Adakah Muhyiddin Telah Hilang Kepercayaan


ismaweb.netSiti Fatimah15 mins ago
Pemimpin politik perlu bertenang, elakkan pergelutan politik


Peruntukan Perlembagaan yang dirujuk ialah Perkara 43(4) iaitu:
“Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.”

Jadi, bagaimana menentukan seseorang Perdana Menteri telah ‘hilang kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat’?

Cara pertama ialah melalui undi di Dewan Rakyat. Ia boleh berlaku melalui undi usul tidak percaya seperti yang pernah berlaku di DUN Terengganu pada tahun 1961, atau usul percaya seperti yang berlaku di DUN Perak baru-baru ini. Ia juga boleh berlaku melalui pengundian lain seperti usul Belanjawan dan seumpamanya.

Cara kedua ialah melalui penilaian yang dibuat sendiri oleh penyandang jawatan, seperti yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir yang meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 23 Februari 2020.

Cara ketiga ialah melalui penilaian yang dilakukan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Penilaian Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ini bukannya bertujuan untuk mengisytiharkan hilangnya kepercayaan Perdana Menteri atau untuk memecat Perdana Menteri. Perlembagaan tidak menyediakan peruntukan yang memberikan fungsi-fungsi itu kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Penilaian berkaitan tahap kepercayaan Perdana Menteri sedia ada perlu dibuat oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi melaksanakan budibicara Baginda di bawah Perkara 43(2)(a) iaitu untuk melantik seorang Perdana Menteri yang mendapat kepercayaan ahli Dewan Rakyat.

Dalam membuat penilaian ini Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong perlu mengambil segala cara yang perlu untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih. Antara cara yang boleh digunakan untuk menentukan ketepatan sesuatu maklumat ialah dengan mengadakan pertemuan dengan setiap anggota Ahli-ahli Parlimen, sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Sultan Perak dalam krisis politik Nizar-Zambry pada tahun 2009.

Selain itu, penilaian yang dibuat perlulah menyeluruh, bukan sahaja tertumpu kepada ahli-ahli Parlimen yang membuat pengisytiharan. Kaedah ini perlu kerana terdapat kemungkinan perubahan sokongan seseorang atau sekumpulan ahli Parlimen mendorong kepada peralihan sokongan individu atau kumpulan ahli Parlimen yang lain.

Tahap penilaian Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi menentukan ‘kehilangan kepercayaan’ seseorang Perdana Menteri di bawah Perkara 43(4) tidak boleh disamakan dengan penentuan ‘mendapat kepercayaan’ majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat untuk dilantik Perdana Menteri di bawah Perkara 43(2)(a).

Dalam urusan melantik Perdana Menteri terdapat frasa ‘pada hematnya’, yang membawa maksud penilaian kepercayaan itu dinilai mengikut hemat atau pendapat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Perkataan ‘mungkin’ dalam peruntukan itu memberikan kuasa budi bicara yang sangat luas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membuat keputusan berkaitan tahap kepercayaan seseorang calon berdasarkan penilaian Baginda. Tambahan pula Perkara 40(2) menyebut bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi melantik seorang Perdana Menteri.

Urusan ini berbeza dengan kaedah penentuan ‘kehilangan kepercayaan’ seseorang Perdana Menteri yang memerlukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menggunakan ketelitian dan keadilan yang menyamai sifat separa kehakiman atau ‘quasi-judicial’.

Oleh kerana tujuan utama penilaian ‘tahap hilang kepercayaan seseorang Perdana Menteri’ oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah untuk melaksanakan budibicara Baginda di bawah Perkara 43(2)(a) iaitu untuk melantik seorang Perdana Menteri yang baru, maka penilaian itu bukan sahaja ke atas ‘kehilangan kepercayaan Perdana Menteri’ sedia ada, bahkan ia perlu mencakupi soal tahap kepercayaan yang dimiliki oleh calon pengganti.

Malah dari perspektif ini, fokus wajar diberikan kepada penilaian terhadap tahap kepercayaan calon pengganti berbanding tahap kehilangan kepercayaan Perdana Menteri sedia ada.

Oleh yang demikian, bagi ahli-ahli Parlimen yang menghantar surat akuan bersumpah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, sepatutnya mereka bukan sahaja menyatakan perakuan hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri sedia ada, bahkan juga menyatakan kepada siapa mereka memberikan kepercayaan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Selagi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong belum mendapati mana-mana pemimpin lain memiliki sokongan majoriti untuk menjadi Perdana Menteri menggantikan Perdana Menteri sedia ada, maka segala dokumen, pengumuman media atau apa sahaja bentuk perakuan berkaitan hilangnya sokongan terhadap Perdana Menteri tidak perlu diberikan perhatian. Biarlah Dewan Rakyat yang membuat keputusan berkaitan isu hilang kepercayaan itu.

