th general election The defeat of Barisan Nasional was unexpected Many of us that were shocked and surprised at the outcome of the election felt hopeful and optimistic about this so called dawn of new begin...
Penipuan Pakatan Harapan Terbongkar Lagi

Penipuan Pakatan Harapan Terbongkar Lagi

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 537 hits
Kalau pendedahan ini dilakukan oleh pemimpin UMNO atau PAS pastinya Pakatan Harapan akan katakan ianya adalah satu pembohongan yang bermotifkan politik Kita menunggu respon dari Pakatan Harapan bila ianya didedahkan sendiri oleh bekas pemim...
Hadi Hina Pengundi Pakatan Harapan Di Bulan Syawal

Hadi Hina Pengundi Pakatan Harapan Di Bulan Syawal

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 361 hits
Mari kita kupas cemuhan Hadi pada bulan Syawal ini terhadap rakyat yang mahu membebaskan negara daripada kleptokrasi Hadi lupa yang berdendang tanpa henti sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 ialah media Perdana yang dikuasai UMNO BARISAN NASION...
The Challenges Facing Pakatan Harapan Part 1

The Challenges Facing Pakatan Harapan Part 1

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 238 hits
MP SPEAKS Politics it seems is back not that it has ever left us There are many paths for Pakatan Harapan to choose However I do think there are three mistakes that we need to avoid 1 Harapan cannot wait for PN to implodeFirst we cannot rel...
Listen Who Are The Devils In Pakatan Harapan

Listen Who Are The Devils In Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 318 hits
LISTEN WHO ARE THE DEVILS IN PAKATAN HARAPAN SIAPA SYAITAN DI PAKATAN HARAPAN WHO ARE THE TRAITORS TO THE NATION SIAPA PENGKHIANAT NEGARA Revealed in this video by YB Syed SaddiqTime for voters and Malaysians to ponder about What is happeni...
Pemimpin Pakatan Harapan Sendiri Tidak Setuju Undi Tidak Percaya Ke Atas Muhyiddin Yassin

Pemimpin Pakatan Harapan Sendiri Tidak Setuju Undi Tidak Percaya Ke Atas Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 369 hits
Semalam laman blog ini menulis tentang keraguan kebenaran dakwaan team pro Dr Mahathir yang mendakwa telah mempunyai sokongan 129 Ahli Parlimen untuk melakukan undi tidak percaya ke atas Muhyiddin Yassin Hari ini admin menulis tentang ranca...
Pakatan Harapan Pkr Umum Tak Bertanding Prk Dun Chini

Pakatan Harapan Pkr Umum Tak Bertanding Prk Dun Chini

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 331 hits
KUALA LUMPUR Pakatan Harapan memutuskan supaya PKR tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini di Pahang yang akan diadakan pada 4 Julai depan Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba