Adakah Kita Telah Merdeka


Setelah lebih lima dekad Melayu memerintah

merancang dan melaksanakan pembaharuan

mengapa katanya Melayu masih ketinggalan?

menjadi ‘penumpang’ dengan gelar ketuanan

menjadi ‘pengemis’ dalam watan yang kaya-raya

menjadi ‘miskin’ di kepuk bumi sendiri

menjadi ‘melukut’ dalam gantang peribumi

Ah, melayukah Melayu ini?

yang melarat di pertiwi sendiri?



Tahap ekonomi masih jauh dari sasaran DEB

Impian 30% kabur,

langkah mencapainya sering terbantut

usahawan kecil lemas dalam bantuan

korporat ‘instant’ tenggelam dalam pinjaman

Lahir segelintir elit ekonomi yang lupa jati diri

kaya raya oleh label bumiputera, tapi sudahnya melupakan bangsa

Lahir pula usahawan marhein yang miskin

Walau ilmu ditabur modal dihulur,

tapi bisnes tak ‘betul-betul’

‘berniaga buluh kasap’

modal habis untung lesap!

bankrap terlalu kerap – itu bukan lagi sesuatu yang hina

tapi satu strategi penuh rencana



Dasar Pelajaran Kebangsaan masih impian

Bila pelajar Melayu terus ketinggalan

Di IPTA atau di IPTS – dari segi kuantiti atau kualiti

bilangan mahupun kelulusan… siswazah Melayu masih pinggiran

soal kuota tak terisi atau kantung ibu-bapa yang tak berisi?

bahana idealisme atau bahang hedonisme?

kata seorang pengkaji: Itu gara-gara makanan Melayu tidak bergizi

kata media Melayu: Itu angkara sikap yang terlalu dimanjakan

kata pemimpin: Itu akibat malas, lembab dan tak mahu bersaing

ah, ketika begini teringat pula lagu lama – lagu Melayu

‘bangau, oh! bangau…’

bila semua pihak saling menuding jari

demi menyelamatkan maruah diri



Jenguk-jenguk pulalah ke Pusat Serenti

(sekarang sudah ditukar nama tetapi tidak bertukar isi)

tanyakan apa ‘khabar’ orang di sana

atau singgah sahaja di lorong sempit di belakang Chow Kit

sapalah remaja harapan bangsa yang telah menjadi mangsa

jangan bicara soal patriotisme,

‘perut’isme pun mereka sudah lupa

bukan ratus, bukan ribu, tetapi ratus ribu

itu belum dikira bohjan dan bohsia

belum dicampur penjenayah juvana

perogol, liwat dan penzina

judi, arak, mencuri, merompak

ah, tidak perlu data statistik dan angka-angka komputer

cukup sahaja dengan mata dan telinga

untuk memastikan siapakah mereka?

ya, siapa lagi… Melayulah jua



Lebih kronik konflik politik

diantara parti dengan parti

dan sesama sendiri dalam satu parti

sama-sama nekad, sama-sama dahsyat

musim pilihanraya – ajak kawan lawan parti lawan

musim pemilihan – ajak kawan makan kawan

riuh sejak lama tentang politik wang

heboh sampai sekarang tak hilang-hilang

bergaduh soal nyamuk membakar kelambu

bertikai soal ‘cara’ mengorbankan ‘hala’

terlupa nilai adat dan tatasusila bangsa

terpinggir prinsip akhlak dan hukum agama

kuasa jadi ‘komiditi’ yang menjanjikan laba

bukan lagi amanah yang berisikokan dosa

ah, semakin ramai Melayu yang ingin memimpin

sedangkan ada yang tak layak… walaupun sekadar untuk dipimpin

tak mahu jadi gerabak, bertolak-tolak nak jadi kepala

akhirnya ‘keretapi’ bangsa terhenti…

perjalanan bangsapun tergendala!



Kembalilah ke sejarah, belajarlah dari Rasulullah

bagaimana baginda membina satu bangsa bermaruah

sedangkan awalnya terkenal barbar dan jahiliyah

lihat apa yang disuburkannya di peringkat Makkah

lihat apa yang digemburkannya di peringkat Madaniah

bukankah apa yang dihadapinya penuh persamaan

dengan nasib kita yang sering ditimpa kehinaan

justeru Arab jahiliyah itu cermin sejarah

bagi setiap bangsa yang bermasalah…

belajarlah dari Arab jahiliyah



Politiknya kacau-bilau – perang saudara tak pernah aman

antara kabilah, bani dan suku sentiasa bercakaran

sebab yang sedikit, perangnya berkait-kait

Ekonominya tenat – monopoli Yahudi mencengkam nadi

telaga, pasar dan kebun dimonopoli

terpaksa menjadi ‘hamba’ di bumi sendiri

Sosialnya parah – zina, arak, tenung nasib, bunuh bayi

bangsa hilang maruah, umat hilang arah

Rom dan Parsipun tak sudi menjajah!



Itulah gambaran bangsa yang sangat tenat

gersang, kontang, lemah, kalah

menunggu saat untuk dicampakkan ke longkag sejarah!

Tiba-tiba datang Rasulullah membedah masalah

‘first thing first’ – operasi di dalam diri, diselesaikannya ‘soal hati’

disingkirkannya syirik dicantasnya berhala meterialistik

lalu diperkenalkan Allah – agar cinta dan takut hanya pada-NYA

dikenalkannya Akhirat – agar ghairah syurga dan gundah neraka

lihat alam, lihat semesta… bukti kewujudan-Nya

jangan nafikan penciptaan kedua (akhirat)…

ketika penciptaan pertama (dunia) sudahdi depan mata!



Walaupun ekonomi, politik, sosial jahilyah menghadapi masalah

tetapi Rasul mendahulukan akidah

diperhebatkannya dakwah, dipertingkatkan tarbiah

disemai iman, dituainya persaudaraan

justeru ekonomi sakit sebab iman sedikit

justeru politik tersasar apabila ukhwah melonggar

justeru sosial hancur akibat iman dan ukhwah meluntur

bukan menafikan keperluan ilmu, kepakaran teknologi

Tapi jangan sekali-kali diremehkan soal hati

kerna ini bukan hanya soal pengetahuan

tapi sebenarnya soal kemahuan

bukan masalah kurang harta tapi masalah ‘miskin’ jiwa

bukan kekuatan luaran tapi kekuatan dalaman

kerana bangsa tanpa kekuatan iman…

bagai kapal hilang pedoman



Indahnya bila iman menjadi teras kepakaran dan pengetahuan

gagahnya bila iman menjadi asas pembangunan dan kemajuan

itulah langkah susulan selepas iman di Makkah

Rasul membina sosial, ekonomi dan siasah…

dengan roh iman di Madinah

bukan seperti Arab jahiliyah…

yang memisahkan kehidupan daripada akidah



Belajar daripada sejarah menangnya Rasulullah

Belajarlah daripada sejarah kalahnya Arab Jahiliyah!

Aduhai bangsa ku,

Jangan hanya merdeka geografi, tapi hati terjajah…

Mohd Saifullah B Hj Dolmat
Ketua Penerangan Gpms Melaka



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://gpmsmelaka.blogspot.com/2015/08/adakah-kita-telah-merdeka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Sulaiman Atau Rauf Rafiq Atau Ermieyati

Adakah Sulaiman Atau Rauf Rafiq Atau Ermieyati

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 264 hits
November 8 2021 Siapa yang akan memimpin kerajaan negeri Melaka yang baharu Pakar strategi DAP membuat spekulasi siapa Umno dan PN bakal pilih PETALING JAYA Dengan Pakatan Harapan yang masih berbelah bahagi antara dua pesaing sebagai calon ...
Doktor Adakah Penggunaan Oven Mikrowave Berbahaya Bagi Kesihatan

Doktor Adakah Penggunaan Oven Mikrowave Berbahaya Bagi Kesihatan

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 293 hits
DOKTOR ADAKAH PENGGUNAAN OVEN MIKROWAVE BERBAHAYA BAGI KESIHATAN 1 Penggunaan oven microwave sangat mudah dan ringkas untuk memanaskan makanan dalam waktu yang singkat 2 Oven microwave merupakan peralatan masak elektronik yang menghasilkan ...
Adakah Abd Rauf Belum Pernah Bertanding

Adakah Abd Rauf Belum Pernah Bertanding

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 175 hits
Ab Rauf belum pernah bertanding dalam mana2 pilihanraya adakah ini bermakna beliau termasuk dalam senarai 90 muka baru itu
Kor Ming Syor Semua Rakyat Lahir Selepas Merdeka Dianggap Bumiputera

Kor Ming Syor Semua Rakyat Lahir Selepas Merdeka Dianggap Bumiputera

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 147 hits
ismaweb netADUN DAP mahu semua nikmati hak Bumiputera jika kerajaan tak dapat hapuskan dasarKUALA LUMPUR 19 Rabiulakhir 1443H Rabu Timbalan Setiausaha Agung DAP Nga Kor Ming dilaporkan mengesyorkan kerajaan menggubal dasar perpaduan negara ...
Sales Merdeka Luar Biasa

Sales Merdeka Luar Biasa

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 84 hits
Sale Merdeka Luar Biasa Assalamualaikum korang Setelah sekian lama menyepi akhirnya sis decide untuk membuat comeback pada Ogos Kenapa Ogos Adakah sebab Ogos bulan merdeka Adakah sebab Ogos ni bulan yang meriah atau kalau tak sekarang bila ...
Adakah Saya Bermimpi Gadis Menang Rm4 1 Juta Dengan Mendapatkan Vaksin Covid 19

Adakah Saya Bermimpi Gadis Menang Rm4 1 Juta Dengan Mendapatkan Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 199 hits
The ReporterJoanne Zhu 25 dari Australia menjadi jutawan selepas memenangi kempen Million Dollar Vax yang mengalakkan lebih ramai rakyat Australia mendapatkan vaksin memberi peluang kepada hampir tiga juta orang untuk membawa pulang kemenan...
Adakah Aku Berkira

Adakah Aku Berkira

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 100 hits
Malam tadi saya membawa keluarga makan di luar Setelah memilih restoren yang agak dapat memuaskan hati akhirnya saya memasuki sebuah kedai makan Isteri dan anak anak keluar dahulu dari kereta mencari tempat duduk yang selesa di dalam restor...
Adakah Spx Akan Menamatkan Tahun Ini Dengan Kenaikan Harga

Adakah Spx Akan Menamatkan Tahun Ini Dengan Kenaikan Harga

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 124 hits
Saya percaya ia sangat tidak mungkin untuk mengakhiri tahun dengan pergerakan kenaikan harga yang berterusan Pergerakan kenaikan harga sejak tahun lepas Februari telah terlalu berterusan dan sudah tiba masanya untuk pembetulan Pada asas min...
Bitcoin Jatuh Dan Shiba Inu Yang Keletihan Adakah Pasaran Mata Wang Kripto Bosan Dengan Rekod

Bitcoin Jatuh Dan Shiba Inu Yang Keletihan Adakah Pasaran Mata Wang Kripto Bosan Dengan Rekod

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 142 hits
Sepanjang sesi dagangan hari Rabu nilai mata wang kripto pertama menunjukkan penurunan yang stabil Pada masa penulisan emas digital didagangkan menghampiri paras 66 400 Pasaran altcoin telah menerima pakai trend aset maya utama dan juga sed...
Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi

Saya Harap Isu Aliff Aziz Tak Jejaskan Saya Cari Rezeki Di Malaysia Aaron Aziz

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Henry Ridley Kuala Tembeling Jerantut 1911

10 Toner Untuk Kulit Berminyak 2024

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Sarapan Pagi

Pas Quashing Of Zafrul S Affidavit Raises Concerns About Govt S Integrity