Sepatutnya, dalam situasi negara sedang berdepan dengan cabaran hebat wabak Covid-19 ini, semua pihak terutamanya pemimpin politik bertenang dan mengelakkan pergelutan politik. Dalam realiti politik semasa, adalah lebih wajar jika penentuan status keabsahan dan tahap kepercayaan terhadap Tan Sri Muhyidin Yasin selaku Perdana Menteri sedia ada diukur pada sidang Parlimen pada bulan September nanti seperti yang telah dirancang. Adalah diharapkan agar semua pihak dapat bersabar bagi meletakkan kepentingan rakyat dan negara mengatasi kepentingan politik dan kepartian.

Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof
11 Ogos 2021


Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/08/adakah-muhyiddin-telah-hilang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Johari Abdul Tidak Semestinya Pembangkang Jadi Pm Jika Muhyiddin Hilang Sokongan

Johari Abdul Tidak Semestinya Pembangkang Jadi Pm Jika Muhyiddin Hilang Sokongan

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 238 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Ketua Whip PKR Johari Abdul berkata tidak semestinya Ahli Parlimen pembangkang akan dilantik sebagai perdana menteri sekiranya Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hilang sokongan di Dewan Rakyat pada September ini Be...
Muhyiddin Hilang Majoriti

Muhyiddin Hilang Majoriti

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 254 hits
Rekod baru 360 korban Covid 19 dalam sehariSeramai 360 orang menjadi korban terbaru akibat Covid 19 dalam tempoh 24 jam Jumlah itu adalah lonjakan yang ketara dari rekod sebelumnya pada empat hari yang lalu Sebanyak 1 723 orang telah mening...
Sekurang Kurangnya 10 Mp Di Belakang Zahid Muhyiddin Didakwa Hilang Majoriti

Sekurang Kurangnya 10 Mp Di Belakang Zahid Muhyiddin Didakwa Hilang Majoriti

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 218 hits
malaysiakini comDiterbitkan 3 Aug 2021 6 26 pmDikemaskini 7 26 pmUmno telah menyerahkan surat akuan yang mencukupi kepada Yang di Pertuan Agong bagi menzahirkan penarikan sokongan parti itu terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ...
Muhyiddin Habis Bersilat Akui Sudah Hilang Majoriti Kata Penganalisis

Muhyiddin Habis Bersilat Akui Sudah Hilang Majoriti Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 317 hits
Pengumuman Perdana Menteri jelas mengakui beliau tidak lagi menikmati sokongan majoriti di Parlimen kata Mohd Fadzil Abdul Rahman PETALING JAYA Pengumuman Perdana Menteri hari ini melenyapkan semua teka teki dengan Muhyiddin Yassin sendiri ...
Terkni Pemuda Umno Cabar Speaker Nafi Surat Makluman Muhyiddin Hilang Majoriti Kepada Agong

Terkni Pemuda Umno Cabar Speaker Nafi Surat Makluman Muhyiddin Hilang Majoriti Kepada Agong

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 354 hits
August 12 2021 Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki mencabar Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menafikan surat kepada Yang di Pertuan Agong yang menyatakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah hilang majoriti Beliau berkata dalam s...
Zahid Sudah Hilang Kepercayaan Ahli Parlimen Bn Desak Jumpa Buat Penjelasan

Zahid Sudah Hilang Kepercayaan Ahli Parlimen Bn Desak Jumpa Buat Penjelasan

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 328 hits
agendadaily com6 8 2021Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kini sudah hilang kepercayaan Ahli ahli Parlimen Barisan Nasional Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kini sudah hilang kepercayaan apabila Ahli Ahli Parlimen Barisa...
Jika Hilang Majoriti Nasib Muhyiddin Bergantung Pada Agong

Jika Hilang Majoriti Nasib Muhyiddin Bergantung Pada Agong

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 613 hits
MUHYIDDIN YASSIN dan AHMAD ZAHID HAMIDI PETALING JAYA Keabsahan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan jatuh ekoran penarikan sokongan UMNO boleh ditentukan menerusi pertemuan bersemuka setiap ahli Parl...
Pengakuan Ismail Bukti Muhyiddin Hilang Majoriti Soal Keabsahan Sekarang Di Tangan Agong Kata Shahrir

Pengakuan Ismail Bukti Muhyiddin Hilang Majoriti Soal Keabsahan Sekarang Di Tangan Agong Kata Shahrir

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 245 hits
August 8 2021 Shahrir Abd Samad berkata kenyataan Ismail Sabri Yaakob sendiri mengesahkan dan membuktikan Muhyiddin Yassin hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen JOHOR BAHRU Yang di Pertuan Agong mempunyai kuasa penuh menentukan keabsahan M...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash