Adakah Muntah Membatalkan Wuduk


Muntah adalah perkara biasa yang akan dialami apabila perut terlalu penuh atau rasa mual kerana pening. Seperti yang kita tahu, muntah dengan sengaja akan membatalkan puasa, namun bagaimana pula dengan wuduk. Adakah ia juga membatalkan wuduk?
Menurut Imam Syafie, muntah tidak membatalkan wuduk, malah inilah pandangan yang sahih kerana tidak ada dalil yang menunjukkan bahawa muntah membatalkan wuduk.
Yang ada adalah pandangan daripada sebahagian imam seperti Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah yang menyebutkan bahawa muntah membatalkan wuduk. Dalam hal ini Imam Ahmad mensyaratkan muntah yang membatalkan wuduk adalah apabila ia dalam jumlah yang banyak. Imam Abu Hanifah pula mensyaratkan bahawa ia berasal dari perut, memenuhi mulut dan keluar secara sekali gus.
Selain daripada itu, memang ada beberapa hadis lain yang menunjukkan situasi di mana Nabi SAW muntah lalu mengambil semula wuduk. Namun hadis-hadis tersebut adalah lemah dan tidak boleh dijadikan hujah. Antaranya seperti:
Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ أَصَابَهُ قَىْءٌ أَوْ رُعَافٌ أَوْ قَلَسٌ أَوْ مَذْىٌ فَلْيَنْصَرِفْ فَلْيَتَوَضَّأْ
Maksudnya: “Sesiapa yang muntah, berdarah hidung, sendawa atau keluar air mazi di dalam solatnya, hendaklah dia berhenti dari solatnya lalu berwudhu.” (Sunan Ibnu Majah, no. 1221)
Manakala riwayat daripada Abu Dardaa’: “Sesungguhnya Rasulullah SAW muntah, dan membatalkan puasa Baginda lalu berwuduk. Kemudian aku (Abu Dardaa’) bertemu dengan Tsauban di Masjid Damsyik dan menyebut hal itu kepadanya, lalu Tsauban berkata “Benar, akulah yang membawakan air wuduk kepada Baginda”. (Sunan Tirmizi, no.87)
Menurut Ibnu Taimiyyah, perbuatan tersebut adalah sunat dan bukan bermakna wajib kerana tidak ada dalil yang jelas menunjukkan perintah wajib.
Kesimpulannya, muntah tidak membatalkan wuduk, seperti mana yang dipegang dalam Mazhab Syafie dan barisan ulama’ yang lain. Tetapi, sunat bagi mereka yang muntah untuk mengambil wuduk semula. Wallahua’lam.
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan via tzkrh.com 
The post Adakah Muntah Membatalkan Wuduk? appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/adakah-muntah-membatalkan-wuduk/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembelajaran Abad 21 Pak21 Dan Pasca Pandemik Adakah Guru Kita Bersedia

Pembelajaran Abad 21 Pak21 Dan Pasca Pandemik Adakah Guru Kita Bersedia

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 655 hits
Sebagai guru yang banyak buat aktiviti hands on dengan murid sebelum nih saya rasa janggal gila bila nak mengajar dengan berdiri saja kat depan budak pastu bagi lecture Serius rasa pelik sangat Kelas saya patutnya budak dok berkeliaran sana...
Memalukan Uum Adakah Universiti Tak Ada Orang Lain Sebagai Pengganti

Memalukan Uum Adakah Universiti Tak Ada Orang Lain Sebagai Pengganti

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 325 hits
IBRAHIM MAT ISAPadan muka kaki fitnah Penyokong Pas memang gitu eh Bayar iklan di surat khabar ni pun dekat RM2K
Adakah Ini Sebab Dap Sokong Pencalonan Shafie Apdal Sebagai Pm Ph Plus

Adakah Ini Sebab Dap Sokong Pencalonan Shafie Apdal Sebagai Pm Ph Plus

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 718 hits
Ini surat kerajaan PH Plus Sabah memberi projek pembinaan Empangan Papar bernilai RM3 bilion kepada syarikat Wira Syukur Sebelum PRU14 PH bantah projek pembinaan Kaiduan Mereka janji akan batalkan projek empangan Kaiduan jika menang PRU14 T...
Adakah Ekonomi Australia Akan Mengambil Corak Pemulihan Berbentuk U Atau Corak Berbentuk W

Adakah Ekonomi Australia Akan Mengambil Corak Pemulihan Berbentuk U Atau Corak Berbentuk W

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 445 hits
Ahli ekonomi membahaskan mengenai bentuk pemulihan ekonomi di Australia Banyak yang meramalkan corak berbentuk U tetapi kebanyakan mengharapkan bentuk W Walaupun begitu kedua dua pihak menyokong pandangan RBA bahawa kadar faedah akan tetap ...
Eur Usd Euro Bersedia Untuk Menguasai Tetapi Adakah Dolar As Akan Menunjukkan Kekuatannya

Eur Usd Euro Bersedia Untuk Menguasai Tetapi Adakah Dolar As Akan Menunjukkan Kekuatannya

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 340 hits
Sebilangan besar penganalisis bersetuju bahawa dolar AS akan melemah dan mungkin kehilangan peranan dominan dalam pasangan EUR USD dalam masa terdekat Namun dolar AS tidak tergesa gesa untuk berkongsi kuasa dengan lawannya Pakar percaya bah...
Adakah Institusi Pasti Berdaftar

Adakah Institusi Pasti Berdaftar

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 351 hits
Jamzuri ArdaniIsunya bukan soal layak atau tidak Isunya ialah etika tadbir urus wang sumbangan orang ramai oleh sebuah agensi kerajaan Saya juga bukan anti dengan PASTI Ada kaum kerabat keluarga saya yang bertugas di PASTI Anak anak saya tu...
Minyak Atau Santan Kelapa Dalam Masakan Adakah Pilihan Sihat

Minyak Atau Santan Kelapa Dalam Masakan Adakah Pilihan Sihat

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 447 hits
Oleh Venusya Dharmalingam Prof Madya Dr Zahara Binti Abdul Manaf Fakulti Sains Kesihatan UKM Kelapa lazimnya digunakan dalam kebanyakan masakan dalam kalangan rakyat Malaysia pelbagai kaum dan etnik Kelapa bermanfaat untuk pelbagai jenis ke...
Fenomena Pru 15 Jika Saya Undi Kamu Adakah Dapat Kerja

Fenomena Pru 15 Jika Saya Undi Kamu Adakah Dapat Kerja

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 382 hits
Fenomena baharu diramal akan berlaku sekiranya pilihan raya umum ke 15 diadakan pada 2020 Parti politik yang menawarkan manifesto pasti akan menghadapi pertanyaan rakyat adakah nereka mampu mewujudkan peluang pekerjaan baharu atau pekerjaan...
Adakah Umno Bernar Benar Berubah

Adakah Umno Bernar Benar Berubah

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 354 hits
Ulama Pas kata umno telah berubah bagi saya umno masih sama tak berubah punTetapi yang berubah ni Pas dapat pangkat dapat Dato dan Dato Seri lepas ni Tan Sri Haji Hadi Awang dapat senator dah tak kisah tentang hudud judi dan arak semua dah ...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Celcomdigi Dan Ppum Jayakan Pembedahan Ent Secara Langsung Berasaskan 5g

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kasut Sekolah Pallas Pilihan Nombor 1 Pelajar Malaysia

Asal Usul Masjid Al Jin Atau Al Haras Kisah Pengislaman Jin

Info Mengenai Tayar Baru Harus Anda Ketahui

9 Mitos Misteri Kembangnya Bunga Bakawali

Yummy Beef Chuck Roast Recipe Uk

Buah Atau Sayur Kakrol Nampak Pelik